6/recent/ticker-posts

Ad Code

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai. Orang yang lalai ni bahaya, dia buat sesuatu kerja kurang serius dan tidak bersungguh-sungguh. Terutamanya jika dia berdoa - adakah ia juga boleh lalai? Mungkin ya.. maka, jika kita lalai dalam berdoa, adakah Allah akan memakbulkan doa kita itu secara serta merta? Hanya Allah yang tahu. Jadi, sebagai usaha dan kerja keras berharap Allah menerima doa-doa kita, melakukan dari bersikap lalai ketika berdoa.

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai

Jangan Berdoa Dengan Hati Yang Lalai


Daripada Abdullah bin 'Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ

"Hati itu adalah ibarat sebuah bejana (bekas), dan sebahagiannya lebih mampu menampung daripada sebahagian yang lain. Maka apabila kamu memohon kepada Allah 'azza wajalla, wahai manusia, maka mohonlah kepada-Nya dengan keyakinan bahawa permohonan itu akan diperkenankan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seorang hamba yang berdoa kepada-Nya dari hati yang lalai." - (HR Ahmad No 6617 Dar Ihya Turath Arabiy) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:


1. Hati merupakan pusat penting dalam ibadah dan doa.

2. Orang yang berdoa, perlu memiliki keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.

3. Doa hendaklah disertai kehadiran hati. Ibn Qayyim mengumpamakan doa seperti senjata. Keberkesanan senjata bukan bergantung kepada senjata semata-mata, tetapi juga kepada kekuatan orang yang menggunakannya serta ketiadaan penghalang.

4. Allah tidak mengabulkan doa dari pemilik hati yang tidak yakin serta lalai

5. Apabila berdoa, bersungguh-sungguhlah berdoa dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan Allah.

6. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini mengaitkannya dengan keyakinan terhadap kemurahan Allah serta tidak berdoa dalam keadaan ragu terhadap kekuasaan dan kemurahan-Nya.

7. Memahami makna doa membantu membina khusyuk dan penghayatan.

Info Yang Anda Cari:

Hati yang lalai dalam berdoa menandakan kita belum sepenuhnya yakin bahawa doa-doa kita akan dimakbulkan. Justeru, ubah sedikit cara kita berdoa mungkin akan menambah ketakwaan kepada Allah SWT. Orang yang lalai dalam berdoa tergolong dalam kalangan hambaNya yang rugi.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code