Enter your keyword

Monday, March 21, 2022

Doa Ketika Memulakan Kerja

By On March 21, 2022
Doa Ketika Memulakan Kerja. Mulakan sesuatu kerja itu dengan bismillah dan diiringi dengan doa. Walau sekadar satu doa pendek, ia mencukupi untuk mengingatkan diri kita bahawa segala sesuatu mestilah kena dengan izin Allah. Jika berhasil, Allah izinkan. Jika tak berjaya, Allah tangguhkan dulu. Mungkin nak digantikan dengan yang lebih baik dan lebih besar. Dan berdoa semua, tawakkal je akhirnya. Bersangka baik dengan segala yang diberikan kemudiannya. 

Walau susah, jomlah kita mulakan sekarang. Kerana, dengan ingat Allah bila nak buat sesuatu, pasti Allah akan sediakan ganjaran yang hebat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Doa Ketika Memulakan Kerja

Bismillah..

Mari amalkan doa memulakan kerja, semoga dengannya kerja yang akan kita lakukan diberkati dan direzekikan dengan kejayaan melimpah ruah.

Doa Ketika Memulakan Kerja

Doa dalam rumi:

Allahumma inni asaluka minkhair
Haazal'amali wakhairi maafiihi
Wa'uzubika minsyarri haazal 'amali wasyarri maafiihi
Innaka 'alaa kulli syai'inqadiir

Maksudnya:

Ya Allah, Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung padaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesunģguhnya di atas segala sesuatu itu engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang besar buat kita semua. 

Wednesday, March 16, 2022

3 Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban 1 Syaaban 1443 Hijrah

By On March 16, 2022
Malam Nisfu Syaaban yang jatuhnya pada tarikh 1 Syaaban 1443 Hijrah tahun ini merupakan sambutan yang istimewa bagi kita semua yang sedang melalui era pandemik dan endemik Covid-19, wabak yang membawa maut di seluruh dunia. Dalam keadaan ketidaktentuan, kita amat digalakkan untuk kembali kepada Allah, berdoa, bertaubat dan mengubah kehidupan jahil kepada hidup yang lebih baik dan bermakna.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban. Dalam bulan Syaaban kita digalakkan memperbanyakkan amal kebaikan, amal ibadah yang lebih berbanding sebelumnya. Nabi Muhammad SAW berpuasa lebih dalam bulan Syaaban dari bulan yang lain. 

Dalam bulan Syaaban Allah SWT membuka pintu ampunan kepada hambanya yang memohon keampunan, lebihkan istighfar dan bersedekah dengan seikhlasnya.

Dalam sepanjang bulan Syaaban, ada satu hari yang dipanggil Nisfu Syaaban. Mari kita lihat apakah 3 amalan terbaik yang boleh dilakukan dalam malam Nisfu Syaaban. 


3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban 


3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban
3 amalan terbaik pada malam Nisfu Syaaban

Terdapat tiga amalan yang dapat dilakukan pada malam nisfu Sya’ban. Tiga amalan ini diambilkan dari kitab Madza fi Sya’ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki.

1. Memperbanyak doa. Anjuran ini didasarkan pada hadits riwayat Abu Bakar bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda,

ينزل الله إلى السماء الدنيا ليلة النصف من شعبان فيغفر لكل شيء، إلا لرجل مشرك أو رجل في قلبه شحناء 

Ertinya, “(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” (HR Al-Baihaqi).

2. Membaca dua kalimat syahadat sebanyak-banyaknya. Dua kalimat syahadat termasuk kalimat mulia. Dua kalimat ini sangat baik dibaca bila pun dan di mana pun terlebih lagi pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

وينبغي للمسلم أن يغتنم الأوقات المباركة والأزمنة الفاضلة، وخصوصا شهر شعبان وليلة النصف منه، بالاستكثار فيها من الاشتغال بكلمة الشهادة "لا إله إلا الله محمد رسول الله".

Ertinya, “Sesungguhnya seorang muslim mengisi waktu yang penuh berkah dan keutamaan dengan memperbanyak membaca dua kalimat syahadat, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”

3.  Memperbanyak istighfar. Tidak ada satu pun manusia yang bersih dari dosa dan salah silap. Itulah manusia. Sehariannya bergelumang dosa. Namun banyaknya manusia berdosa, Allah SWT senantiasa membuka pintu ampunan kepada siapa pun. Oleh sebab itu, meminta ampunan (istighfar) sangat dianjurkan terlebih lagi di malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan,

الاستغفار من أعظم وأولى ما ينبغي على المسلم الحريص أن يشتغل به في الأزمنة الفاضلة التي منها: شعبان وليلة النصف، وهو من أسباب تيسير الرزق، ودلت على فضله نصوص الكتاب، وأحاديث سيد الأحباب صلى الله عليه وسلم، وفيه تكفير للذنوب وتفريج للكروب، وإذهاب للهموم ودفع للغموم

Ertinya, “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadits. Pada bulan Sya’ban pula dosa diampuni, kesulitan dimudahkan, dan kesedihan dihilangkan.

Demikianlah tiga amalan utama di malam nisfu Sya’ban menurut Sayyid Muhammad. Semua amalan itu menambah baik dan memberi keberkahan kepada orang yang mengamalkannya. Wallahua'lam.


Diharap perkongsian di atas dapat memberikan kita manfaat dan tambahan ilmu untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya.

Selamat beramal dan kongsikan jika bermanfaat.

Thursday, March 3, 2022

Istidraj - Nikmat Yang Sebenar Azab

By On March 03, 2022
Istidraj - paling ditakuti berlaku pada kita dan keturunan kita. Istidraj ni, tanda Allah bagi nikmat tapi untuk menguji kita. Banyaknya dapat kesenangan, kemewahan dan segala apa yang kita nak Allah bagi tapi di sisi lain, ia menjauhkan kita dari Allah. Malik Al-Mughis dalam bukunya “Demi Masa” mengatakan bahawa istidraj adalah pemberian kenikmatan untuk orang-orang yang dimurkai Allah SWT. Hal ini dilakukan agar mereka terus lalai dan abai. Na'uzubillah, minta Allah jauhkan kita dari terus terjerumus dan bergelumang dengan perkara yang Allah benci.  

Istidraj - Nikmat Yang Sebenar Azab
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Istidraj - Nikmat Yang Sebenar Azab


Ada banyak penjelasan tentang istidraj ni. Semuanya menjurus kepada maksud yang sama secara keseluruhannya. 

Apa itu istidraj? Ia adalah kurniaan yang ALLAH SWT berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba ALLAH SWT yang taat kepada-Nya.

Malah, dia adalah ahli maksiat yang tegar. Namun, bagi mereka pula, pemberian itu dianggap sebagai nikmat yang melimpah-ruah tanda ALLAH SWT sayang dan cinta kepadanya.

Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah menghalang kita mencari kejayaan tetapi cuba kita fikirkan sejenak, sejauhmana ikhlas dan betulnya jalan yang kita ambil untuk mencapai sesuatu kejayaan itu?

Barangkali ada golongan yang menutup aurat, tetapi tidak mengikut syariat agama dan di satu pihak lagi, mereka keluarkan zakat, hatta wakaf juga yang bernilai tinggi tetapi dalam hati masih rasa dia rugi.

Sebenarnya, di sinilah ujian ALLAH pada kita tanpa sedar.

Inilah istidraj dan inilah juga hakikat 'kebencian' Tuhan kepada kita.

Kita sahaja yang tidak sedar akibat lena dibuai dengan anggapan bahawa ALLAH SWT sayang kita.


Ambillah pengajaran dari kisah Qarun iaitu orang yang terkaya ketika zaman Nabi Musa AS. Dialah manusia yang mendapat istidraj daripada ALLAH SWT sehingga kematiannya tidak berpisah dengan harta yang dimiliki.

Akhirnya ALLAH telah menghina kematiannya dengan menenggelamkan ke dalam bumi bersama harta kekayaannya.

Ya ALLAH... saya sudah terlalu jauh... maafkanlah kekhilafan hamba-Mu ini.

(Sumber: Seindah Sabda Rasul, Muhd Nasruddin Dasuki)


Berhati-hati lah dengan Istidraj (Nikmat yang sebenar azab ). Maksud Istidraj adalah:

1. Sekiranya seseorang itu kaya tapi tidak solat
2. Berjaya dalam sesuatu perkara tapi membuat maksiat terus menerus 
3. Diberikan kemudahan dalam sesuatu urusan tapi tidak taat kepada Allah s.w.t

Hargailah setiap nikmat yang Allah beri. Gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan pernah sia-siakan nikmat yang Allah bagi dekat kita. Selalu lah bersyukur kepada Allah swt.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat yang berpanjangan kepada kita semua.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status