Enter your keyword

Wednesday, February 15, 2023

10 Ketaatan Batin Yang Mesti Dipatuhi

By On February 15, 2023
10 Ketaatan Batin Yang Mesti Dipatuhi. Dalam diri manusia ada bermacam perasaan dan tanda tanya yang bersilih ganti. Campur aduk segala perasaan kadangkala menimbulkan rasa keliru yang bukan sedikit. Bagi mengatasi serba sedikit kekeliruan tersebut, marilah kita belajar menanam ketaatan batin dalam diri sendiri agar kita tumbuh menjadi manusia yang lebih baik di sisi Allah.



10 KETAATAN BATIN DALAM DIRI MANUSIA


1. TAUBAT
Menyesali dan tidak akan mengulangi semua maksiat batin.

“Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.” - Ibnu Abbas RA


2. KHAUF
Takut kepada allah dalam segala hal.

3. ZUHUD
Benci dunia dan tidak menyukai harta kecuali kadar perluan.

4. SABAR
Sabar hadapi bala bencana dan kesusahan kerana ia ujian dari allah.
Sabar hadapi kesenangan kerana ia juga ujian dari allah.

5. SYUKUR
Bersyukur terhadap semua nikmat allah yang dikurniakan-Nya.

6. IKHLAS
Melakukan segala ibadat semata-mata kerana allah, bukan kepada selainnya.

7. TAWAKAL ALALLAH
Berpegang teguh kepada allah.
Menyerahkan segala perbuatan dan urusan kepada allah setelah berusaha.

8. MAHABBATULLAHI TA’ALA
Cinta allah lebih dari segalanya.
Seterusnya memastikan cinta malaikat-Nya juga Nabi dan rasul-Nya.

9. REDHA
Berlapang dada menerima segala qada’ dan qadar yang telah ditakdirkan iaitu meredhai segala perbuatan allah pada dirinya.

10. ZIKRUL MAUT
Mengingati mati pada setiap waktu sepanjang masa. Berkata maulana Saiyid Abdul Qadir Al-’Aidarus qadda sallahu sirruhu:
“Amalan hati sebesar biji sawi lebih baik daripada amalan anggota yang zahir sebesar gunung.”

Wallahualam.


Sumber
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohondimaafkan.

Tuesday, February 7, 2023

Doa Mohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan

By On February 07, 2023
Doa Mohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan. Musim peperiksaan datang lagi. Ada anak-anak yang bakal duduki peperiksaan tak lama lagi, bersabarlah. Ibubapa orang yang ikut berdebar bila masa peperiksaan. Macam kita yang masuk dewan periksa. Buat kerja kat rumah atau kat office pun tak fokus. Lepas tu siap letak jadual periksa anak-anak dalam phone, sebab nak pantau dan ingatkan anak-anak tentang subjek yang bakal dijalani. Begitulah tensionnya ibubapa bila anak-anak periksa.

Kini, student tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM. Ini antara exam besar untuk pelajar sekolah menengah. Syabas kepada semua guru dan pelajar, semoga beroleh keputusan yang hebat dan cenerlang dalam peperiksaan masing-masing.

Jangan lemah untuk berusaha sehabis daya dan jangan putus berdoa kepada Yang Maha Penyayang & Maha Pemberi Rezeki.

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan

Antara nasihat saya kepada anak saya sebelum peperiksaan... jagalah hubungan dengan Allah dan manusia, insyaa Allah, Allah akan memudahkan urusannya dalam dewan periksa nanti. Solat dan mengaji, itulah terapi diri. Tidur cukup. Insyaa Allah, beroleh kecemerlangan.

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan


Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari dari menduduki peperiksaan sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan


Doa memohon kejayaan cemerlang dalam rumi:

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaa wamanaa zilasy syuhada wa 'ai syas su'ada' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya:

Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.

Semoga anak-anak kita semua diberikan kesihatan yang baik, fikiran yang tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan bijaksana. Harapan besar pada generasi masa depan terletak di tangan mereka.

Ya Allah.. jadikanlah putera puteri kami anak yang soleh, pintar, cerdas, bijak dan berani serta warak. Semoga jadi pemimpin yang adil dan muslim yang cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin....
 


  #Penafian:❤:

Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Friday, January 27, 2023

26 Sifat Sombong Yang Mungkin Kita Amalkan Tanpa Sedar

By On January 27, 2023
26 Sifat Sombong Yang Mungkin Kita Amalkan Tanpa Kita Sedari. Sifat sombong ni tak baik tau, Allh tak suka. Orang pun tak suka. Orang kata, orang yang bersifat sombong ni lebih banyak rugi dari untungnya. Kawan-kawan hilang, adik-beradik menjauh, kerja pun tak selesa. Orang yang sombong pula akan selalu stress. Renungkanlah!!

26 Sifat Sombong Yang Mungkin Kita Amalkan Tanpa Sedar


Rasulullah bersabda:


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.”

Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

26 Senarai Sifat Sombong Yang Boleh Direnungkan


1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain di depannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Semoga bermanfaat. 

Hidup dengan berpijak di bumi nyata, terima kelebihan orang lain dengan bersyukur dan melihat kelemahan diri sendiri sebagai satu hikmah untuk belajar dan menambah ilmu.


  #Penafian:❤:

Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, January 17, 2023

Cara Halau Syaitan Di Rongga Hidung Ketika Bangun Tidur

By On January 17, 2023
Cara Halau Syaitan Di Rongga Hidung Ketika Bangun Tidur. Ketika tidur kita dimatikan sementara,😗 seluruh anggota tubuh badan kita berhenti berfungsi melainkan pernafasan. Banyak benda berlaku di sekeliling kita dalam keadaan kita tak sedar termasuklah kerja-kerja syaitan yang tak berhenti menyesatkan manusia. Tu yang kadangkala mimpi yang bukan-bukan. Syaitan juga berkeliaran di rongga hidung ketika kita sedang tidur. Macam mana nak menghalaunya sebaik bangun tidur? Baca caranya di bawah.. 

Cara Halau Syaitan Di Rongga Hidung Ketika Bangun Tidur


 عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ 


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah berwuduk lalu beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No: 3295) Status: Hadis Sahih 


 Pengajaran:

 1. Islam mengajar kita beradab dan berakhlak dalam setiap perkara. 

 2. Antara adab seorang Muslim selepas bangun daripada tidur adalah mengambl wuduk. 

 3. Beristintsar (mengeluarkan air dari dalam rongga hidung selepas menghirupnya) ketika berwuduk adalah sunat dilakukan. 

 4. Antara hikmah memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali selain daripada membersihkan kotoran daripada hidung juga bertujuan untuk menghalau syaitan yang menumpang bermalam di lubang hidung. 

Pastikan amalan memasukkan dan mengeluarkan air ke dalam rongga hidung kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur melalui amalan berwuduk. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. 

Saturday, January 7, 2023

Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat

By On January 07, 2023
Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat. Paling memberikan bahagia kepada orang lain samada dari segi fizikal dan mental. Adakala sekecil-kecil pemberian dan ingatan sudah cukup menenangkan. Orang lain happy kita pun dapat pahala. Nak melawat orang tua belikan makanan atau buah kesukaan mereka.. pun dah buat mereka tersenyum-senyum dan menyebut nama kita. Inikan pula kamu membawanya ke tempat-tempat istimewa seperti Mekah dan Madinah. Namun nak jadi orang yang bermanfaat tak perlu modal mahal dan besar. Yang penting ikhlas berdasarkan kemampuan.

Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ وَشَرُّكُمْ مَنْ لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW berdiri di hadapan orang orang yang sedang duduk lalu baginda bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu orang yang paling baik di antara kalian dari orang yang paling buruk di antara kalian?" Abu Hurairah berkata: Para sahabat diam, baginda mengatakan demikian sampai tiga kali, kemudian salah seorang berkata: Wahai Rasulullah, beritahukan kepada kami orang yang paling baik di antara kami dari orang yang paling buruk, baginda bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan orang yang paling buruk di antara kalian adalah orang yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya." (HR Tirmizi No: 2189) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Di kalangan kita ada orang yang paling baik dan ada orang yang paling buruk

2.  Orang yang paling baik dalam kalangan kita adalah orang yang sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melakukan kejahatan serta orang lain mendapat manfaat dari kebaikannya.

3.  Orang yang paling buruk pula adalah orang yang tidak melakukan kebaikan dan tidak dapat memberi manafaat kepada orang lain serta melakukan kejahatan dan orang lain mendapat mudarat daripada kejahatannya.

4.  Berusahalah menjadi orang yang melakukan kebaikan dan kebaikannya dirasai bermanfaat kepada orang lain. Jika kita pemimpin, jadilah orang yang dirasai manfaatnya oleh orang lain. Jangan sekali-kali menjadi orang atau pemimpin yang buruk malah apa yang dilakukan memudaratkan orang lain juga negara.

Marilah jadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain dan tidak mendatangkan mudarat. 

Monday, January 2, 2023

Doa Mohon Dikurniakan Hidayah

By On January 02, 2023
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan terpulang kepada siapa hendak di kurniakan hidayah tersebut. Sebab itu kita kena selalu mintak dan berdoa agar Allah mengurniakan hidayah dan taufiknya kepada kita. Letakkan doa kita itu dalam senarai doa-doa yang dipohonkan kepada Allah dalam setiap kesempatan yang ada. Jika tak meminta macam mana Allah nak bagi. Tahukah anda orang yang sombong adalah orang yang tak mahu berdoa kepada Allah.

Doa Mohon Dikurniakan Hidayah


Doa Diberikan Hidayah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim  No: 2721) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).

2.  Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3.  Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4.  Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5.  Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6.  Marilah sempena kehadiran tahun baru 2023 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a.  Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal. 

b.  Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c.  Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d.  Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada. 

Thursday, November 17, 2022

Pemimpin Perlu Pembantu Jujur

By On November 17, 2022
Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang disukai rakyat? Apakah dia perlulah seorang yang kaya raya? Adakah seorang pemimpin mesti pemurah, sentiasa menolong rakyatnya? Atau prmimpin yang disayangi mestilah seorang yang jujur, kuat bekerja dan membawa rakyatnya kepada kebaikan? Itu yang perlu kita sendiri cari sebagai rakyat. Selain ciri-ciri pemimpinnya, kita kena tengok juga siapa orang di sebalik tabir seorang pemimpin. Jadi, pembantu pemimpin perlulah seorang yang jujur, yang akan menyimpan segala aibnya.

Pemimpin Perlu Pembantu Jujur

Pemimpin Perlu Pembantu Yang Jujur


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ

Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatakannya, dan apabila ia ingat maka ia tidak membantunya." -  (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.

2.  Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.

3.  Pembantu dan pekerja yang baik memiliki sifat kuat (berkemampuan) dan amanah seperti firman Allah:

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ

*Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.* [al-Qasas:26]

Sebaik-baik pekerja  ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada skill serta kemampuan melaksanakan tugas dan amanah yang merujuk kepada orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng. 

4.  Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.

5.  Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.

6.  Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar layak, amanah dan bertaqwa untuk membantunya memimpin organisasi atau Negara dengan baik. 

7.  Jika kita sebagai ketua, pastikan pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan. 

8.  Sebagai rakyat yang berhak mengundi dalam PRU 15 ini, menjadi tanggungjawab anda untuk mengundi pemimpin yang berintegriti, memiliki kemampuan dan amanah yang akan memacu kemakmuran dan kestabilan  Negara. 

Jika kita pembantu, jadilah kita orang yang berusaha memastikan ketua kita berada di atas landasan yang betul dan diredhai Allah bukan membiarkan ketua berterusan dalam kemurkaan Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jagalah orang di sekitar kita agar sentiasa dalam persekitaran yang baik dan ada yang sentiasa mengingatkan.

Thursday, September 15, 2022

Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah

By On September 15, 2022
Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah. Selalu berdoa kepada Allah SWT agar kita dikurniakan hati yang kuat dan berprasangka baik pada Allah dalam setiap takdirNya.

Berbaik sangka kepada Allah SWT juga dinilai sebagai ibadah yang akan mendapatkan pahala. Begitu Islam merupakan agama yang mempermudah umatnya untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, bahwa, “Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Kata Allah,

ﷻ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى 

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih). 

Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah

Kalau kita setiap hari ratib susah, sakit, ekonomi jatuh, duit tak ada, hidup susah, jualan sendu, dan sebagainya, maka begitu lah yang kita akan tuai setiap harinya. Akibat terlalu percaya pada hasutan orang sekeliling yang hidupnya asyik bersikap dan bercakap benda yang negatif. Ada kala pemimpin kita pun momokkan kita dengan berita yang negatif, yang lebih mementingkan jawatan daripada menjaga kita rakyat jelata.. akhirnya kita percaya pada momokan yang dicanang. Sebaiknya kita berubahlah, mencipta situasi yang baik, menyiarkan perkara-perkara yang baik. Maka, begitulah sangkaan Allah. Akan ada peristiwa baik-baik yang menjengah kehidupan kita. 

Jika kita husnuzon pada Allah ﷻ dan mempunyai sikap berharap pada-Nya, maka kehidupan kita akan dicukupkan oleh Allah ﷻ 

Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. (Syarh Muslim, 17 : 2)

Semoga bermanfaat.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status