Enter your keyword

Thursday, February 26, 2026

Surah al-Kahfi - Penerang Cahaya Antara 2 Jumaat

By On February 26, 2026
Surah al-Kahfi - Penerang Cahaya Antara 2 Jumaat. Sunat dibaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, nak baca semua satu surah ataupun membaca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi dapat terhindar dari fitnah dajjal!

Mengapa pula surah al-Kahfi bila dibaca pada hari jumaat dipanggil "penerang cahaya antara 2 jumaat?". 


Surah al-Kahfi - Penerang Cahaya Antara 2 Jumaat


Maksudnya:

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, Nabi SAW bersabda,

"Sesiapa yang membaca surah al Kahfi pada hari jumaat, Allah SWT akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua jumaat."

Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat adalah sunnah yang mendatangkan cahaya petunjuk (nur), menerangi kehidupan antara dua Jumaat, dan melindungi daripada fitnah Dajjal. Amalan ini disyorkan dilakukan bermula waktu Maghrib malam Jumaat sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat. Ia juga menjadi asbab pengampunan dosa kecil.

Daripada penjelasan di atas, kita boleh simpulkan bahawa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat dapat mengampuni dosa, dipancarkan cahaya (ditunjuki jalan yang terang dan lurus) dan memohon perlindungan dari fitnah dajjal.

Masya Allah.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, February 24, 2026

Usah Menjadi Hamba Allah Yang Melampau Batas

By On February 24, 2026
Usah Menjadi Hamba Yang Melampau Batas. Jangan menjadi manusia yang tidak mengenal diri, menganggap segala usaha adalah dari dirinya dan bukan asbab belas ehsan Allah kepadanya. Takut satu masa nanti pun apa yang kita ada hilang sekelip mata, maka siapakah yang engkau nak persalahkan? Salahkanlah dirimu sendiri!

Sikap berlebihan atau nelampaui batas (ekstrem) dalam ibadah justeru akan menyusahkan diri sendiri dan berpotensi membuat seseorang tewas/ lelah dengan dirinya sendiri.

Usah Menjadi Hamba Yang Melampau Batas

Usah Menjadi Hamba Allah Yang Melampau Batas


Dalam al Quran surah Alaq ayat 6 - 8, Allah berfirman;

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

Pengajaran:

1. Allah memberi amaran agar kita jangan melebihi batas atau melampau-lampau dalam mengerjakan sesuatu, cukuplah bersederhana dalam sesuatu hal.

2. Usah sombong dengan pencapaian sehingga membelakangkan kuasa Allah

3. Orang yang berlebihan Dan sombong akan mendapat balasan dengan apa yang dikerjakan, samada cepat atau lambat.

Dalam Islam, melampaui batas (ghuluw atau israf) dilarang kerana agama ini menjunjung tinggi keseimbangan (wasathiyah), rahmat, dan kemudahan. Perbuatan ini membawa kerosakan, kesulitan, dan menyalahi sunnah Rasulullah SAW, serta dapat menyebabkan kebinasaan sebagaimana umat-umat terdahulu.

Oleh yang demikian, bersederhana adalah amalan terbaik yang patut diamalkan oleh seluruh umat Islam untuk mencapaian ketenangan Dan keberkatan dalam hidup.

Insha Allah, semoga bermanfaat.

Antara sumber ;

1. FB JAKIM

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, February 21, 2026

Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna

By On February 21, 2026
Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna. Ibadat yang sia-sia itu umpama kita bawa air dalam plastik yang bocor. Bila sampai rumah plastik dah kosong kita pun tak dapat air. Amatlah rugi, kan? Begitulah keadaannya bila kita buat ibadat tetapi sia-sia.

Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna

Ibadat Yang Sia-Sia & Tidak Sempurna


Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

"Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak memperoleh pahala puasanya kecuali lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, namun tidak memperoleh pahala solat malamnya kecuali berjaga malam (menyengkang mata)." (HR Ahmad No: 9308) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan solat merupakan ibadat mendekatkan hamba kepada Allah.

2.  Puasa dan solat hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan  ikhlas.

3.  Bagi mereka yang berpuasa, ia bukan sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa malah perlu meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta. 

4.  Menurut Ibn Rajab, orang yang hanya mendapat lapar ialah mereka yang berpuasa namun;

•  Tidak menjaga lidah daripada dusta dan mengumpat,
•  Tidak menjaga pandangan dan pendengaran daripada maksiat,
•  Berpuasa secara zahir tetapi tidak berpuasa secara batin.

5.  Terdapat sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR Bukhari No: 1770)

6.  Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. (Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 6/1053) Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiam seseorang itu boleh menjadi sia-sia. 

7.  Ibadat yang tidak sempurna dan  tidak ikhlas akan menyebabkan  ibadat puasa hanya mendapat lapar dan dahaga, ibadat solat malam hanya sekadar bersengkang mata. Alangkah ruginya bila kita melakukan ibadat tanpa keikhlasan.

Moga Ibadat dilakukan dengan sempurna mengikut syarat dan rukun di samping keikhlasan melaksanakanya.

Marilah kita berusaha menjadi seorang hamba yang faham apa yang dilakukan dan ikhlas dalam perbuatan kerana Allah Taala.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, February 18, 2026

Doa Ramadhan Kami

By On February 18, 2026
Doa ramadhan untuk hati terus kuat. Untuk tubuh terus sihat dan sejahtera. Hanya Allah tempat meminta. Bukan hanya meminta, tetapi Allah tempat berharap. Agar Dia tidak berhenti mengampuni kita, hari ini dan selamanya walau dosa-dosa kita seluas buih di lautan.

Doa Ramadhanku

Doa Ramadhan Kami


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ
سموا يڠ دحرمتي لاڬي دسنجوڠي 
سلامت مپمبوت بولن رمضان 
 سموݢ الله منريما عملن کيت
 سڤنجڠ بولن ڤنوه برکة اين،

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ
وَسَلّمْ رَمَضَانَ مِنَّا
وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah, sejahterakanlah 
kepada kami menghadapi Ramadhan
Berikanlah kesejahteraan
Ramadhan untuk kami
Dan terimalah ibadah Ramadhan
daripada kami (dengan sebenar-benar
penerimaan).

Semoga doa-doa kita setiap hari di sepanjang bulan ramadhan mendapat balasan baik dari yang Maha Baik.

Insha Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, February 17, 2026

Soal Jawab Tentang Berkatnya Bersahur

By On February 17, 2026
Soal Jawab Tentang Berkatnya Bersahur. Kenapa bersahur itu berkat? Kenapa makan sahur? Makan sahur bukan kerana takut lapar pada siang hari berpuasa. Makan sahur bukan kerana suka-suka sebab ibubapa dah kejut suruh bangun. Tahukah anda makan sahur ada keberkatan di dalamnya. Makan sahur sekadarnya sahaja, cukup sekadar dengan sebiji kurma dan air.

Tapi, kalau anda tak tahan, boleh je ambil nasi dan lauk yang sesuai ketika bersahur. Yang penting jangan lupa ambil protein yang mencukupi untuk bekalan sampai ke waktu berbuka.

Anda boleh juga semak resepi untuk bersahur pada pautan berikut:

👉👉👉 30 Resepi Menu Berbuka dan Bersahur Terbaik ✔✔


Sesungguhnya Dalam Makan Sahur Itu Ada Keberkatan

Makan Sahur Ada Keberkatan Di Dalamnya


RAIHLAH KEBERKAHAN DENGAN MAKAN SAHUR

Pertama: Makna Makan Sahur

Makan sahur ertinya,

كل طعامٍ أو شرابٍ يَتَغَذَّى به آخر الليل في السحر من أراد الصيام

“Setiap makanan dan minuman yang dimakan oleh orang yang hendak berpuasa di akhir malam, di waktu sahur.” [Ash-Shiyaamu fil Islam, hal. 247]

Kedua: Hukum Makan Sahur

Ulama seluruhnya sepakat bahawa makan sahur hukumnya sunnah, sebagaimana yang ditulis oleh Ibnul Mundzir rahimahullah.

Oleh kerana itu, makan sahur tidak mempengaruhi sah atau tidaknya puasa, andaikan seseorang berpuasa tanpa makan sahur maka puasanya sah, bahkan tetap wajib baginya untuk berpuasa Ramadhan walau tidak sempat makan sahur.

Dan tidak ada dosa baginya apabila tidak makan sahur dengan sengaja, namun ia tidak mendapatkan keutamaan dan keberkahan sahur yang melimpah.

Ketiga: Waktu Makan Sahur

Waktu sahur adalah sepertiga malam yang terakhir sampai sebelum terbit fajar.

Disebut makan sahur kerana dilakukan di waktu sahur, dan yang lebih afdhal dilakukan di akhir waktu sahur.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

بكِّروا بالإفطارِ، وأخِّروا السحورَ

“Segerakanlah berbuka dan akhirkanlah sahur.” [HR. Ibnu Adi dan Ad-Dailami dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Ash-Shahihah: 1773]

Tabi’in yang Mulia ‘Amr bin Maimun rahimahullah berkata,

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأَبْطَأَهَمْ سُحُورًا

“Dahulu para sahabat Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam paling cepat berbuka dan paling lambat makan sahur.” [Diriwayatkan Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubro: 8127]

Keempat: Akhir Waktu Sahur

Akhir waktu sahur adalah mendekati waktu Shubuh seukuran membaca 50 ayat, dan itulah waktu terbaik untuk makan sahur.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhu, beliau berkata,

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, kemudian beliau bangkit untuk solat Shubuh.” Aku (Anas bin Malik) berkata: Berapa jarak antara adzan dan sahur? Beliau (Zaid bin Tsabit) berkata: “Seukuran membaca 50 ayat.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً أَيْ مُتَوَسِّطَةً لَا طَوِيلَةً وَلَا قَصِيرَةً لَا سَرِيعَةً وَلَا بَطِيئَةً

“Seukuran 50 ayat adalah yang pertengahan, tidak panjang dan tidak pendek, tidak dibaca cepat dan tidak pula lambat.” [Fathul Baari, 4/138]

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata,

خمسون آية: من عشر دقائق إلى ربع الساعة إذا قرأ الإنسان قراءة مرتلة أو دون ذلك وهذا يدل على أن الرسول صلى الله عليه وسلم يؤخر السحور تأخيرا بالغا وعلى أنه يقدم صلاة الفجر ولا يتأخر

“Seukuran membaca 50 ayat adalah sekitar 10 sampai 15 minit, apabila seseorang membaca dengan perlahan-lahan atau sedikit lambat. Dan ini menunjukkan bahwa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam benar-benar mengakhirkan waktu makan sahur dan bahwa beliau bersegera untuk solat Subuh dan tidak terlambat.” [Syarhu Riyadhis Shaalihin, 5/285]

Hadits yang mulia ini juga menunjukkan bahwa selesainya makan sahur sebelum terbit fajar.

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

فِيهِ دَلَالَةٌ عَلَى أَنَّ الْفَرَاغَ مِنَ السُّحُورِ كَانَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ

“Dalam hadits ini ada petunjuk bahwa selesai makan sahur sebelum terbit fajar.” [Fathul Baari, 4/138-139]

Bahkan boleh jadi azan yang dimaksud dalam hadits yang mulia ini adalah iqomah, sebagaimana ditegaskan dalam lafaz yang lain, dari Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhuma, beliau berkata,

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, kemudian kami bangkit menuju solat. Aku (Anas) berkata: Berapa ukuran antara selesainya makan sahur dan solat? Beliau (Zaid) berkata: Seukuran membaca 50 ayat.” [HR. Muslim]

Dan Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadits dengan lafaz yang pertama di atas dalam Bab,

قدر كم بين السحور وصلاة الفجر

"Berapa Jarak Antara Sahur dan Solat Shubuh"

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqolani Asy-Syafi'i rahimahullah menerangkan,

قوله : ( باب قدر كم بين السحور وصلاة الفجر ) أي : انتهاء السحور وابتداء الصلاة ؛ لأن المراد تقدير الزمان الذي ترك فيه الأكل ، والمراد بفعل الصلاة أول الشروع فيها قاله الزين بن المنير

"Ucapan penulis 'Bab Berapa Jarak Antara Sahur dan Solat Shubuh' maknanya: Jarak selesainya sahur dan mulainya solat, kerana yang dimaksud adalah penentuan waktu berhenti makan sahur. Adapun yang dimaksud dengan melakukan solat adalah awal memulai solat. Ini dikatakan oleh Az-Zain bin Al-Munir." [Fathul Baari, 4/138]

Dan kata azan sering kali digunakan untuk makna iqomah, diantaranya dalam sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam,

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلَاةٌ، قَالَهَا ثَلَاثًا، قَالَ فِي الثَّالِثَةِ: ِمَنْ شَاءَ

“Diantara setiap dua azan ada solat. Beliau mengatakannya tiga kali, dan beliau berkata pada yang ketiga: Bagi siapa yang mahu melakukannya.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mughoffal radhiyallahu’anhu]

Kelima: Permasalahan Waktu Imsak

Bila mula imsak (menahan diri, tidak boleh lagi makan dan minum serta melakukan seluruh pembatal puasa)?

Hadits yang mulia di atas menunjukkan bahawa waktu selesainya makan sahur Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dan sholat Shubuh adalah seukuran membaca 50 ayat, akan tetapi itu tidak bermakna puasa telah dimulai dan tidak boleh makan dan minum lagi, kerana mulainya puasa adalah setelah terbitnya fajar (masuk waktu Shubuh), sebagaimana firman Allah ta’ala,

وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqoroh: 187]

Fajar yang dimaksud adalah fajar yang kedua atau fajar shodiq, iaitu garis putih atau cahaya putih yang membentang secara horizontal di ufuk Timur, membentang dari Utara ke Selatan.

Apabila fajar tersebut telah muncul, maka masuklah waktu Subuh dan itulah awal waktu puasa, tidak boleh lagi makan dan minum atau melakukan salah satu pembatal puasa.

Sedang fajar yang pertama atau fajar kadzib adalah garis putih atau cahaya putih yang memanjang secara vertikal, tidak membentang.

Adapun penetapan waktu imsak sebelum terbit fajar maka termasuk mengada-ada dalam agama, tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

Keenam: Anjuran Makan Sahur Bersama

Dalam hadits yang mulia di atas juga terdapat anjuran makan sahur bersama-sama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dan Sahabat Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhu.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

وَفِيهِ الِاجْتِمَاعُ عَلَى السُّحُورِ

“Dalam hadits ini ada anjuran bersama-sama makan sahur.” [Fathul Baari, 4/138]

Ketujuh: Adakah Menu Makan Sahur yang Dianjurkan?

Tidak ada jenis makanan yang diharuskan untuk makan sahur, namun dianjurkan makan kurma, dan dibolehkan memakan apa saja yang halal walau hanya seteguk air.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin adalah kurma.” [HR. Abu Daud dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah radhiyallaahu’ahu, Ash-Shahihah: 562]


Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam juga bersabda,

تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاء

“Makan sahurlah kalian walau hanya dengan seteguk air.” [HR. Ibnu Hibban dari Ibnu ‘Amr radhiyallaahu’anhuma, Shahihut Targhib: 1071]

Kelapan: Apa Saja Keberkahan Makan Sahur?

Keberkahan maknanya adalah kebaikan yang melimpah dan terus-menerus ada, dan sungguh keberkahan makan sahur sangat banyak.

Rasulullah shallallahu’laihi wa sallam bersabda,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَة

“Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada keberkahan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu]

Diantara Keberkahan Makan Sahur:


1) Ibadah kepada Allah ta’ala.

2) Menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

3) Lebih menguatkan orang yang berpuasa untuk dapat berpuasa sampai terbenam matahari dan tetap melakukan ibadah-ibadah yang lain.

4) Memudahkan sholat Subuh berjama’ah, kerana itulah disunnahkan makan sahur mendekati waktu Subuh.

5) Menyelisihi puasa Yahudi dan Nasrani. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” [HR. Muslim dari ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallaahu’anhu]

6) Memanfaatkan waktu terbaik untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah di waktu sahur, kerana sepertiga malam yang terakhir adalah waktu terbaik untuk berdoa, dan makan sahur itu sendiri adalah doa ibadah, kerana doa terbahagi dua: Doa ibadah dan doa permohonan.

Maka rugilah orang yang menghabiskan waktu sahur untuk bermain-main atau menonton acara-acara hiburan yang pada umumnya mengandungi maksiat kepada Allah azzawajalla.

7) Mendapatkan sholawat Allah ta’ala dan malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam,

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ، فَلَا تَدَعُوهُ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Sahur adalah makan yang penuh berkah, maka janganlah kalian tinggalkan walau seorang dari kalian hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para malaikat-Nya bersholawat untuk orang-orang yang makan sahur.” [HR. Ahmad dan Ibnu Hibban dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu’anhu, Shahihul Jaami’: 3683]

Sholawat Allah ta’ala atas mereka maknanya mencakup pemaafan-Nya, rahmat-Nya dan ampunan-Nya dicurahkan untuk mereka. Adapun sholawat malaikat atas mereka adalah mendoakan dan memohonkan ampun kepada Allah ta’ala untuk mereka.

8) Mendapatkan pahala ibadah makan sahur kerana mencontohi Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

9) Menambah semangat dan menghilangkan kemalasan yang disebabkan oleh rasa lapar.

10) Menjadi sebab bersedekah kepada orang yang memerlukan makan sahur dan atau makan bersamanya.

Kesembilan: [Faedah Penting] Amalan Batin Saat Makan Sahur

Hendaklah orang yang makan sahur memilik amalan batin, tidak sekadar makan biasa.

Asy-Syaikh Ibnul ‘Utsaimin rahimahullah berkata,

إنه ينبغي للإنسان حين تسحره أن يستحضر أنه يتسحر امتثالا لأمر الله ورسوله ويتسحر مخالفة لأهل الكتاب وكرها لما كانوا عليه ويتسحر رجاء البركة في هذا السحور ويتسحر استعانة به على طاعة الله حتى يكون هذا السحور الذي يأكله خيرا وبركة وطاعة والله الموفق

“Sungguh sepatutnya bagi seseorang, ketika makan sahur hendaklah menghadirkan dalam hatinya bahawa ia melakukannya dalam rangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan demi menyelisihi ahlul kitab (yahudi dan nasrani) serta membenci perbuatan mereka yang tidak mahu makan sahur. Dan hendaklah ia makan sahur dalam rangka mengharap keberkahan dari Allah dan menguatkannya untuk taat kepada Allah, sehingga dengan niat-niat tersebut, makan sahurnya bernilai kebaikan, keberkahan dan ketaatan kepada Allah. Wallaahul Muwaffiq.” [Syarhu Riyadhis Shaalihin, 5/285]

Kesepuluh: Apabila Mendengar Adzan Shubuh Saat Makan Sahur

Apa yang harus dilakukan oleh orang yang sedang makan sahur dan mendengar adzan Shubuh?

Jawab: Apabila ia yakin bahwa waktu solat Subuh telah masuk, iaitu mu’adzin tidak salah waktu maka wajib baginya untuk segera menghentikan makan sahurnya saat itu juga.

Namun apabila ia masih ragu maka boleh baginya meneruskan makannya sampai ia yakin bahwa waktu Shubuh telah masuk, kerana pada asalnya adalah tetapnya malam.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

Wallahua'lam.

Sumber:

https://web.facebook.com/taawundakwah/posts/2134074913491975

https://www.facebook.com/sofyanruray.info/posts/802654453217372:0

http://sofyanruray.info/raihlah-keberkahan-dengan-makan-sahur/

https://www.instagram.com/p/Bi14OW6hD9r/

Mohon sebarkan info dakwah ini. Jika sebelum ini anda ada kemusykilan tentang sahur dan faedah serta keberkatannya.. maka kini dah boleh jelas akan maksudnya dan permasalahannya. Ketahuilah bahawa makan sahur itu ada keberkatan di dalamnya.

Salam ramadan kareem..

*Sumber
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Monday, February 16, 2026

Janganlah Kamu Menuruti Jejak Langkah Syaitan

By On February 16, 2026
Jangan Janganlah Kamu Menuruti Jejak Langkah Syaitan. Syaitan pada awalnya makhluk yang amat rajin beribadah kepada Allah. Dia sangat di sayangi oleh penduduk langit. Namun saat Allah memerintahkannya untuk sujud kepada Nabi Adam, dia engkar. Kerana ego dan riak dia ingkar kepada perintah Allah. Kerana syaitan beranggapan dia paling banyak ibadahnya kepada Allah. Begitulah kisahnya, walau siapapun kita, jika Allah yang memerintahkan kepada kita untuk melakukan sesuatu  kita tidak boleh menolaknya. Allah Maha Besar, Maha Berkuasa ke atas sesuatu!!

Janganlah Kamu Menuruti Jejak Langkah Syaitan

Jangan Kamu Menuruti Jejak Langkah Syaitan 


Firman Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعۡ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۚ

[Surah An-Nur : 21]

Terjemahan :

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.”

Sudah lah syaitan dihumban ke bumi, kemudian kerjanya hanya mahu menyesatkan manusia. Maka, bermohonlah perlindungan daripada Allah supaya kita terhindar dari gangguaan syaitan yang direjam!

Walau dalam keadaan apa pun, ucapkanlah,

A'uuzubillahi minassyaiton nirrajiim..

- Ake berlindung daripada syaitan yang direjam!

Insha Allah.. pekerjaan dan ibadah kita sentiasa dalam perlindungan dan pemerhatian Allah SWT.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, February 14, 2026

Punca Dan Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Habis

By On February 14, 2026
Punca dan sebab rezeki suami selalu hilang dan habis. Walau kerja bertungkus lumus namun tak ada simpanan langsung. Dapat gaji besar dan overtime lagi, tetapi bila anak dan isteri minta duit, asyik tak ada. Jawapan mudah, "tunggu gaji nanti." Takkan sekelumit pun tak ada duit dalam wallet? Betul tak? Suami macam itu memang akan bermasalah dalam masa depan. Apa jadi bila anak-anak semakin dewasa dan memerlukan belanja persekolahan mereka? Siapa yang akan bantu? Adakah anak-anak kena korbankan cita-cita dan impian mereka?

Itulah masalah lelaki atau suami zaman sekarang. Yang diutamakan adalah nafsu sendiri, dah tua-tua masih bermain game di telefon, utamakan kawan-kawan berbanding anak dan ahli keluarga sendiri. Apa kita nak buat dengan orang lelaki atau suami seperti itu? Fikirkanlah!!


Punca Dan Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Habis
 

Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Gagal Menyimpan


1. Sering bergaduh 


Suami yang sering bergaduh dengan anak-anak, isteri dan kawan-kawan, memang susah nak dapat rezeki yang berkat dan cukup. Bila sering bergaduh, ia menyebabkan hubungan semakin renggang dan orang dah malas nak melayan kita lagi. Bila hubungan dengan manusia tidak dijaga, Allah pun murka. 


2. Selalu mengeluh dengan apa yang dimiliki


24 jam kerjanya asyik mengeluh. Itu tak betul, ini tak betul, orang tu salah, orang ni buat hal.. semua dia keluhkan. Sepatutnya keluhan tu tukar kepada zikir, insya Allah hati akan tenang. Tak jadi nak mengeluh dah lepas tu, sebab rasa kecukupan dengan apa yang Allah beri. Kalau diuji kena bersabar, kalau diberi nikmat terus bersyukur. Itulah hamba yang Allah sayang. Rezeki pun tak hilang..

Jika kamu mengeluh bahawa Allah memberimu ujian terlalu berat, kamu gagal melewati ujian itu. Maka bersabarlah! Yakin dengan bantuan Allah akan hadir dalam waktu yang tepat!!


3. Rasa anak adalah beban 


Usah sesekali anggap anak adalah beban. Setiap anak ada rezeki masing-masing yang telah Allah jamin dari dalam perut lagi. Layani anak dengan baik dan bahagiakan mereka setiap masa. Anggaplah setiap apa yang kita berikan pada anak-anak samada berbentuk kasih sayang dan wang ringgit, sebagai sedekah kita kepada mereka. Kita dapat 2 ganjaran kat situ iaitu pahala sedekah dan juga pahala membahagiakan mereka dengan kasih sayang. Ingat tu, anak bukan beban!!

4. Kedekut dengan isteri dan anak-anak 


Satu sifat yang teruk dan tak boleh diterima adalah apabila sang suami kedekut ya amat dengan anak dan isteri sendiri! Itu memang saya pantang betul! Ramai yang terjadi depan mata sendiri, tapi kalau dengan kawan atau orang luar, bukan main pemurah. Sebab itu, suami akan susah nak dapat rezeki bila kedekut dengan keluarga sendiri. Cukupkan dulu belanja rumah untuk isteri dan anak-anak, barulah boleh nak pemurah dengan orang luar sesudah itu.

5. Gagal kawal marah dan emosi 


Satu lagi sebab suami hilang rezeki adalah kerana panas baran dan marah tak tentu tempat. Suka hati nak marah anak @ isteri di khalayak ramai. Anak isteri jadi malu dengan orang sekeliling. Tidak bolehkah anda bersabar duhai suami, perbanyak istighfar boleh menahan marah. Itu amalan sahabat Nabi selalu amalkan. Berubah jadi lebih baik dan jadi pendengar setia anak-anak dan isteri bukannya rugi. Buang ego jauh-jauh dan pandanglah ahli keluarga anda dengan hati yang lembut dan penuh kasih sayang.

6. Kurang sabar


Iya, kurang sabar menjadikan seseorang mudah putus asa dan patah semangat dalam kehidupan. Bila diuji sikit, terus tak nak teruskan perjuangan. Sepatutnya bila diuji kena berganda sabarnya. Orang yang sabar ni Allah sayang. Orang yang sabar mudah hilang peluang dan menjadikan rezeki pun susah nak lekat.

7. Tidak solat dan malas berdoa 


Solat adalah tiang agama untuk orang islam. Bila hidup mengamalkan suruhan Allah dan amalan sunnah, insya Allah rezeki akan hadir dalam waktu dijangka dan dari sumber yang tidak disangka-sangka. Para suami akan hilang rezeki dan sukar nak menyimpan jika hidup tanpa arah tujuan dan melakukan perkara yang sia-sia. Berubahlah hidup ke arah yang lebih baik dan melakukan suruhan Allah. Berdoalah jika berkehendak sesuatu, kerana setiap suami ada "super power" yang dipanggil doa. 


Sebab rezeki suami selalu hilang dan habis. Diharap perkongsian di atas dapat menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini. Jadikan ia panduan hidup dalam membuang sifat ego dan sombong tetapi sebaliknya menjalani kehidupan berpandukan al Quran dan sunnah.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status