
Al-Quran dan Sunnah Panduan Untuk Hidup Diredhai
Daripada Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda;
عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya;
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (hadis) " - (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.
3. Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa siapa yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah akan terpelihara daripada kesesatan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.
4. “Berpegang teguh” ialah mengikuti, memahami, dan mengamalkan kedua-duanya, bukan sekadar membaca atau menghafal.
5. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ
Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” - (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
Info Yang Anda Cari:
7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.
Al-Quran dan Sunnah wajib menjadi rujukan utama dalam setiap urusan agama dan kehidupan Muslim. Sesiapa yang menjadikan kedua-duanya panduan hidup akan mendapat hidayah dan tidak akan tersesat. Umat Islam wajib kembali kepada al-Quran dan Sunnah dalam menangani segala isu kehidupan, sama ada dalam aspek ibadah, akhlak, sosial, ekonomi mahupun politik.
Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Semoga bermanfaat hendaknya, walau sedikit yang kita ambil dan amalkan.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448 Hijrah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.


0 Comments