Enter your keyword

Sunday, January 24, 2021

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah

By On January 24, 2021
Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah. Sebagaimana di kongsikan oleh Dato' Dr Zulkefli al Bakri, ilmu ada banyak. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Rezeki pun luas. Teramat luas. Amalan pula ada yang baik dan sebaliknya. Itu kita yang pilih.. 

Dalam setiap bidang atau cabang yang diberikan di atas, tentu kita berkehendak semuanya di berkati dan bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Marilah sama-sama kita memohon (berdoa) agar dikurniakan semuanya dalam keberkatan. Barulah hidup penuh makna dan berguna. Tak sia-sia.


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Marilah sama-sama kita amalkan. 


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً 

Maksudnya: "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚." 

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602) ___ Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah, katanya: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا 

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila Baginda solat Subuh, dan memberi salam, Baginda membaca: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً” (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima) 

Riwayat Ibn Majah (925) Dalam hadis yang lain, Nabi SAW jelas menyuruh kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan ilmu yang bermanfaat. 

Daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda: سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 

Maksudnya: “Mohonlah kamu semua kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” 

Riwayat Ibn Majah (3843), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3/276), Ibn Abi Syaibah (27248) dan Abu Ya'la (1927) Al-Hasan al-Basri berkata: “Ilmu ada dua; Ilmu di lisan dan ilmu di hati. 

Ilmu di hati adalah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu di lisan adalah hujjah Allah atas anak Adam.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 13/235) 

Manakala maksud rezeki yang baik adalah rezeki yang halal sepertimana disebut oleh Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129) 

Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini. Tak kira bila dan di mana anda membacanya, yang penting setiap hari anda tak putus berdoa sebagaimana yang dianjurkan itu.

Kalau nak lebih afdal, bacalah sebaik bangun dari tidur iaitu selepas membaca doa bangun dari tidur.

Semoga bermanfaat.

Rujukan FB Dato' Dr Zulkeifly Al Bakri, Menteri di JPM. 

Sunday, January 3, 2021

Peringatan Buat Kita Semua, Masuklah Kalian Ke Dalam Syurga!

By On January 03, 2021
Peringatan Buat Kita Semua. Masuklah kalian ke dalam syurga. Beramailah kita menyantuni sunnah dan suruhan Allah seperti termaktub dalam al Quran. Sentiasa upgrade diri dalam amal ibadat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Jadikan amalan baik dan berbuat demikian sebagai teman kita seharian. Kerana dalam banyak-banyak kebaikan yang kita buat, tak tahu yang mana satukah yang akan menghantar kita ke syurga Allah. Subhanallah..

Dan, masuklah kalian ke dalam syurga

Masuklah Kalian Ke Dalam Syurga


Peringatan buat kita semua, lakukanlah rutin beŕikut dan masuklah kalian ke dalam syurga:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Nabi ajar anak kandungnya Sayyidatiina Fatimah amalan zikir khas buat sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita yg  utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status