Enter your keyword

Sunday, September 27, 2026

Adab Berdoa Dan Berzikir

By On September 27, 2026
Adab Berdoa Dan Berzikir. Melakukan sesuatu hendaklah dengan ada tata tertib, hormat dengan apa yang kita kerjakan dan dengan berhati-hati supaya kita tersilap langkah. Kadang apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil bukan kerana kita tidak berusaha tetapi jalannya yang salah. Kita mengharapkan doa dan Zikir akan mengangkat darjat kita di sisi Allah, tetapi lupa yang kita terlepas pandang pada adab tertentu.

Adab Berdoa Dan Berzikir
 

Adab Berdoa Dan Berzikir


Daripada Abu Musa al Ash’ari RA, beliau berkata;

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ قَالَ وَأَنَا خَلْفَهُ وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

"Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, ada beberapa orang sahabat bertakbir dengan suara keras. Mendengar suara takbir yang keras itu, Rasulullah SAW pun berkata: Wahai manusia, perlahankan suara kalian! Sesungguhnya kamu bukan berdoa kepada Tuhan yang pekak dan bukan pula kepada Tuhan yang jauh. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia bersama kamu. Abu Musa berkata; 'Pada ketika itu aku berada di belakang Rasulullah SAW aku sedang membaca; 'Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah). Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Wahai Abdullah bin Qais, mahukah aku tunjukkan kepadamu satu khazanah daripada khazanah-khazanah syurga?. Aku menjawab; 'Sudah tentu ya Rasulullah.' Rasulullah SAW bersabda: 'Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)."*_ (HR Muslim No 4873 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
 

 Hikmah & Pengajaran dari hadis:

 
1. Berzikir dan berdoa hendaklah dilakukan dengan beradab.

2. Allah SWT ialah Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Antara adab berzikir dan berdoa adalah dengan menggunakan suara yang rendah dan perlahan, tidak perlu dengan mengeraskan atau menguatkan suara kerana Allah Maha Mendengar.

3. Kekuatan zikir dan doa bukan terletak pada kuatnya suara, tetapi pada keikhlasan dan pengharapan hati kepada Allah.
 
4.    Barangsiapa yang membaca Hawqalah..
 
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

(Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)

Akan dikurniakan kepadanya satu daripada perbendaharaan di Syurga.  

Info Yang Anda Cari:

5. Hawqalah mendidik kita mengakui bahawa kemampuan melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan berlaku dengan taufik dan pertolongan Allah. Ia merupakan pengakuan bahawa manusia tidak mampu mencapai kebaikan atau menghindari keburukan secara bebas daripada bantuan Allah.

6. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa kalimah hawqalah (Laa haw lawala...) menunjukkan besarnya pahala yang disediakan bagi orang yang mengucapkannya dan menghayati maknanya. Sebagaimana khazanah dunia ialah sesuatu yang bernilai dan disimpan, pahala kalimah ini merupakan khazanah yang disediakan Allah untuk seseorang di akhirat.

7. Hadis ini mengajar bahawa hakikat doa bukan pada kuatnya suara, tetapi pada dekatnya hati kepada Allah.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Monday, September 21, 2026

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai

By On September 21, 2026
Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai. Orang yang lalai ni bahaya, dia buat sesuatu kerja kurang serius dan tidak bersungguh-sungguh. Terutamanya jika dia berdoa - adakah ia juga boleh lalai? Mungkin ya.. maka, jika kita lalai dalam berdoa, adakah Allah akan memakbulkan doa kita itu secara serta merta? Hanya Allah yang tahu. Jadi, sebagai usaha dan kerja keras berharap Allah menerima doa-doa kita, elakkan dari bersikap lalai ketika berdoa.

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai


Daripada Abdullah bin 'Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ

"Hati itu adalah ibarat sebuah bejana (bekas), dan sebahagiannya lebih mampu menampung daripada sebahagian yang lain. Maka apabila kamu memohon kepada Allah 'azza wajalla, wahai manusia, maka mohonlah kepada-Nya dengan keyakinan bahawa permohonan itu akan diperkenankan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seorang hamba yang berdoa kepada-Nya dari hati yang lalai." - (HR Ahmad No 6617 Dar Ihya Turath Arabiy) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:


1. Hati merupakan pusat penting dalam ibadah dan doa.

2. Orang yang berdoa, perlu memiliki keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.

3. Doa hendaklah disertai kehadiran hati. Ibn Qayyim mengumpamakan doa seperti senjata. Keberkesanan senjata bukan bergantung kepada senjata semata-mata, tetapi juga kepada kekuatan orang yang menggunakannya serta ketiadaan penghalang.

4. Allah tidak mengabulkan doa dari pemilik hati yang tidak yakin serta lalai

5. Apabila berdoa, bersungguh-sungguhlah berdoa dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan Allah.

6. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini mengaitkannya dengan keyakinan terhadap kemurahan Allah serta tidak berdoa dalam keadaan ragu terhadap kekuasaan dan kemurahan-Nya.

7. Memahami makna doa membantu membina khusyuk dan penghayatan.

Info Yang Anda Cari:

Hati yang lalai dalam berdoa menandakan kita belum sepenuhnya yakin bahawa doa-doa kita akan dimakbulkan. Justeru, ubah sedikit cara kita berdoa mungkin akan menambah ketakwaan kepada Allah SWT. Orang yang lalai dalam berdoa tergolong dalam kalangan hambaNya yang rugi.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Saturday, September 12, 2026

Berdoalah Agar Dijauhi 4 Perkara

By On September 12, 2026
Berdoalah Agar Dijauhi 4 Perkara. Berkali-kali saya tulis dalam blog ini tentang senjata mukmin iaitu DOA. Siapalah kita tanpa doa, ke manakah kita tanpa izin dari Allah SWT nak berjalan di atas muka bumi ini. Semuanya dengan izin Allah jua. Berdoa tak kena bayar tetapi kita malas untuk berdoa. Banyak dah panduan doa-doa untuk sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah.. tetapi kita masih sombong untuk mengangkat tangan untuk berdoa. Ruginya bila kita mensia-siakan peluang yang Allah beri untuk mengubah takdir diri sendiri. 

Berdoalah Agar Dijauhi 4 Perkara

Berdoalah Agar Dijauhi 4 Perkara


Daripada Zayd bin Arqam, bahawa Nabi SAW selalu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak berasa puas, dan daripada doa yang tidak diperkenankan. - (HR Muslim: No 2722) Status: Hadis Sahih.

Hadis dalam bahasa Arab:

نْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا"

Daripada hadis sahih di atas, kita boleh mengatakan bahawa Nabi Muhamad yang hampir tiada dosa pun sentiasa berharap kepada Allah. Inikan pula kita yang penuh dosa. Berdoalah! Agar kita percaya bahawa esok masih ada.
 

Hikmah Dan Pengajaran Daripada Hadis Tentang Berdoa

 
1. Seorang Muslim perlu memperbanyakkan doa untuk memperoleh kebaikan

2. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah memohon agar dijauhi dari empat perkara:

a. Ilmu yang tidak bermanfaat
b. Hati yang tidak khusyuk
c. Jiwa yang tidak pernah puas
d. Doa yang tidak diperkenankan

3. Kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menghasilkan amal dan rasa takut kepada Allah. Semakin tinggi ilmu seseorang, sewajarnya semakin baik akhlak dan ketakwaannya.

4. Khusyuk hati perlu dipelihara. Hati yang khusyuk ialah hati yang tunduk, lembut dan takut kepada Allah. Ia mudah menerima nasihat, tersentuh apabila membaca al-Quran dan menyedari kebesaran Allah. Hati yang tidak khusyuk boleh mendengar ayat Allah dan nasihat berkali-kali tetapi tidak memberi kesan kepada dirinya. Hati yang keras merupakan penyakit rohani yang serius.

5. Jiwa yang tidak pernah puas akhirnya mudah melahirkan tamak, hasad, persaingan tidak sihat dan kecintaan berlebihan terhadap dunia. Sifat tamak perlu dilawan dengan qanaah dan syukur. Kekayaan sebenar bukan banyaknya harta, tetapi rasa cukup dalam jiwa.

6. Kita perlu menjaga sebab-sebab penerimaan doa, termasuk keikhlasan, halal dalam kehidupan dan kesungguhan kembali kepada Allah.

7. Hadis ini mengajar bahawa seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan muhasabah terhadap ilmu, hati, nafsu dan doanya.

8. Marilah kita perbanyakkan doa agar sentiasa memiliki ilmu bermanfaat, hati yang khusyuk, jiwa yang puas dan doa yang diperkenankan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Info Yang Anda Cari:

Semoga segala perkongsian di atas memberikan manfaat yang besar kepada kita semua, antaranya jangan jadi orang yang sombong. Sedikitpun tidak mahu berdoa. Kalau lah kita semua tahu bahawa Allah SWT sentiasa mendengar dan menanti akan doa-doa hambanya untuk di makbulkan, mesti kita akan berdoa setiap masa. Renungkanlah!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Friday, September 4, 2026

Al Quran Dan Sunnah - Panduan Untuk Hidup Diredhai

By On September 04, 2026
Al Quran Dan Sunnah - Panduan Untuk Hidup Diredhai. Kita hidup di atas dunia ni hanya nak Allah redha dan kasihkan kita je.  Kalau anda berjaya menjadi kekasih Allah, alangkah bahagianya hidup. Nak apa semua dapat, samada perkara yang susah atapun senang. Nak jadi kekasih Allah tak susah. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan segala larangannya.

Al Quran Dan Sunnah - Panduan Untuk Hidup Diredhai
 

Al-Quran dan Sunnah Panduan Untuk Hidup Diredhai


Daripada Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda;

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (hadis) " - (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini. Menurut Imam al-Syafi‘i dalam al-Risalah menyebutkan: kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana Sunnah adalah penjelasan dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran.

3. Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa siapa yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah akan terpelihara daripada kesesatan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.

4. “Berpegang teguh” ialah mengikuti, memahami, dan mengamalkan kedua-duanya, bukan sekadar membaca atau menghafal.

5. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.


عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ


Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” - (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih

Info Yang Anda Cari:

6. Sunnah adalah penjelas bagi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun perakuan.

7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

Al-Quran dan Sunnah wajib menjadi rujukan utama dalam setiap urusan agama dan kehidupan Muslim. Sesiapa yang menjadikan kedua-duanya panduan hidup akan mendapat hidayah dan tidak akan tersesat. Umat Islam wajib kembali kepada al-Quran dan Sunnah dalam menangani segala isu kehidupan, sama ada dalam aspek ibadah, akhlak, sosial, ekonomi mahupun politik.

Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Semoga bermanfaat hendaknya, walau sedikit yang kita ambil dan amalkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448 Hijrah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Enam Larangan Dalam Al Quran

By On September 04, 2026
Enam Larangan dalam al Quran. Ada perkara yang Allah haramkan dari kita yang dicatatkan dalam al Quran, yang mana Nabi SAW bersabda  melarang setiap Muslim dari melakukannya. 

Enam Larangan Dalam Al Quran

Apakah Enam Larangan Yang Allah Haramkan?


Rasulullah SAW melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

1. Mendurhakai ibu. Berbakti kepada ibu adalah satu kewajipan.

2. Menanam anak perempuan hidup-hidup. Anak adalah amanah Allah yang mesti dipelihara, dididik, dan dimuliakan.

3. Larangan meminta tetapi enggan memberi. Ia bermaksud suka meminta hak daripada orang lain tetapi enggan menunaikan kewajipan. Perbuatan ini dikeji kerana menzahirkan sifat tamak dan tidak bertanggungjawab.

4. Larangan bercakap perkara sia-sia iaitu bercakap tanpa manfaat, berdebat atau bertengkar tanpa tujuan yang baik, menyebarkan khabar angin, atau suka memanjangkan cerita. Ibnu Hajar menjelaskan sebagai sifat orang yang suka menukilkan cerita tanpa menyemak kesahihannya dan boleh membawa kepada fitnah dan permusuhan dalam masyarakat.

5. Banyak bertanya yang tidak berfaedah atau bertujuan untuk menguji atau mengadu domba.

6. Boros terhadap harta (tidak berjimat). Harta adalah amanah Allah. Membazir atau menggunakannya tanpa tujuan yang baik adalah perbuatan yang dimurkai, kerana harta seharusnya digunakan untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Info Yang Anda Cari:

Hadis Yang berkaitan Dengan Enam Larangan


Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: 

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup,  meminta-minta tetapi enggan memberi (menunaikan kewajipan), Allah membenci orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia (mempercayai setiap khabar angin serta menyebarkan), banyak bertanya (yang tidak berfaedah) dan menyia-nyiakan harta (boros atau membazir)". -  (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih.

Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, menunaikan kewajipan sebelum menuntut hak, memastikan setiap yang dibicarakan dan disebarkan adalah benar dan bermanfaat bukan sia-sia atau fitnah, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta. 

Semoga bermanfaat. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status