Juruterbang Indonesia Ternampak 5 Gelombang Putih Besar Sebelum Kejadian Gempa Di Sulawesi.
JAKARTA-INDONESIA. Seorang juruterbang Indonesia berkongsi pengalamannya melihat pemandangan sebelum tsunami 7.4 skala Richter membadai pantai Palu dan Donggala, Sulawesi tengah pada Jumaat lalu.Menerusi laporan Arab News, Kapten Ricosetta Mafella yang mengendalikan penerbangan Batik Air 6231 dengan 148 penumpang merasakan gegaran saat berlepas dari lapangan terbang Mutiara Sis Al Jufri pada jam 6:02 petang (waktu tempatan).
Menurutnya, dia meminta izin dari pengawal trafik udara untuk berlepas dan di jawab oleh pihak menara.
"Batik Air 6231 landasan 33 boleh berlepas. Ketika saya mencapai ketinggian 1,500 kaki, saya menghubungi semula menara kawalan itu tetapi tiada jawapan.
“Terdapat kira-kira 5 gelombang putih besar yang berbentuk barisan di sepanjang pantai. Saya tidak tahu apakah itu. Sesuatu yang pelik berlaku tetapi saya cuba berfikir secara positif,” katanya.
Menurutnya, ketika penerbangannya mencecah ketinggian 8,000 kaki, dia melihat kira-kira 8 putaran gelombang putih dengan lengkungannya makin memanjang.
“Ia seperti satu barisan pinggan putih yang kamu letakkan di atas meja, tetapi pada hakikatnya ia benar-benar besar, gelombang bulat di laut. Saya melihatnya 7 minit selepas berlepas, sebelum menukar laluan,” katanya.
Apabila penerbangan tiba di Makassar, Sulawesi Selatan, sejam kemudian, dia dimaklumkan gempa bumi kuat dan tsunami membadai Palu dan 'pinggan putih' yang dilihatnya itu adalah gelombang bergulung yang terbentuk akibat pergerakan tanah bawah laut disebabkan gempa.
“Nampaknya ia adalah gelombang awal yang kemudian menjadi tsunami,” katanya.
Katanya, ia,adalah pemandangan yang tak kan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Dia juga mendapat tahu pengawal trafik udara yang memberi pelepasan penerbangannya, Anthonius Gunawan Agung, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan patah kaki selepas melompat dari menara yang bergoyang akibat gempa itu.
- Sinar Harian
Pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sang juruterbang. Perasaan yang sukar digambarkan. Semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita yang tinggal.
Tags:
Kisah Dunia
Allah hu akhbar...Allah itu maha besar dia lah Allah seru sekalian alam
ReplyDelete