Enter your keyword

Monday, August 31, 2026

Contohi Akhlak Rasulullah, Tutur Katanya Penuh Hikmah

By On August 31, 2026
Contohi Akhlak Rasulullah. Indahnya akhlak baginda, hinggakan sahabat bergurau memegang bahu baginda pun dia hanya tersenyum. Kalau marah pun hanya keluar sedikit perkataan tetapi tidak menyakitkan orang lain. Baginda di sayangi oleh semua peringkat usia hinggalah ketika baginda wafat, ada para sahabat yang sangat sayangkan baginda, jadi jatuh sakit dek kerana terlalu sedih dan rindukan baginda.  

Contohi Akhlak Rasulullah, Tutur Katanya Penuh Hikmah

 
Contohi Akhlak Rasulullah, Tutur Katanya Penuh Hikmah


Daripada Anas bin Malik RA berkata;


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا

Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “Uff!” (perasaan tak puas hati) dan Baginda tidak pernah berkata kepadaku mengenai sesuatu yang aku lakukan: Mengapa awak buat begini ? dan tidak juga terhadap sesuatu yang aku tidak lakukan: Mengapa kamu tidak melakukannya?' - (HR Muslim No: 2309) Status: Hadis Sahih.

Hikmah & Pengajaran Tentang Akhlak Rasulullah


1. Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Tutur katanya sangat lembut dan penuh hikmah kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap hamba.

2. Kalimah “Uff!” adalah ucapan atau suara yang menunjukkan perasaan tak puas hati, rasa tidak hormat dan menyakitkan hati atau mengherdik. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! Bengong!! dan sebagainya.

3. Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.

4. Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar, mencela atau mengherdik kepada sahabat juga pekerja. Baginda juga tidak memarahi, menghina orang yang berkhidmat dengannya.
5. Perkataan “uff” atau “ah!” adalah kalimah ringan yang menunjukkan rasa tidak puas hati, namun Nabi SAW tidak pernah mengucapkannya kepada Anas. Ia mengajar kita agar mengelakkan perlian atau cercaan walaupun ringan kerana ia boleh menyakitkan hati dan mematahkan semangat orang lain.

6. Mengikut Ibn Hajar, lafaz "uff" merupakan bentuk ucapan atau reaksi buruk yang paling ringan. Jika yang ringan pun tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW, maka apatah lagi kata-kata yang lebih kasar.

7. Kelembutan Nabi SAW adalah bentuk tarbiyah terbaik. Dengan kelembutan, Baginda menanam rasa cinta dan hormat dalam hati para sahabat sehingga mereka lebih terdorong untuk taat.

8. Hadis ini membuktikan bahawa kelembutan, kesabaran dan penghormatan terhadap maruah manusia merupakan asas Pendidikan. Kasih sayang bukan tanda kelemahan, bahkan ia adalah kekuatan yang mampu membentuk insan, mengubah hati dan melahirkan generasi yang mencintai kebaikan.

Ilmu Yang Anda Cari:

9.    Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan. Firman Allah:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - (al-Ahzab: 21).

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Sunday, August 23, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Muhaimin

By On August 23, 2026
Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin - Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoalah! Walau dengan cara yang bagaimana asalkan doa-doa tersebut mengikut sunnah yang diajarkan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Muhaimin

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Muhaimin


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husna yang berikut:


Ya Muhaiminu = 145 Kali


Maksudnya : Dialah yang memelihara dan mengamati semua makhluknya dengan seteliti-telitinya.

Kalaulah kita dapat mengamalkan membaca Ya Muhaiminu setiap Kali selepas habis solat Isyak sebanyak 145 kali, in shaa Allah fikiran dan hati kita menjadi terang, bersih dari segala kerumitan sehingga mudah menghafal pelajaran apapun.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin   

Info Yang Anda Cari:

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Kita harus berserah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Friday, August 21, 2026

Memutuskan Ukhwah Menjauhkan Rahmat

By On August 21, 2026
Memutuskan Ukhwah Menjauhkan Rahmat. Memang benarlah kenyataan tersebut. Bila terputus hubungan saudara sesama Islam, syaitan yang paling suka! Kerja syaitan kan suka memporak-perandakan umat Islam. Tak dapat cara jahat, dia menghasut secara baik. Renungkanlah!! Bila Ukhwah terputus, datsnglah fitnah merata-rata, rezeki susah nak masuk dan yang paling sadis adalah hati tak tenang siang malam memikirkan half buruk tersebut.

Nak hati tenang dan damai? Jangan buat musuh dengan sesiapa dan berhenti bermusuh. 

 

Memutuskan Ukhuwah Menjauhkan Rahmat

 
Daripada Hisyam bin 'Amir berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:


عَنْ هِشَامَ بْنَ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ مُسْلِمًا فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ فَإِنْ كَانَ تَصَارَمَا فَوْقَ ثَلَاثٍ فَإِنَّهُمَا نَاكِبَانِ عَنْ الْحَقِّ مَا دَامَا عَلَى صُرَامِهِمَا وَأَوَّلُهُمَا فَيْئًا فَسَبْقُهُ بِالْفَيْءِ كَفَّارَتُهُ فَإِنْ سَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ سَلَامَهُ رَدَّتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ وَرَدَّ عَلَى الْآخَرِ الشَّيْطَانُ فَإِنْ مَاتَا عَلَى صُرَامِهِمَا لَمْ يَجْتَمِعَا فِي الْجَنَّةِ أَبَدًا
 
Maksudnya:

"Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudara Muslim lebih dari tiga malam, jika mereka berdua saling mendiamkan lebih dari tiga hari tersebut, maka keduanya menyimpang dari kebenaran selama mereka berdua masih memutuskan hubungan. Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dari rasa marah (menyambung kembali hubungan ukhuwah), maka tindakannya mendahului dalam berdamai menjadi penghapus kesalahannya. Jika dia (si 'A') memberi salam kepada saudaranya (si 'B') namun tidak menjawab, maka ucapan salamnya akan dijawab oleh Malaikat, sedangkan syaitan menjawab kepada pihak yang enggan berdamai. Jika mereka berdua meninggal dunia dalam keadaan masih memutuskan hubungan, maka mereka berdua tidak akan berhimpun bersama-sama di dalam syurga selama-lamanya. " (HR Ahmad No: 15823) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Hadis Sahih

Memutuskan Ukhwah Menjauhkan Rahmat
 

Mengapa Kita Dilarang Memutuskan Ukhwah?

 
1.  Seorang muslim tidak boleh memutuskan hubungan dengan saudara Muslimnya lebih dari tiga hari. Menurut Imam al-Nawawi, tempoh tiga hari adalah ruang masa untuk meredakan emosi seseorang. Lebih daripada itu dianggap berdosa kerana melanggar adab ukhuwah Islamiah.
 
2.  Jika kedua-dua Muslim yang berselisih, saling mendiamkan diri dengan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, keduanya akan jauh dari kebenaran (Rahmat) selama mereka berdua masih memutuskan hubungan.
 
3.  Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dan segera menyambung kembali hubungan ukhuwah, maka ia akan menjadi penebus dosanya kerana memutuskan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menegaskan bahawa orang yang mula-mula memberi salam dan memulakan perdamaian akan mendapat kelebihan besar kerana ia dianggap sebagai penebus dosanya.
 
4.  Orang yang memulakan perdamaian bukanlah orang yang kalah. Sebaliknya, dialah yang lebih kuat mengalahkan ego dan lebih hampir kepada kebenaran.
 
5.  Jika seseorang memberi salam tetapi tidak dijawab, maka malaikat akan menjawab bagi pihaknya, sebagai bukti keredaan Allah kepadanya. Sebaliknya, syaitan akan memperkukuh permusuhan pada pihak yang enggan membalas salam.

6.  Jika mereka berdua meninggal dunia dalam keadaan saling bermusuh, maka mereka berdua tidak akan berkumpul di syurga selama-lamanya. Para ulama menjelaskan, maksud “tidak berhimpun di syurga” bukanlah kekal selama-lamanya, tetapi sebagai ancaman keras bahawa permusuhan itu boleh menjadi sebab seseorang dihalang daripada nikmat syurga, kecuali dengan rahmat Allah.
 
7.  Setiap Muslim mesti berusaha menjadi orang yang pertama memulakan perdamaian jika berlaku perselisihan antara mereka. Jauhi sifat ego, dendam dan keras hati kerana ia merosakkan agama dan merugikan kehidupan di akhirat.
 
8.  Bersamalah kita saling menghubung ukhuwah dan menyemai sifat berkasih sayang sesama kita melalui bertegur sapa. Saling bertolong bantu dalam perkara yang disepakati dan saling bermaafan dalam perkara yang berbeza.
 
Semoga bermanfaat. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Saturday, August 15, 2026

Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga

By On August 15, 2026
Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga. Surah al Ikhlas mengandungi 4 ayat, yang membawa maksud, Katakanlah (wahai Muhammad): Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. Itulah maksud surah Al Ikhlas di dalam bahasa melayu.

Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga

Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga


Membaca surah al Ikhlas ataupun mana-mana ayat dari al Quran, hendaklah disertai dengan memahami, menghayati dan diamalkan, ataupun dipanggil tadabbur isi al Quran tersebut.

Hikmah & Pengajaran Daripada Hadis:


1. Surah al-Ikhlas mempunyai kedudukan yang tinggi kerana kandungannya menghimpunkan asas tauhid yang menegaskan bahawa: Allah Maha Esa, Allah tempat bergantung segala makhluk, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang setanding dengan-Nya.

2. Membaca Surah al-Ikhlas dengan penuh keimanan dan keikhlasan menjadi sebab seseorang memperoleh keredaan Allah dan berhak mendapat syurga dengan rahmat-Nya.

3. Tauhid ialah asas kepada seluruh amal ibadah dan syarat utama keselamatan di akhirat. Asas utama seseorang memasuki syurga ialah tauhid. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin ikhlas ibadahnya, semakin baik amalannya, dan semakin kuat pergantungannya kepada Allah. Surah al-Ikhlas menjadi antara surah yang paling besar kelebihannya kerana seluruh kandungannya berkisar tentang tauhid.

4. Bacaan al-Quran hendaklah disertai dengan kefahaman, penghayatan dan pengamalan.
 
5.    Keikhlasan dalam ibadah merupakan antara nilai utama yang diajarkan oleh Surah al-Ikhlas. Seseorang yang memahami Surah al-Ikhlas akan terdidik supaya hanya bergantung kepada Allah; tidak mengharapkan pujian manusia; menjauhi riak; dan memurnikan niat dalam setiap ibadah. Keikhlasan inilah yang menjadi sebab utama seseorang memperoleh keredaan Allah.
 
6. Hadis ini menggalakkan umat Islam memperbanyakkan bacaan Surah al-Ikhlas sebagai amalan harian tanpa mengabaikan kewajipan-kewajipan agama yang lain.

7. Seorang Muslim bukan sahaja digalakkan memperbanyakkan bacaan Surah al-Ikhlas, malah hendaklah memahami maknanya, memurnikan akidahnya dan menghayati nilai keikhlasan dalam setiap aspek kehidupan agar benar-benar layak memperoleh rahmat dan syurga Allah SWT.

Info Yang Anda Cari:

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ
 
"Aku berjalan bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah wajib wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Syurga (baginya).” - (HR Tirmidzi No: 2897). Status Hadis Hasan

Masya Allah, semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkan ayat-ayat al Quran di dalam kehidupan sehari-hari.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Wednesday, August 12, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Mukmin

By On August 12, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Al-Mukmin | Berdoalah! Walau dengan cara yang bagaimana asalkan doa-doa tersebut mengikut sunnah yang diajarkan. Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husna ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Mukmin

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Mukmiin


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa dengan al asmaul husna- Al-Mukmin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Mukminuu - dibaca 136 kali setiap hari


Ertinya: Dialah yang mengamankan seluruh makhluknya dan Dia pulalah yang mempercayai akan Rasul-Rasulnya.

Bacalah setiap hari "Ya Mukminu" sebanyak 136 kali, maka dengan izin Allah diri kita, keluarga dan segala kekayaan kita akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa dengan al asmaul husna- Al-Mukmin

Info Yang Anda Cari:

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Wednesday, August 5, 2026

La Ilaha Illa Allah - Akhiran Kalimah Yang Baik

By On August 05, 2026
La Ilaha Illa Allah - Akhiran Kalimah Yang Baik. Jika kita hidup dengan melakukan perkara yang baik dan menunaikan segala suruhan Allah SWT seperti yang disarankan di dalam al Quran dan hadis, insha Allah kita juga akan menikmati akhiran hidup yang baik. Antara kalimah yang menggambarkan pengakhiran yang baik adalah apabila seseorang hamba Allah itu dapat mengucap, La Ilaha Illa Allah.

La Ilaha Illa Allah - Akhiran Kalimah Yang Baik
 

Pengakhiran Kalimah Yang Baik

 
Daripada Mu'az bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
 
"Sesiapa yang akhir ucapannya (sebelum meninggal dunia) ialah: ‘Lā ilāha illā Allāh’ (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), maka dia akan masuk syurga." -  (HR Abu Daud No: 3116) Status Hadis Sahih

 

Pengajaran:


1. Kalimah "La ilaha illa Allah" (Tiada Tuhan melainkan Allah) adalah kunci utama syurga, ia merupakan asas akidah dan bukti keimanan seseorang.

2. Al-Qurtubi menyebutkan, maksud “akhir kalam” bukan semata-mata secara lisan fizikal, tetapi kalimah terakhir yang keluar dari kesedaran hati dan lidah serta diucapkan dengan iman yang benar, bukan secara kebetulan atau tanpa sedar.
 
3.    Menurut Imam Ibn Rajab, hanya orang yang hidupnya dibina atas tauhid dan amal soleh akan diberi taufik oleh Allah untuk menyebut kalimah ini di akhir hayat.
 
4. Pengakhiran dengan kalimah ini adalah tanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan petanda besar keampunan Allah.

5. Sunnah mentalqinkan (membisikkan) kepada orang yang nazak dengan kalimah tauhid, perlu dilakukan dengan penuh hikmah, kelembutan dan kasih sayang.

6. Orang yang biasa dengan zikrullah ketika hidup lebih mudah mengucapkannya ketika menghadapi sakaratul maut.

Info Yang Anda Cari:

7.    Hadis ini memberikan harapan besar kepada orang beriman: jika akhir kalimah kita ialah "La ilaha illa Allah", maka syurga adalah balasannya. Namun, juga menjadi peringatan bahawa pengakhiran itu tidak datang tanpa usaha. Bahkan memerlukan kehidupan yang dibina atas iman, amal, taubat dan pengharapan kepada rahmat Allah.

Semoga bermanfaat. Marilah sama-sama mengejar ganjaran mendapat akhiran hidup yang baik iaitu husnul khatimah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tuesday, August 4, 2026

Hikmah Solat Jenazah Oleh Seratus Orang

By On August 04, 2026
Solat Jenazah. Hikmahnya Solat Jenazah Oleh Seratus Orang. Akhiran hidup seseorang kita tak tahu, siapakah yang akan mandi, kafan dan solatkan kita nanti. Kita hanya berharap ehsan dari Allah SWT agar menyimpankan aib kita dan memperoleh kematian yang husnul khatimah. Insha Allah. Adakah kita tahu berapa ramai orang yang akan solatkan kita? Mestilah tak tahu, kerana Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, hiduplah baik-baik sehingga nafas kita terhenti. 

Hikmah Solat Jenazah Oleh Seratus Orang
 

Hikmah Solat Jenazah Oleh Seratus Orang

 
Daripada Aisyah binti Abu Bakar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏: مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ
 
"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia, kemudian disolatkan oleh seratus orang daripada kalangan orang Islam, yang semuanya memohon syafaat (berdoa) untuknya, melainkan syafaat mereka diterima bagi pihaknya." - (HR Muslim No: 947) Status Hadis Sahih
 

Pengajaran Dan Hikmah Solat Jenazah Oleh Seratus Orang

 
1. Solat jenazah merupakan ibadah yang mengandungi doa, permohonan keampunan dan rahmat kepada Allah SWT bagi pihak si mati.

2. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, bilangan seratus menunjukkan ramainya orang yang mendoakan si mati. Semakin ramai orang beriman yang ikhlas mendoakan keampunan buat si mati, semakin besar harapan agar doa tersebut diterima oleh Allah SWT.

Ilmu Yang Anda Cari:

3.    Solat jenazah memperlihatkan kekuatan ukhuwah Islamiah dan hubungan kasih sayang yang berterusan sesama Muslim dalam menunaikan hak dan tanggungjawab sehingga selepas kematian seseorang.
 
4. Seorang Muslim hendaklah menjaga dan membina hubungan baik dengan masyarakat ketika hidup agar memperoleh doa rahmat dan keampunan daripada Muslim yang lain apabila meninggal dunia.

5. Hadis ini menegaskan bahawa solat jenazah bukan sekadar satu kewajipan fardu kifayah, bahkan merupakan medan syafaat dan doa bagi si mati. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa apabila sekumpulan orang Islam yang beriman dan ikhlas menunaikan solat jenazah serta memohon keampunan untuknya, Allah SWT menerima syafaat mereka dengan rahmat-Nya.

Segala perkongsian di atas adalah sebagai ilmu baru untuk diri sendiri dan semoga ia juga bermanfaat kepada orang lain.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Saturday, August 1, 2026

Doa Mustajab Dimulakan Dengan Pujian Kepada Allah

By On August 01, 2026
Doa Mustajab. Doa Yang Mustajab Dimulakan Dengan Pujian Kepada Allah. Itu yang saya pelajari selama bertahun-tahun, sejak dari sekolah agama lagi. Itulah ajaran ustaz ustazah kami dahulu, jadi memang benar sekali bahawa mulakan doa-doa anda dengan segala pujian kepada Allah SWT, rasulullah dan para sababat akan peroleh mustajab doa.
 
Doa Mustajab Dimulakan Dengan Pujian Kepada Allah

Doa Mustajab


Daripada Buraidah bin al-Hasib al Aslami RA: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa:

 
عَنْ بريدة بن الحصيب الأسلمي  :أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ

 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, bahawa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung segala makhluk, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Mu,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh engkau telah memohon kepada Allah dengan nama-Nya, yang apabila Dia diminta dengannya, Dia pasti akan memberi, dan jika Dia diseru dengannya, Dia akan memperkenankan doa”. (HR Abu Daud No:1493) Status Hasan Sahih
 

Pengajaran dan hikmah hadis di atas:

 
1.    Berdoa dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah merupakan antara adab doa yang paling utama.
 
2.    Hadis ini mengandungi doa yang mengandungi pengakuan terhadap sifat-sifat Allah yang paling agung menjadi antara asas doa  diperkenan:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ،
 وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
 
3. Surah al-Ikhlas bukan sekadar surah untuk dibaca, tetapi juga menjadi antara doa yang mengandungi pengakuan tauhid yang sempurna. Tauhid didahulukan sebelum seseorang mengemukakan permohonan kepada Allah antara asbab doa diperkenankan.

Info Yang Anda Cari:

4. Keberkesanan doa bergantung kepada keikhlasan, keyakinan, adab serta kesucian hati, di samping rahmat Allah SWT.

5. Mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah akan meningkatkan rasa cinta, takut, harap dan tawakal kepada-Nya.

6. Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dimulakan dengan pujian kepada Allah, pengakuan terhadap keesaan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah SWT sebelum menyatakan hajat dan permohonannya merupakan faktor yang mendekatkan seseorang kepada rahmat dan perkenan Allah SWT.

Semoga kita semua memperoleh manfaat dan bertambah faham akan panduan dan cara berdoa agar ia menjadi mustajab doa.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status