Enter your keyword

Sunday, October 28, 2018

Apakah Rahsia Dan Logiknya Kita Kena Solat 17 Rakaat Sehari?

By On October 28, 2018
Ketahui Rahsia Dan Logiknya Mengapa Kita Mesti Solat 17 Rakaat Setiap Hari. Kadang kita pun pelik dan mencari-cari jawapan kepada persoalan yang bermain di minda. Ada yang terjadi, apakah sebabnya? Kita kena buat itu ini tetapi mengapa begitu caranya? Banyak persoalan yang tidak terungkai. Banyak rahsia dan logik yang tidak didedahkan.

Jadi, dalam tazkirah kali ini, saya kongsikan jawapan logik ke atas segala rahsia sesuatu itu dilakukan dengan begitu dan begini. Jom sambil kita membaca dan renung-renungkan kebenarannya.

Rahsia solat 17 rakaat sehari

Rahsia Dan Logiknya Kenapa Kita Perlu Solat 17 Rakaat Sehari


Mari sama-sama kita baca dan hayati penerangan yang menarik di bawah ini. Dengan cara ini kita lebih yakin menerangkan kepada anak-anak dan agli keluarga twntang kewajipan solat 5 waktu sehari semalam.

TULANG Utama

Manusia sempurna ada 17 kerat TULANG utama yang mendirikan badannya. Adapun 17 kerat TULANG utama itu letaknya sebagaimana berikut:-

※ 4 kerat TULANG di KEPALA (Dahi, Pipi Kanan, Dagu, Pipi Kiri)

※ 2 kerat TULANG di LEHER (Tengkok, Selangka)

※ 3 kerat TULANG di DADA (Rusuk Kanan, Pinggul, Rusuk Kiri)

※ 4 kerat TULANG di TANGAN (Bahu Kanan, Lengan Kanan, Bahu Kiri, Lengan Kiri)

※ 4 kerat TULANG di KAKI (Peha Kanan, Betis Kanan, Peha Kiri, Betis Kiri)

Cuba:-

Bandingkan pula dengan bilangan SOLATMU setiap hari. Adapun SOLAT WAJIB ke atas setiap manusia Islam adalah sebagaimana berikut :-

● 4 rakaat SOLAT waktu ISYAK
● 2 rakaat SOLAT waktu SUBUH
● 3 rakaat SOLAT waktu MAGRIB
● 4 rakaat SOLAT waktu ZOHOR
● 4 rakaat SOLAT waktu ASAR

Rahsia solat 17 rakaat sehari

Inilah dalilnya kenapa 17 rakaat SOLAT itu WAJIB ke atas setiap manusia .

Nyata:-

1 kerat TULANG mewakili 1 rakaat SOLAT .* Sebagaimana 17 kerat TULANG utama dibawa kemana saja tanpa ditinggalkan, WAJIB 17 rakaat SOLAT didirikan tanpa ditinggalkan untuk jadikan 1 lembaga lengkap manusia sempurna sebagaimana duduk berdirinya kamu kini .*

Jika:-

Tertinggal 1 waktu SOLAT, ibarat kata hilanglah 1 bahagian TULANG utama dan runtuhlah rupa sempurna manusia itu.

Benarlah:-

Sabda Nabi yang maksudnya:-

"SOLAT itu tiang agama".

Siapa tertinggal SOLAT seperti ia runtuhkan tiang agamanya kerana berdirinya agama di muka bumi adalah kerana manusia.

Adapun:-

17 kerat TULANG ini juga untuk ingatkan tentang MASA jagamu dalam sehari harus 17 jam, yakni:-

● 3 jam JAGA di awal MALAM (Waktu MAGRIB dan ISYAK)
● 2 jam JAGA di awal SIANG (Waktu SUBUH)
● 12 jam JAGA di SIANG hari (Waktu ZOHOR dan ASAR)
● Selebihnya 7 jam lagi untuk berehat (Waktu TIDUR) bagi 7 anggota badanmu itu.

Begitulah:-

Allah mengajarmu uruskan masa tanpa disedari melalui ibadat SOLATMU!!!

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH. Kongsikan dan sebarkan untuk kebaikan hidup kita setiap hari, lebih baik dari semalam dan kelmarin.. demi Allah SWT.

Semoga perkongsian di atas dapat menambahkan amalan harian kita sebagai bekalan di akhirat nanti. Solatlah yang akan menentukan hala dan tempat tinggalmu samada di syurga atau neraka. Renungkanlah!!

Saturday, October 13, 2018

Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia

By On October 13, 2018
Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia. Dalam kisah pengajaran kali ini saya nak share tentang hikmah di sebalik kejadian gempa dan tsunami yang melanda Palu di Sulawesi. Apakah rahsia kejadian ini yang Allah nak tunjukkan? Adakah a
ALLAH sedang murka dengan kita? Na'auzubillah!! Semoga kita semua masih dalam dakapan kasih sayang dan rahmatNya.

Coretan di bawah sengaja saya simpan di blog ilman hati agar ia sentiasa mengingatkan saya tentang peringatan-peringatan yang Allah turunkan agar kita tak selalu lalai dan alpa dengan dosa di dunia. Paling tidak, ia menjadi pengajaran kepada diri sendiri agar terus istiqamah dalam perjalanan menggapai redha Illahi.

Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia
Kredit gambar kepada Utusan Malaysia

Apabila Palu, Sulawesi dipalu oleh Allah SWT 


-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yang amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Nah! Cara pelaksanaannya pun dah mengerikan. Ith belum lagi tambahan maksiat di dalam atur caranya. Na'auzubillah!!

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sebagai teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yang menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 petang, diikuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yang ketiga pada pukul 6 petang, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yang pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yang jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/ jam, yang sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yang berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org sahaja yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada orang yang berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

"Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"

Rasullullah saw menjawab,

"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."

Lalu Aisyah berkata,

"Bagaimana keadaan mereka itu?"

Jawab Rasulullah saw,

"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Kredit: Yuhanis Azam

Tuesday, October 9, 2018

5 Tips Utama Kebahagiaan Rumahtangga Mengikut Amalan Rasulullah

By On October 09, 2018
5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga. Tips ini disebut juga sebagai amalan sunnah oleh ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam ceramahnya yang saya tonton di TV. Ada banyak tips yang dikongsikan tetapi 5 tips yang utama adalah seperti yang dibincangkan di bawah nanti.

Kebahagiaan rumahtangga bukanlah tanggungjawab yang ditanggung sendiri-sendiri, bukan tugas suami atau isteri sebaliknya tugas kedua-dua suami dan isteri. Jika kurang ilmu, kita belajar dan tanya kepada mereka yang pakar agar rumahtangga dibina kekal hingga ke syurga.

5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga


5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga
Kredit gambar: Google

Apakah 5 tips utama amalan sunnah untuk kebahagiaan rumahtangga? Jom kita renungkan satu persatu.

1. Pemberian hadiah


Setiap pasangan mesti nak selalu dihargai samada dia tu lelaki atau perempuan. Bila pasangan sambut hari lahir, berikanlah hadiah. Bila tiba tarikh kenangan, hadiahi pasangan dengan kejutan. Tak perlu mahal pun. Yang penting ingatan ikhlas kita terhadap pasangan.

Contoh hadiah yang boleh diberi adalah baucer makan malam, sebuah jam tangan, bunga, kad, baju dan banyak lagi.

2. Puji memuji pasangan


Biasakan memuji pasangan sebagaimana Rasulullah sering memuji isterinya. Pujian boleh diberikan dalan bentuk kata-kata, pandangan penuh kasih, senyuman, memanggil namanya dengan sebutan yang disukai dan sebagainya.

Jangan sesekali menyebut nama pasangan dengan panggilan yang menghina dan memalukan.

3. Saling bantu membantu


Setiap pasangan dalam sebuah rumahtangga harus saling bantu membantu antara satu sama lain. Jangan biarkan pasangan anda melakukan kerja berseorangan samada dalam aktiviti di rumah ataupun dalam bidang kerjaya.

Jika pasangan sama-sama bekerja, bahagikan komitmen yang ada secara teratur dan mengikut persetujuan bersama. Seorang suami sepatutnya memikul lebih komitmen berbanding si isteri. Namun, itu semua bergantung kepada perbincangan yang dibuat.


4. Luangkan masa bersama


Yang ini amat kritikal iaitu masa berharga antara pasangan. Walau sesibuk mana pun kamu, luangkan masa dengan pasangan itu penting. Cuba buat peraturan dalam rumahtangga untuk keluar berdua-duaan dengan suami atau isteri seminggu sekali agar hubungan itu terus mekar dan mewangi.

5 Tips Utama Kebahagiaan Rumahtangga Mengikut Amalan Rasulullah

5. Sentuhan


Sentuhan amatlah penting dalam sesebuah rumahtangga. Pasangan yang jarang disentuh seperti bersalaman, usikan di pipi, cubit manja dan banyak lagi.., akan mudah berkecil hati apabila berlaku pertengkaran. Masing-masing merasakan hubungan semakin jauh dan dingin. Jika berlaku demikian, cepat-cepatlah lakukan sentuhan kepada pasangan. Semoga hubungan kembali terjalin.

Penutup

Akhirnya kita sudah tahu 5 tips utama amalan sunah dalam rumahtangga. Amalan ini adalah yang biasa Rasulullah lakukan dalam perkahwinannya. Banyak contoh cerita menarik dan pengajaran yang selalu Rasulullah dan para sahabat kongsikan untuk kita jadikan panduan hidup.

Semoga tips yang dikongsikan mampu merubah sebuah kehidupan yang muram dulunya kembali ceria dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bahagia hingga ke syurga Firdaus. Insyaa Allah.

Sumber;
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Saturday, October 6, 2018

Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari Ke Rahmatullah

By On October 06, 2018
Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari Ke Rahmatullah. Siapa yang tak kenal dengan beliau. Saya dulu selalu menunggu siaran belajar al Quran di televisyen kendaliannya. Cara mengajarnya lembut tersusun. Tetapi amat pantas mengenali kesilapan pelajarnya. Allahu...

Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari Ke Rahmatullah

Print screen dari FB Mufti Wilayah Persekutuan

Perginya seorang murabbi ummah. Semoga seluruh ahli keluarganya redha menerima ujian ini.

 

Sesunggugnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

Perjalanan anak Adam akan ada pengakhirannya. Cuma tak tahu entahkan kematian kita dalam keadaan yang khusnul khotimah atau sebaliknya. Mohonlah kepada Allah supaya kita semua dikumpulkan di jannahNya nanti.

Insyaa Allah.

Doa apabila menerima berita kematian;



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ


Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Aamiin...

Friday, October 5, 2018

Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

By On October 05, 2018
Panduan Cara Solat Hajat Ringkas. Solat hajat dilakukan apabila seseorang memiliki hajat yang tertentu untuk dipohon kepada Allah SWT. Hajat tersebut bergantung kepada niat masing-masing dan hendaklah hajat-hajat yang membawa kepada kebaikan.  

Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah SWT seperti memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain dan sebagainya.

Untuk makluman, hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja ( tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada di dalam solat, (batal solat jika melafazkannya ). Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam (boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat). Wallahua'lam..

Bila Waktu Sesuai Lakukan Solat Hajat


Solat hajat boleh dilakukan bila-bila masa ( siang/ malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dan lain-lain.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam/ separuh malam kerana keadaan yang lebih sunyi dan khusyuk.

Apakah Kelebihan Kita Buat Solat Hajat?


Setiap orang ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan solat sunat hajat. Lakukan solat sunat hajat adalah antara cara kita menambah amalan yang kurang sempurna dalam solat fardhu dan menunjukkan kita bersungguh-sungguh memohon redha Allah dalam semua perkara yang hendak kita lakukan. Antara fadhilat solat sunat hajat adalah:

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah 
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui 
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang 
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah 
- Tidak putus asa dengan takdir Allah 
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah) samada cepat atau lambat

Sebagaimana Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: 
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Panduan Cara Solat Hajat Ringkas 


A) Lafaz Niat Solat Hajat: 

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ 

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala


B) Bilangan Rakaat: 2 rakaat

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram: 
a. Baca doa iftitah 
b. Baca Al Fatihah 
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali 
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa 

C) Pada Rakaat Kedua 

a. Baca Al Fatihah 
b. Baca Surah Al Ikhlas 
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa 
d. Membaca Tahiyat Akhir 

D) Memberi Salam 

E) Berdoa selepas memberi salam: 

a. Mulakan dengan sujud sebentar dan bacalah DOA NABI YUNUS sebanyak 41 kali dalam sujud tersebut. 

Panduan Sebenar Cara Solat Hajat Ringkas

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN

b. Kemudian duduk seperti biasa dan mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W. 

c. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.

Contoh Doa Solat Hajat Ringkas

Semoga panduan cara solat hajat ringkas di atas dapat dimanfaatkan oleh kita semua untuk hidup yang lebih baik dengan keyakinan lebih teguh kepada Sang Pencipta, Allahu Rabbi...

Ada juga doa-doa yang boleh diamalkan bergantung kepada niat seseorang itu kepada Allah. Untuk rujukan, anda boleh pergi ke website JAKIM, Shafiqolbu dan laman web islam yang lainnya.

Semoga kebaikan dan hajat-hajat yang baik dimakbulkan Allah.

Sumber

Thursday, October 4, 2018

Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran

By On October 04, 2018
Perlukah menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran? Bila ada orang yang bertanya maka saya dengan ilmu yang terhad mengenainya mengatakan wajib menutup aurat. Namun selepas pembacaan dan rujukan beberapa artikel dan kitab, kebanyakan ulama' berpendapat tidak wajib menutup aurat ketika memegang dan membaca al-Quran... namun adakah ianya benar?

Dalam menuntut ilmu, kita tak boleh buat separuh jalan. Ilmu kehidupan tak memerlukan biaya yang tinggi, asalkan buang rasa malu, ada kesungguhan dan istiqamah. Sentiasa perbaharui ilmu di dada kerana dalam zaman ini, ilmu kena sesuai dengan waktu dan perlaksanaannya. Insyaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kita menambah ilmu.

Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran


Perlukah menutup aurat ketika membaca al Quran?


1. Syeikh Salih al-Munajjid menjawab begini... Alhamdulillah. Tidak wajib bagi seorang perempuan itu untuk memakai hijab untuk membaca al-Quran kerana tiada dalil yang mewajibkan begitu. 

2. Syeikh Ibn al-'Uthaimin berkata : 'Tidak disyaratkan menutup kepala ketika membaca al-Quran...' (Fatawa Ibn Uthaimin, 1/420). Dan berkata Syeikh Ibn Uthaimin mengenai sujud tilawah : 'Sujud tilawah itu sama halnya dengan membaca al-Quran, tidak mengapa sujud dalam apa jua keadaan walaupun tidak memakai tutup kepala dan sebagainya kerana sujud tidak sama hukumnya dengan solat', (al-Fatawa al-Jami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 1/249). 

3. Dan dirujuk semula jawapan kepada soalan di atas, 'Adapun tidak boleh membaca al-Quran dalam keadaan junub samada dari mushaf atau selainnya kerana telah sabit dari Nabi bahawa tiada suatu yang menghalangnya dari al-Quran kecuali janabah.' 

4. Adapun hadas kecil maka boleh membacanya tanpa memegang mushaf berdasarkan dalil umum.' (Majmu' Fatawa Syeikh Ibn Baz, 10/150)

5. Adapun yang lebih baik adalah berwudhu, kerana al-Quran itu Kalamullah, maka yang lebih baiknya adalah berwudhu' kerana kemuliaan al-Quran itu. 

6. Tetapi tidak boleh memegang mushaf tanpa wudhu' berdasarkan firman Allah yang bermaksud : (Tidak memegangnya (al-Quran) kecuali orang-orang yang suci) [al-Waqiah : 79].

Adab-adab membaca al-Quran


Sebagai perkongsian kepada anda semua, saya salin di sini dari sumber website Masjid al azim tentang adab-adab membaca al-Quran. Semoga ianya bermanfaat buat kita yang kurang ilmu berkaitan perkara tersebut.


1. Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

2. Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

3. Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

4. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

5. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

6. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

7. Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

8. Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

9. Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Semoga apa yang dikongsikan menjadi manfaat buat semua yang terbaca atau membaca artikel tersebut di atas. Mungkin ada yang sudah tahu, dan ada pula yang belum tahu...tetapi pesan memesan kepada kebenaran adalah orang yang beruntung. Betul tak? Alhamdulillah.. dah tahu pun Inilah Jawapannya Adakah Kita Perlu Menutup Aurat Ketika Membaca Al Quran?

#Sebarkan bahagia... 

Panduan Menulis Wasiat Bagi Orang Islam

By On October 04, 2018
Panduan menulis wasiat bagi orang islam - Sudahkah anda menuliskan wasiat terhadap harta-harta yang dimiliki yang akan ditinggalkan jika suatu hari nanti kita telah tiada. Harus diingatkan bahawa menulis wasiat adalah kewajipan kepada kita yang memiliki harta dimana jika tidak diwasiatkan dengan cara yang betul, boleh menyebabkan persengketaan terhadap waris yang yang masih hidup.

“Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”


Panduan Menulis Wasiat Bagi Orang Islam


Saya terlintas untuk menulis tentang panduan menulis wasiat bagi orang islam ini adalah sebagai rujukan kepada diri saya sendiri sekiranya pada sesuatu masa nanti saya memerlukannya. 

Tahukah anda, jika anda telah cukup syarat untuk menulis wasiat, maka hukumnya adalah WAJIB! Allah s.w.t sendiri berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang maksudnya,

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

Latar Belakang Tentang Wasiat

Wasiat digalakkan ke atas golongan-golongan berikut, iaitu:

1. Orang yang berharta
2. Orang yang lanjut usia
3. Orang yang tidak berkahwin
4. Orang yang mempunyai anak angkat
5. Orang yang berhutang
6. Orang yang tiada waris
7. Muallaf


Antara faedah-faedah menulis wasiat adalah:

- Cara terbaik mengurus harta selepas kematian
- Mengelakkan perbalahan di antara ahli keluarga
- Menyelesaikan masalah pembahagian harta kepada anak angkat atau anak tiri
- Mendidik jiwa umat Islam cintakan amalan kebajikan

Panduan Menulis Wasiat Bagi Orang Islam

a. Permohonan Wasiat
Sesuatu permohonan wasiat boleh dibuat oleh mana-mana orang Islam dengan mengisi borang permohonan wasiat. (Lihat Lampiran dibawah: Borang A).

Dalam permohonan tersebut, ia perlu dilampirkan dokumen-dokumen berikut:
i. Sesalinan dokumen pengenalan diri pewasiat;
ii. Sesalinan dokumen pengenalan diri waris-waris terdekat;
iii. Sesalinan dokumen pengenalan diri saksi-saksi;
iv. Sesalinan dokumen harta alih dan tak alih pewasiat; dan
v. Sesalinan dokumen hutang pewasiat.

Dokumen-dokumen tersebut akan disemak secara teliti termasuk segala pernyataan-penyataan yang dinyatakan dalam borang A.

Kadar fi/yuran sebanyak RM200 akan dikenakan bagi proses mendokumenkan wasiat tersebut menjadi Dokumen Wasiat Bertulis.


b. Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis

Satu draf Dokumen Wasiat Bertulis akan disediakan dan disemak oleh pewasiat sebelum dimuktamadkan menjadi Dokumen Wasiat Bertulis.

Setelah pewasiat berpuashati, pihak MAIS akan menyediakan Dokumen Wasiat Bertulis yang kemudiannya akan ditandatangan oleh pewasiat dengan disaksikan oleh saksi-saksi.

Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditandatangani oleh pewasiat dan saksi-saksi itu hendaklah disahkan oleh pihak MAIS dan dimeterai.

Untuk maklumat-maklumat lain berkaitan panduan menulis wasiat bagi orang islam, bolehlah rujuk pautan berikut:

https://www.facebook.com/permalink.php?id=229642547070382&story_fbid=668178536550112


Contoh Borang Menulis Wasiat 


 


Kelayakan Pewasiat (Musi)

● Berumur lebih 18 tahun;
● Sempurna akal;
● Sukarela dan tidak dipaksa;
● Tidak dihalang mengurus hartanya; dan
● Jika pewasiat sedang sakit, dia hendaklah waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat.

Syarat Penerima Wasiat (Musolahu)

Musolahu hendaklah orang atau kumpulan orang yang:

● wujud dan diketahui dengan jelas;
● mempunyai kelayakan memiliki harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis;
● boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
● jika ditentukan, hendaklah wujud semasa wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan, musolahu tidak perlu wujud sama ada wasiat itu dibuat atau semasa musi mati.

Harta Yang Boleh Diwasiatkan

● Harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, hutang dan lain-lain.
● Harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.


Kadar Wasiat

● Tidak melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka
● Mendapat persetujuan ahli waris selepas meninggal dunia sekiranya melebihi kadar 1/3


Alamat jabatan agama islam negeri untuk tujuan menulis hibah/wasiat:

1. Seksyen Wasiat & Hibah, Unit Amanah
Bahagian Harta Baitulmal
Majlis Agama Islam selangor
Tingkat 10 Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5514 3400 Samb. 2190/2196
Faks : 03-5512 4042
email : info@mais.gov.my

Saya akan update alamat majlis agama islam negeri lain yang ada menawarkan khidmat nasihat menulis wasiat dan hibah dari semasa ke semasa. Antara negeri yang menawarkan khidmat tersebut adalah Negeri Melaka, negeri Sembilan & Pulau Pinang.

Sumber: Panduan Menulis Wasiat

Sebelum Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

By On October 04, 2018
Nikmati Masamu Sekarang Sebelum Semuanya Hanya Tinggal Kenangan. Sekarang adalah kenyataan. Apa yang kamu hadapi sekarang, ciptakan dengan kesungguhan. Jika nanti akhirnya kamu masih menemui kegagalan, tak mengapa.

Kan masih ada esok lagi? Insyaa Allah.

Bijak pandai ada mengatakan, "Hidup sama seperti kertas surat khabar. Hari ini adalah apa yang orang baca dan cari. Semalam punya hanya sekadar cebisan kertas pembungkus sampah. Esok ia masih kertas putih yang kosong. Jadi, ciptalah sesuatu yang baik supaya esok hidupmu tak memenuhi suratkhabar..
Ilmanhati-Sebelum Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

Sekarang Adalah Masamu, Nikmatinya...


Benar sekali.

Sebelum semalam menjelma, nikmati masamu yang kau lalui sekarang. Biarpun ia bukan masa yang indah, paling tidak kamu mendapat pengalaman tidak terhingga. Nilai sebuah pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Nilai kenangan yang terpahat tidak boleh di ulang lagi.

Nikmati masamu, sekarang sahabat...

Sekarang dan kini.. hari ini sekiranya hanya tangisan yang ada, tak bermakna esok pun hari mu masih sama. Cuba ingati kelebihan yang kamu ada berbanding orang lain yang serba kekurangan. Berhentilah menangis. Bersyukurlah. Dia mungkin tiada apa yang kamu ada, tetapi kamu.. cerminkan semula masalahmu. Allah bantu jika kamu langsung tak mampu.. bersyukurlah masih ada hari ini untuk berbuat sesuatu, kebaikan mungkin!

Nikmati Masamu Sekarang Sebelum Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

Hari ini kamu mungkin ada selautan kebahagiaan. Belajar untuk tidak melepaskan semuanya kerana tidak tahu esok lusa adakah kamu masih bahagia. Hari ini yang kamu ada, belajar untuk menikmati kepahitan kedukaan pula. Simpankan sedikit rasa yang ada untuk teman esok lusa. Nanti jika bukan kebahagiaan jadi sahabatmu, kamu tidak lah keseorangan kerana ada sisa bahagia semalam yang telah kamu simpan...

Apa yang kamu ada hari ini adalah milikmu. Jagalah ia sebaiknya. Bila esok dia bukan milikmu lagi, penyesalan bergunung pun takkan mampu memaafkannya. Ketika itu, hanya tawa sinis teman-teman yang suka kehancuran menemani hari mendatang. Penyesalan di akhir kekhilafan memang merundung jiwa. Terimalah ia sekuatnya..

Oleh itu, nikmatilah hari ini setenangnya, sebaik-baiknya. Sebelum.. esok menjemput tiba.

Coretan sesuatu,
Aynora Nur

Wednesday, October 3, 2018

Juruterbang Indonesia Ternampak 5 Gelombang Putih Besar Sebelum Kejadian Gempa Di Sulawesi

By On October 03, 2018
Juruterbang Indonesia Ternampak 5 Gelombang Putih Besar Sebelum Kejadian Gempa Di Sulawesi. 
JAKARTA-INDONESIA. Seorang juruterbang Indonesia berkongsi pengalamannya melihat pemandangan sebelum tsunami 7.4 skala Richter membadai pantai Palu dan Donggala, Sulawesi tengah pada Jumaat lalu.
Juruterbang Indonesia Ternampak 5 Gelombang Putih Besar Sebelum Kejadian Gempa Di Sulawesi

Menerusi laporan Arab News, Kapten Ricosetta Mafella yang mengendalikan penerbangan Batik Air 6231 dengan 148 penumpang merasakan gegaran saat berlepas dari lapangan terbang Mutiara Sis Al Jufri pada jam 6:02 petang (waktu tempatan).

Menurutnya, dia meminta izin dari pengawal trafik udara untuk berlepas dan di jawab oleh pihak menara.

"Batik Air 6231 landasan 33 boleh berlepas. Ketika saya mencapai ketinggian 1,500 kaki, saya menghubungi semula menara kawalan itu tetapi tiada jawapan.

“Terdapat kira-kira 5 gelombang putih besar yang berbentuk barisan di sepanjang pantai. Saya tidak tahu apakah itu. Sesuatu yang pelik berlaku tetapi saya cuba berfikir secara positif,” katanya.

Menurutnya, ketika penerbangannya mencecah ketinggian 8,000 kaki, dia melihat kira-kira 8 putaran gelombang putih dengan lengkungannya makin memanjang.

“Ia seperti satu barisan pinggan putih yang kamu letakkan di atas meja, tetapi pada hakikatnya ia benar-benar besar, gelombang bulat di laut. Saya melihatnya 7 minit selepas berlepas, sebelum menukar laluan,” katanya.


Apabila penerbangan tiba di Makassar, Sulawesi Selatan, sejam kemudian, dia dimaklumkan gempa bumi kuat dan tsunami membadai Palu dan 'pinggan putih' yang dilihatnya itu adalah gelombang bergulung yang terbentuk akibat pergerakan tanah bawah laut disebabkan gempa.

“Nampaknya ia adalah gelombang awal yang kemudian menjadi tsunami,” katanya.

Katanya, ia,adalah pemandangan yang tak kan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Dia juga mendapat tahu pengawal trafik udara yang memberi pelepasan penerbangannya, Anthonius Gunawan Agung, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan patah kaki selepas melompat dari menara yang bergoyang akibat gempa itu.

- Sinar Harian

Pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sang juruterbang. Perasaan yang sukar digambarkan. Semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita yang tinggal.

Dalam Kesedihan Ada Khabar Gembira Yang Engkau Tinggalkan

By On October 03, 2018
Salam sayang pembaca semua...

Saya ingin berkongsi rasa. Saya ingin berkongsi cerita. Antara sedih ada gembiranya...

Pada subuh 2/12/2010 saya menerima panggilan dari abang long.

"Ada berita gembira, dik..."

"Ada apa long?"

"Abah sudah meninggal dunia di Mekah. Abah tidak akan kembali ke Malaysia. Jenazahnya akan diuruskan oleh Tabung Haji di sana."

Dalam Kesedihan Ada Khabar Gembira Yang Engkau Tinggalkan


Saya hanya mampu mengucap. Tetapi tanpa rasa sebak atau sedih. Saya rasa lapang. Saya rasa lega. Akhirnya abah yang kami sayangi kembali ke pangkuan penciptaNya pada usia 67 tahun setelah lebih kurang dua minggu dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan kuman. Maha Besar Allah...

Namun airmata saya luruh jua tatkala membaca Yasin selepas solat Subuh. Dalam hati saya bersyukur, abah memang layak menerimanya. Pergi ketika masih di dalam ihram...

Dalam Kesedihan Ada Khabar Gembira Yang Engkau Tinggalkan


Sebagai renungan, di bawah saya kongsikan Hikmah Haji. Dalam Kesedihan Ada Khabar Gembira Yang Engkau Tinggalkan...

Banyak maksud-maksud Al-Quran dan hadis-hadis nabi, yang menghuraikan keistimewaan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah, diantaranya ialah:

1. Perbelanjaan yang dikeluaran untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk Fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700.

2. Siapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tiada merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak adalah seperti hari yang ia dilahirkan oleh ibunya.

3. Iringilah haji itu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang menghakis segala kotoran besi, emas dan perak. Tiadalah lain lagi ganjaran bagi haji yang mabrur melainkan syurga. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur de­ngan dosa sejak dari ihram hingga tahallul.

4. Para jemaah haji dan orang-orang yang umrah semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan dosa mereka.

5. Baitullah ini adalah tunjang Islam, sesiapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, ia dijamin oleh Allah, jika meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika ia pulang semula ia pulang dengan ganjaran pahala dan harta.

6. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat un­tuk orang-orang yang haji ke Baitullah, 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk yang sembahyang dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.

7. Siapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di negeri Makkah, Allah akan jauhkan dia 100 tahun lamanya dari neraka Jahannam.

8. Siapa yang meninggal dalam pelayarannya ke tanah suci Makkah sama ada pada waktu pergi atau pulangnya, segala dosa tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari Kiamat. Dalam satu riwayat yang lain ia akan diampunkan.

9. Siapa yang bersabar menanggung sakit sehari di Makkah, akan Allah tuliskan pahala amal salih yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun lamanya.

10. Siapa yang meninggal di negeri Makkah seolah-olah ia telah meninggal di langit dunia.

11. Setengah dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; ia melakukan kebaikan dan amalan yang melebihi dari dahulu dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.


Kredit kepada : http://doaharian.blogspot.com/

Kenapa Kita Susah Nak Bangun Solat Malam?

By On October 03, 2018
Kenapa susah sangat nak bangun solat malam? Sedangkan amalan sunat itu ringkas je, tak perlu bayar. Percuma je. 20 SEBABNYA SUSAH BANGUN SOLAT MALAM. Jom kita renung-renungkan. Semoga banyak manfaatnya kepada kita yang masih hidup.

Kenapa Kita Susah Nak Bangun Solat Malam?

Kenapa Kita Susah Nak Bangun Solat Malam?

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

"Hendaklah kalian shalat malam, sebab itu merupakan kebiasaan orang-orang shalih sebelum kalian, dan juga sebagai sarana mendekatkan diri kepada Rabb kalian, yang dapat menghapuskan dosa dan pencegah perbuatan dosa"

(HR. At-Tirmidzi no. 3549, al-Hakim I/308 dan al-Baihaqi II/502, hadits dari Abu Umamah, Irwaa'ul Ghaliil no. 452)

Adapun sebab sulitnya bangun untuk shalat malam di antaranya adalah :

(01) Tidak ada niat bangun shalat malam

(02) Terlalu lelah dan tidak tidur siang

(03) Tidak segera tidur di awal malam

(04) Nyamannya tempat untuk tidur

(05) Tidak ikhlas dalam beribadah

(06) Tidak khusyu' dalam beribadah

(07) Tidak bergaul dengan orang shalih

(08) Kurangnya rasa cinta kepada Allah

(09) Terlalu banyak makan dan minum

Imam asy-Syafi'i rahimahullah berkata :

"Aku tidak pernah kenyang sejak 16 tahun silam kecuali kenyang sekedarnya. Karena kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah." (Siyar 8/248).

(10) Tidak berdo'a & wudhu sebelum tidur

"Jika engkau menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat kursi sampai engkau menyelesaikan ayat tersebut. Maka sesungguhnya akan selalu ada padamu seorang penjaga dari Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai engkau masuk waktu pagi"
(HR. Bukhari no. 2311, hadits dari Abu Hurairah)

(11) Tidur dengan cara mengiring ke kiri

Apabila seseorang tidur di atas lambung kirinya, maka ia akan tidur lebih nyenyak, sedangkan agama telah mensunnahkan tidur di atas lambung sebelah kanan, agar tidurnya tidak begitu nyenyak, sehingga ia tidak meninggalkan shalat malam.

(12) Banyak melakukan dosa dan maksiat

Seorang laki-laki bertanya kepada al-Hasan al-Bashri : “Wahai Abu Sa’id, semalaman aku dalam keadaan sehat, lalu aku ingin melakukan shalat malam dan aku telah menyiapkan kebutuhan untuk bersuci, tapi mengapa aku tidak dapat bangun?” Al-Hasan menjawab : “Dosa-dosamu mengikatmu" (Ihyaa’ ‘Uluumid Diin I/313).

(13) Tidak memiliki pasangan hidup yang selalu mengajak dan mengingatkan

(14) Mengkonsumsi makanan atau minuman yang haram, atau nafkahnya yang haram

(15) Tidak mengetahui dalil, keutamaan, rahasia, hikmah, manfaat, keistimewaan dan indahnya  melaksanakan shalat malam

(16) Pikiran keduniaan lebih banyak yang mendominasi hati, sehingga kurang mengingat kematian dan akhirat

(17) Tidak membaca kisah-kisah bagaimana semangatnya orang-orang shalih dalam mengerjakan shalat malam

(18) Tidak menggunakan jam beker, alarm hp atau tidak menitip pesan kepada orang di sekitarnya untuk membangunkan

(19) Tidak berusaha menghilangkan rasa kantuk saat bangun malam, lalu berdzikir kepada Allah, berdo'a, bersiwak dan berwudhu

(20) Tidak mengetahui tipu daya syaithan dan upayanya untuk memalingkan manusia dari mengerjakan shalat malam

"Apabila kalian bangun tidur, hendaknya menghirup air ke dalam hidung, kemudian membuangnya sebanyak tiga kali, karena syaitan bermalam di rongga hidungnya"
(HR. Bukhari no. 162 dan Muslim no. 238, hadits dari Abu Hurairah)

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Tuesday, October 2, 2018

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Lihat Kesannya

By On October 02, 2018
Amalan zikir harian yang anda perlu amalkan. Dalam hidup ini selain kebahagiaan, kekayaan, kita juga mengharapkan ketenangan berpanjangan menemani waktu-waktu harian kita. Sebagai seorang muslim, mencari ketenangan itu amatlah mudah, iaitu dengan menjaga hati sendiri. Memberi makanan jiwa kepada hati nurani agar sentiasa bersyukur dan memuji kebesaran Allah. Jangan lupa juga untuk bersabar dengan dugaan yang mendatang.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya!

Oleh itu zikir merupakan terapi mencapai ketenangan yang amat terbaik. Amalkan zikir harian dengan seberapa mampu anda dan tidak semestinya anda kena berada di dalam masjid untuk berzikir. Lakukan zikir di mana-manapun ianya tetap sama kelebihannya, dan sampai kepada Allah SWT.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya


Bersama-sama ini saya kongsikan jadual amalan zikir harian yang membuatkan anda terpegun dengan kesannya. Jom kita amalkan sama-sama. Anda boleh print dan lekatkan di dinding rumah anda untuk dijadikan amalan seisi keluarga. Insyaa Allah, Allah akan melimpahkan rahmatnya.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya!

Hari Jumaat »»» ● Ya Allah
Hari Sabtu »»»» ● La Ilaha Ilallah
Hari Ahad »»» ● Ya Hayyu Ya Qayyum
Hari Isnin »»» ● La Haw Lawala Quwwata Illa Billah Hil 'aliyyul 'aziim
Hari Selasa »»» ● Allahumasolli 'ala sayyidina Muhammadin nabiiyil ummi wa'ala alihii wasohbihi wassalam
Hari Rabu »»» ● Astagfirullah hal'aziim
Hari Khamis »»» ● Subhanallah hil 'aziimi wabihamdihi

Menurut Imam Ghazali RA, "Aku memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dengan mengamalkan segala wirid ini."

Kesan yang diperolehi amatlah besar dan pahala ganjarannya juga kita perolehi. Bukan susah pun nak berzikir. Sambil berbaring pun anda boleh lakukannya.

Selain dapat pahala, kita juga secara tak langsung merawat hati yang tidak tenang. Zikir adalah terapi diri paling mujarab. Zikir adalah makanan untuk jiwa yang tidak tenang.

Lagipun, dengan berzikir menambahkan keberkatan hidup kita di muka bumi ini. Orang yang mengamalkan zikir memuji Allah dalam amalan hariannya, hidupnya akan dirahmati oleh Allah. Dia sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Salam israk mikraj!

Jadikan Al Quran Teman Di Dunia Dan Penolong Di Akhirat

By On October 02, 2018
Jadikan Al Quran Teman Di Dunia Dan Penolong Di Akhirat. Akibat selalu membaca al Quran terus menerus, kita akan diberikan akal yang cerdas dan tak mudah lupa. Mari baca al Quran walau dimana kita berada, di darat di laut di udara dan sebagainya jadikan amalan membaca al Quran sebagai kebiasaan kita sehari-hari.

Jadikan alQuran teman di dunia dan penolongmu di akhirat. Al Quran penerang alam kubur dan dengan selalu membaca al Quran, menjadikan mata kita terang. Fikiran cerdas.

Jadikan Al Quran Teman Di Dunia Dan Penolong Di Akhirat


Jadikan Al Quran Teman Di Dunia Dan Penolong Di Akhirat

Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua [ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Baca : Rahsia Doa Mujarab Dari Surah Al Falaq

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dimudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membacatþ. Al-Quran".

Berkata sebahagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

JADIKAN ALQURAN TEMAN D DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT

Aamiin.....

Rahsia Doa Mujarab Dari Surah Al Falaq

By On October 02, 2018
Doa mujarab dari surah al Falaq - Hidup kita dalam dunia tidak lari daripada menghadapi kesusahan, kesulitan dan juga kesenangan. Tiada pahit dan manisnya dalam kehidupan umpama hidup tidak mempunyai apa-apa maksud.


Doa Mujarab Dari Surah Al Falaq


Dalam kita melalui pelbagai ujian dan dugaan kita digalakkan untuk berusaha mengikut kemampuan sambil tidak lupa berdoa kepada Allah agar dilancarkan segala urusan kita hingga ke akhirnya.

Untuk itu, mari kita amalkan membaca surah al Falaq yang amat mujarab bagi kita yang terkena gangguan syaitan, sihir dan sebagainya.

Doa Mujarab Dari Surah Al Falaq


1. Siti Aisyah menerangkan, "Baginda Rasulullah s.a.w sebelum tidurnya akan membaca surah an Nas, al Falaq dan al Ikhlas lalu ditiupkan di telapak tangan kemudian disapukan di seluruh tubuh dan kepala.

2. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, atau takut akan godaan malam yang gelap atau takut dengan kejahatan manusia, maka amalkan membaca surah al Falaq dan an Nas sebanyak 100 kali.

3. Bagi sesiapa yang terkena penyakit akibat perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah ia mengamalkan membaca surah surah al Falaq dan an Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari atau 5 hari  atau 7 hari berturut-turut.

Semoga amalan membaca surah al Falaq, an Nas dan al Ikhlas ini menjadi doa dan penawar yang mujarab bagi dugaan yang sedang ditanggung.

Semoga kita semua selalu dalam rahmat Allah. Aamiin...

Monday, October 1, 2018

Inilah Cara Bersedekah Yang Betul

By On October 01, 2018
Inilah Cara Bersedekah Yang Betul - Cukupkah dengan senyuman jika kita mahu bersedekah? Memang betul dengan tersenyum sahaja kita telah mendapat pahala sedekah. Tetapi sebagai seorang muslim yang sihat tubuh badan dan berkemampuan, kita digalakkan memberikan mengikut kemampuan kita secara logik. Contohnya, jika ada orang meminta bantuan kewangan atau derma sekolah (yang boleh dipercayai) kita harus membantunya mengikut keupayaan kewangan yang ada. Takkan nak sedekah senyuman aje untuk bina bangunan? Betul tak?

Inilah Cara Bersedekah Yang Betul

Orang yang bersedekah hendaknya turut mengambil berat akan persoalan etika dan cara bersedekah supaya diberikan pahala oleh Allah. Niat sahaja baik, namun jika caranya tidak kena, jawabnya rendahlah markah sedekah kita. Mungkin juga kita tidak mendapat apa-apa pahala daripada amal sedekah kita, malah lebih teruk lagi menambah dosa pula pada diri. Subahanallah...

Jenis-jenis Sedekah


1. Tasbih, Tahlil dan Tahmid
2. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar - mengajak membuat kebaikan
3. Hubungan Intim Suami Isteri
4. Bekerja dan memberi nafkah pada keluarganya
5. Membantu urusan orang lain
6. Mendamaikan dua orang yang berselisih
7. Menjenguk orang sakit
8. Berwajah manis atau memberikan senyuman
9. Berlumba-lumba dalam amalan sehari-hari
10. Sedekah yang cukup besar pahalanya adalah sedekah jasa dan harta benda seperti membantu memenuhi hajat manusia, bergotong royong dan saling menolong.

Cara Bersedekah Yang Betul


1. Kerana Islam mengajar kita supaya menyerahkan sedekah dengan wajah yang ceria dan berseri. Dengan berkeadaan sedemikian, walaupun jumlah sedekah kita tidak banyak, namun pasti mendatangkan kegembiraan kepada mereka yang menerimanya. 

Fahami maksud sabda Rasulullah berikut:

"Jangan kamu anggap mudah perbuatan baik, meskipun sekadar memberi senyuman ketika bertemu dengan saudaramu.” (Riwayat Muslim)

2. Islam mendidik kita supaya bersedekah dengan harta yang paling baik. Contohnya, memang baik apabila kita mendermakan pakaian lama anak-anak kita yang sudah tidak digunakan lagi kepada pihak yang memerlukan. Namun adalah lebih baik lagi jika kita membeli pakaian yang baru lalu didermakan terus kepada anak-anak yatim di rumah kebajikan.


3. Menyembunyikan sedekah itu adalah lebih utama, namun menampakkan sedekah kita jika itu lebih baik adalah satu tindakan yang betul dan dituntut oleh Islam. Pendek kata, sedekah dibolehkan secara tersembunyi atau terang-terangan. Secara tersembunyi lebih baik, kecuali jika penderma ingin tindakannya menjadi motivasi kepada orang lain agar turut bersedekah, maka atas tujuan ini adalah baik untuk “menunjukkan” dermanya.

Al-Quran ada menjelaskan mengenai perkara ini:

"Kalau kamu menampakkan sedekah-sedekah itu (secara terang-terangan), maka yang demikian adalah baik (kerana dapat menjadi contoh). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin maka itu adalah lebih baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah 2: 271)

4. Sedekah harus berasal daripada harta yang diperoleh melalui jalan yang halal.
"Barangsiapa mencari harta dengan cara yang haram, kemudian dia gunakan harta itu untuk silaturahim atau sedekah atau sedekah di jalan Allah, semua itu akan dikumpulkan untuk memukulnya di neraka Jahannam." (Riwayat Abu Daud)

5. Sedekah harus dilakukan dengan ikhlas, mengharap keredhaan Allah dan tidak dicemari sifat riak atau ujub. Niat sedekah adalah semata-mata kerana Allah. "Setiap perbuatan itu ditentukan oleh niat. Setiap orang akan mendapat sesuai dengan apa yang diniatkannya..." (Muttafaq Alaih)

6. Sedekah harus diberikan kepada pihak yang sangat memerlukan. Jika ada ahli keluarga kita yang dalam kesempitan, maka menyerahkan sedekah kepada mereka adalah lebih baik berbanding selainnya.

"Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, iaitu pahala sedekah. Tetapi jika sedekah itu diserahkan kepada ahli keluarga, maka ia menjadi dua pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala silaturahim." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

7. Orang yang ingin bersedekah wajib segera menunaikan sedekahnya selagi dia masih hidup.

"Hendaklah kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan merasa berat menunaikannya; ketika kamu masih mengharapkan kekayaan dan takut akan kemiskinan..." (Muttafaq Alaih)

8. Menjauhkan diri daripada sikap membangkit-bangkitkan sedekah yang diberikan dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu rosakkan sedekah-sedekah kamu dengan sikap membangkit-bangkitkan tentang sedekah itu dan kata-kata yang menyakiti (hati penerimanya)."

(Al-Baqarah 2: 264)

Secara keseluruhan, apa yang dapat saya simpulkan adalah niat bersedekah yang ada dalam diri seseorang amatlah baik sifatnya tetapi harus disertai dengan cara yang betul agar matlamat yang ingin dicapai dapat diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Niat yang baik haruslah diakhiri dengan matlamat yang betul...

Wallahua'lam... 

Sumber rujukan:

Sebarkan Bahagia:

Bongkar Rahsia Mudah Mendapat Limpahan Rezeki

By On October 01, 2018
Bongkar Rahsia Mudah Mendapat Limpahan Rezeki - Setiap kali lepas solat kita akan menadah tangan memohon agar Allah melimpahkan rezekinya ke atas kita. Ada juga doa-doa khusus yang boleh diamalkan agar dimurahkan dan dimudahkan rezeki untuk kita.

Bila ada rezeki melimpah, jangan lupa pula untuk membayar hutang piutang kita kepada sesama manusia.

Doa mudah bayar hutang...

Bongkar Rahsia Mudah Mendapat Limpahan Rezeki 


1. Beristighfar

Rezeki boleh dicari di mana-mana asalkan kita ada kudrat dan kemahuan mengejarnya. Namun begitu kita juga diajarkan untuk melakukan usaha ikhtiar yang lain seperti berdoa dan melakukan perkara-perkara yang digalakkan dalam agama kita.

Bongkar Rahsia Mudah Mendapat Limpahan Rezeki

Astaghfirullah = minima 100 kali sehari

Dengan beristighfar paling kurang 100 kali sehari, dan jika ada banyak masalah, gandakan menjadi 1000 kali sehari. Dengan cara ini rezeki akan datang melimpah dan dimasa yang tidak diduga-duga. In shaa Allah akan terbuka jalan penyelesaiannya. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam kehidupan kita ini, kunci masalah ada di dalam hidup kita ini. Kitalah puncanya. Tuhan tidak menzalimi diri kita tetapi sebaliknya kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan minda dan hanya ada Allah dalam hati kita. Bila ada Dia dalam hidup kita, masalah tidak menjadi kudis dalam kehidupan kita. Dia yang mengaturkan semua masalah sesuai dengan orang yang diberikan masalah tersebut. Jadi, serahkan semuanya kepada Allah. Beristighfarlah dengan istiqamah.

2. Berselawat

Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dapat menambahkan dan membukakan pintu rezeki kita.




Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala aliim Muhammad...

Dibaca 1000 kali sehari, selama 10 hari.

Hendaklah dilakukan dengan niat khusus berkehendakkan sesuatu yang baik. Tetapi jangan tinggalkan solat fardu.

3. Solat Taubat

Seterusnya, kita membongkar rahsia agar dilimpahkan rezeki ke atas kita. Hendaklah melakukan solat sunat taubat dari waktu kita berniat untuk memohon dipermudahkan rezeki tersebut. Buat setiap malam. Kemudian buat solat sunat tahajjud kerana di situ ada banyak keistimewaannya.

4. Solat Dhuha

Buat solat Dhuha, kerana ia terlalu banyak kelebihannya. Rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tetapi jangan busy hanya mengejar rezeki, buatlah kerana mengejar keberkatannya dan kasih sayang Allah. Kunci dunia adalah kasih sayang, hanya dengan kasih sayang dunia jadi aman. Dengan kasih sayang Allah, hidup kita lebih diberkati dan dilimpahi rezeki.

##Rujukan cara solat dhuha

5. Sayangi ibu bapa

Orang yang berjaya adalah mereka yang menyayangi ibubapa mereka. Sayangi ibubapa walau mereka tidak sukakan kita. Ambil hati mereka dan lakukan perkara-perkara yang mereka suka sahaja. In shaa Allah, rezeki datang melimpah kerana Allah sayangkan hambanya yang menyayangi orang tua masing-masing. Bila kasih sayang Allah ada pada kita, dekat dihati kita, Allah akan sentiasa memerhatikan kita tak mengira siang ataupun malam.


Rahsia telah pun terbongkar! Carilah rezeki di muka bumi ini dengan bersungguh-sungguh umpama kamu akan hidup untuk seribu tahun lagi tetapi beribadatlah dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati seolah-olah kamu tidak akan hidup lagi untuk esok hari.

#Bongkar rahsia mudah mendapat limpahan rezeki

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status