
Berdoalah Agar Dijauhi 4 Perkara
Hadis dalam bahasa Arab:
نْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا"
Daripada hadis sahih di atas, kita boleh mengatakan bahawa Nabi Muhamad yang hampir tiada dosa pun sentiasa berharap kepada Allah. Inikan pula kita yang penuh dosa. Berdoalah! Agar kita percaya bahawa esok masih ada.
Hikmah Dan Pengajaran Daripada Hadis Tentang Berdoa
2. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah memohon agar dijauhi dari empat perkara:
a. Ilmu yang tidak bermanfaat
b. Hati yang tidak khusyuk
c. Jiwa yang tidak pernah puas
d. Doa yang tidak diperkenankan
3. Kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menghasilkan amal dan rasa takut kepada Allah. Semakin tinggi ilmu seseorang, sewajarnya semakin baik akhlak dan ketakwaannya.
4. Khusyuk hati perlu dipelihara. Hati yang khusyuk ialah hati yang tunduk, lembut dan takut kepada Allah. Ia mudah menerima nasihat, tersentuh apabila membaca al-Quran dan menyedari kebesaran Allah. Hati yang tidak khusyuk boleh mendengar ayat Allah dan nasihat berkali-kali tetapi tidak memberi kesan kepada dirinya. Hati yang keras merupakan penyakit rohani yang serius.
5. Jiwa yang tidak pernah puas akhirnya mudah melahirkan tamak, hasad, persaingan tidak sihat dan kecintaan berlebihan terhadap dunia. Sifat tamak perlu dilawan dengan qanaah dan syukur. Kekayaan sebenar bukan banyaknya harta, tetapi rasa cukup dalam jiwa.
6. Kita perlu menjaga sebab-sebab penerimaan doa, termasuk keikhlasan, halal dalam kehidupan dan kesungguhan kembali kepada Allah.
7. Hadis ini mengajar bahawa seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan muhasabah terhadap ilmu, hati, nafsu dan doanya.
8. Marilah kita perbanyakkan doa agar sentiasa memiliki ilmu bermanfaat, hati yang khusyuk, jiwa yang puas dan doa yang diperkenankan.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا
Info Yang Anda Cari:
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.


0 Comments