
Apakah Enam Larangan Yang Allah Haramkan?
1. Mendurhakai ibu. Berbakti kepada ibu adalah satu kewajipan.
2. Menanam anak perempuan hidup-hidup. Anak adalah amanah Allah yang mesti dipelihara, dididik, dan dimuliakan.
3. Larangan meminta tetapi enggan memberi. Ia bermaksud suka meminta hak daripada orang lain tetapi enggan menunaikan kewajipan. Perbuatan ini dikeji kerana menzahirkan sifat tamak dan tidak bertanggungjawab.
4. Larangan bercakap perkara sia-sia iaitu bercakap tanpa manfaat, berdebat atau bertengkar tanpa tujuan yang baik, menyebarkan khabar angin, atau suka memanjangkan cerita. Ibnu Hajar menjelaskan sebagai sifat orang yang suka menukilkan cerita tanpa menyemak kesahihannya dan boleh membawa kepada fitnah dan permusuhan dalam masyarakat.
5. Banyak bertanya yang tidak berfaedah atau bertujuan untuk menguji atau mengadu domba.
6. Boros terhadap harta (tidak berjimat). Harta adalah amanah Allah. Membazir atau menggunakannya tanpa tujuan yang baik adalah perbuatan yang dimurkai, kerana harta seharusnya digunakan untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Info Yang Anda Cari:
Hadis Yang berkaitan Dengan Enam Larangan
Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda:
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, meminta-minta tetapi enggan memberi (menunaikan kewajipan), Allah membenci orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia (mempercayai setiap khabar angin serta menyebarkan), banyak bertanya (yang tidak berfaedah) dan menyia-nyiakan harta (boros atau membazir)". - (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih.
Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, menunaikan kewajipan sebelum menuntut hak, memastikan setiap yang dibicarakan dan disebarkan adalah benar dan bermanfaat bukan sia-sia atau fitnah, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.


0 Comments