Enter your keyword

Sunday, October 17, 2021

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

By On October 17, 2021
Selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh pembaca. Jom renungi Sejarah Kelahiran Dan Biodata Rasulullah S.A.W | Rabi'ulawal menjelang lagi. Datangnya dengan membawa kenangan. Saban tahun, setiap tahun kita menyambutnya dengan rasa rindu di hati. Rabiulawal adalah bulan Hijriah dimana Rasulullah dilahirkan dan jatuhnya pada setiap 12 Rabiulawal. Di negara kita ia lebih mudah dipanggil Maulidur Rasul (kelahiran Rasulullah). 

Jadi, apakah persediaan dan persiapan mental & fizikal kita untuk menyambutnya. Kenapa sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w begitu istimewa bagi kita?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

Sejarah kelahiran Rasullullah


1. Baginda dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

2. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
 
3. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. 

4. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa. 

5. Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.


Biodata Nabi Muhammad s.a.w


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat : 63 tahun.


Nama isteri-isteri Nabi Muhammad SAW:

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak Nabi Muhammad SAW:

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)


Bentuk fizikal :

1. Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
2. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
3. Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
4. Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.


Peperangan yang disertai :

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk


Inilah serba sedikit daripada banyak kisah Rasulullah yang sering disebut-sebut manusia di seluruh dunia, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam. – 
My News Hub


p/s: Re-publish article. Artikel ini ditulis sempena sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 19 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiulawal 1443H. Semoga kita lebih mengenali baginda iaitu kekasih teragung Allah yang kita rindukan dan kasihi selama ini...

Saturday, October 2, 2021

Doa Agar Diperbaiki Diri

By On October 02, 2021

Doa Mohon Diperbaiki Diri. Kita semua tak sempurna. Sentiasa berbuat salah. Sentiasa ada silap. Kita bukan Rasul atau Nabi, jadi kita tidak maksum, tidak lari dari melakukan dosa dan khilaf. Jangan tutup pintu hati untuk berdoa kerana Allah tidak pernah menutup peluang untuk setiap dari kita memohon dan dan terus berdoa waima kita ni pendosa yang tegar!

Mohon lah doa kepada Allah, jangan berhenti atau putus asa. Kita tidak tahu dari banyaknya doa yang kita mohonkan, yang mana satu akan Allah makbulkan. 

Doa Agar Diperbaiki Diri


Di bawah ini, adalah doa yang saya kongsikan dari bekas menteri agama iaitu Dato Dr Zulkifli al Bakri, iaitu doa mohon diperbaiki diri.

Doa Agar Diperbaiki Diri

Maksudnya:

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. "

Semoga dengan amalan doa ini menjadi asbab untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan menempatkan diri yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Semoga bermanfaat.

Sunday, September 19, 2021

Doa Agar Tidak Terpedaya Oleh Kenikmatan Dan Kemewahan Duniawi

By On September 19, 2021
Doa Mohon Dilindungi Dari Harta Duniawi. Dalam hidup ni perasaan tak puas akan sentiasa cuba menguasai kita. Samada dalam hal harta, benda, sosio ekonomi dan sebagainya. Kalau tak puas dalam kebaikan tak mengapa, kita akan menggali ilmu lagi dalam. Samada ilmu dunia atau akhirat.

Doa Mohon Dilindungi Dari Kenikmatan Duniawi


Agar kita sentiasa dilindungi dari terpedaya akan nikma dan kemewahan dunia, marilah kita amalkan doa di bawah ini.

Doa Agar Tidak Terpedaya Oleh Kenikmatan Dan Kemewahan Duniawi


Doa dalam rumi:

Allahumma laa aissya illaa aissyul a'akhirahh

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kehidupan yang hakiki kecuali kehidupan akhirat. - HR Bukhari & Muslim

Jika kita ternampak jiran atau kawan-kawan pakai kereta menjalar, biarkanlah. Usahlah cemburu. Jika mereka mampu, itu bahagian mereka. Apa yang kita makan, pakai atau tempat tinggal yang kita ada sekarang, itulah yang terbaik buat kita. Itu lah yang sesuai dengan kita.

Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah sentiasa.

Saturday, September 11, 2021

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah

By On September 11, 2021
Doa Mohon Keampunan Kepada Allah. Mohonlah keampunan di atas segala dosa-dosa kita. Walau macam mana banyak dan luasnya dosa kita, jangan malu mengakuinya di hadapan Allah. Bercerita kepadaNya berkenaan segala aib, Allah akan menutupinya. Sebaliknya jika dosa-dosa dan aib kita dok cerita pada orang atau manusia, belum tentu ia tersimpan rapi.

Maka, mohonlah ampun kepada Allah.

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah


Bersama-sama ini, saya kongsikan satu doa daripada Datuk Dr Zulkiflii Mohamad al Bakri yang bagus untuk diamalkan.

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah


Maksudnya:

"Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Terjaga iman dalam islam.

Sunday, August 22, 2021

Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal

By On August 22, 2021
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal. Gantilah solat-solat fardhu yang pernah tertinggal dulu-dulu, zaman kita jahil kurang ilmu. Kini, ada banyak panduan untuk qada' solat-solat kita yang tertinggal dulu. Hendak seribu daya, tanyalah iman di dada! Tiada yang terlewat untuk berubah dan bertaubat.

Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal. Siapalah yang tak ada zaman jahil dulu-dulu kan? Semua orang ada masa silam yanf penuh hiitam dan kelam. Antara silap masa lalu yang paling sering kita buat adalah tetinggal solat fardhu atau pun sengaja tak solat. Alasan mudahnya sebab malas! Alangkah jahilnya kita di satu masa dulu, kan? Sedangkan solat lah perkara pertama yang akan disoal di alam kubur nanti dan seterusnya di padang mahsyar. Ya Allah, bila diingat semula.. takutnya.. Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita.

Tak sempat QADA' solat fardhu yang tertinggal zaman jahil kita dulu. Nak qada' senang je, tak perlu tunggu tua baru nak qada' atau ganti solat yang tertinggal.

Masih tidak terlewat untuk menebusnya selagi rezeki nyawa kita belum habis sampai ke tengkorok kita.


Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal 


Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqada'kan solat-solat tersebut seusai solat fardhu setiap hari sehingga diyakini semuanya telah diganti. Boleh qada' sekali atau sedaya mampu. Semoga ALLAH mengampuni dan menerima solat kita.


JOM QADA' SOLAT FARDHU


Cara niat qada' solat fardhu adalah seperti berikut:


1. Cara niat qada' solat subuh


2. Cara niat qada' solat Zuhur



3. Cara niat qada' solat Asar



4. Cara niat qada' solat Maghrib & Isyak

Alhamdulillah. Selesai sudah perkongsian cara niat qada' atau ganti solat fardu yang tertinggal dulu, zaman kita jahil dan alpa. Semoga Allah memandang usaha kita dan mengampuni dosa-dosa masa lalu kita. 

Moga Allah izin dan bantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Insya Allah..

Tuesday, July 27, 2021

Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta

By On July 27, 2021
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Maka apabila hidup tidak menurut apa yang kita kehendaki, maka ingatlah sebaik-baik perancangan adalah perancangan yang datangnya dari Sang Pencipta yang berkuasa atas makhluk-makhluknya. Tidak guna keresahan apabila adanya Dia Merancang segala. Ikhlaskan hati akan kewujudan pertolongan dariNya. Manusia tidak mampu menentukan natijah keputusan pilihan ikhtiarnya... 

 وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah: 216) 

Apabila perancangan kita tidak menjadi, yakinlah bahawa itu adalah bahagian daripada perancangan Allah. Perancangan Allah selalu lebih baik daripada perancangan kita. Kemanisan iman benar-benar terasa apabila kita menyerahkan diri kepada perancangan Allah sebagai tanda kehambaan kita kepada-Nya. 

Tiada sifat marah bagi orang yang mengetahui semuanya dari Allah perancangan Allah ketentuan Allah Takdir Allah. Kenapa perlu dipertikaikan tentang takdir Allah? Kenapa jadi begitu begini? Jauh sungguh perjalanan bila hati terdetik sebegitu. 

Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta


Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta 


Tidaklah terjadi sesuatu atas muka bumi kecuali atas kehendak Allah. Bila Allah mahu mahkluk itu berdosa itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan dosanya akan menyedarkan dirinya hina sentiasa berdosa. Bila Allah mahu Mahkluk itu berpahala itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan pahala itu akan membangkitkan semangat istiqomahnya didalam kebaikan. 

Sedarlah wahai mahkluk engkau tidak akan sampai kepada Allah kecuali bila engkau telah redha atas semua kehendak Allah. Jika kamu jadikan Allah sebagai sumber kekuatan pasti kamu akan menjadi kuat.

 فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا 

(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (An Nisa': 19) 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Akan merasakan kemanisan iman seorang yang reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad SAW sebagai rasulnya." (Hadith Riwayat Muslim) 

Kadang-kadang benda dah ada, cuma kita yang masih mencari, kita mencari yang lebih baik, tanpa peduli apa yang Tuhan sudah kurnia, sedangkan perancangan Tuhan itu jauh lebih sempurna. 

Saidina Ali RA pernah berkata, aku meminta sesuatu daripada Allah, jika Allah memberinya padaku, aku gembira sekali sahaja, namun jika Allah tidak memberinya padaku, aku gembira sepuluh kali ganda, kerana yang pertama itu pilihanku, sedangkan kedua itu pilihan Allah buatku. 

Tapi apakan daya, manusia penghujung zaman seperti kita, selalu meminta yang berlebihan, sedangkan usaha sekadar lepas tangan, bicara soal rezeki, tapi ibadah sikit sekali, susahlah kalau hidup berkira dengan Tuhan. Buat amalan harapkan balasan, sedekah jariah hari ini, esok dah minta tuhan ganti, mengapa perlu rasa sangsi? Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta.

Sedangkan janji Allah itu pasti, jika tak dapat di dunia, di akhirat kelak berlipat ganda. Sedarlah dengan hakikat, yang dihajat tak dapat, adalah suatu nikmat, yang teramat padat, yakinlah sentiasa pada Tuhan, apa buktinya punya iman, kalau tak punya keyakinan, kalau tak ada kesabaran. 

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan istirehatkanlah jiwamu dalam menerima apa saja natijah keputusan pilihan ikhtiarmu kerana itu adalah hak mutlak Dia dan bukan milik kita... Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 20, 2021

Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha

By On July 20, 2021
Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha. Antara hikmah ibadah korban adalah sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Supaya kita sentiasa bersabar dikala dihadapkan dengan ujian.
Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha. Bersyukurlah diatas nikmat Allah keatas kita. Antara tanda bersyukur ialah dengan melaksanakan ibadat  fardhu dan ibadat sunat. 

Ibadat korban merupakan ibadat sunat yang paling disukai Allah pada hari raya Edul Adha. Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Tirmizi No:1413)

Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha

Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat. Rasulullah SAW  bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha


Beruntunglah mereka yang berusaha melaksanakan ibadat korban yang merupakan satu daripada amalan yang amat digalakkan setiap kali kedatangan hari raya korban.

Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah:

1. Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang telah diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu. Atas dasar ketaatan dan keikhlasan mereka, maka Allah SWT akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail AS digantikan dengan seekor kibash untuk disembelih.

2. Memupuk sikap prihatin dan peduli terhadap orang lain. Hal ini dapat dilihat melalui pengagihan daging korban kepada orang yang berhak menerimanya iaitu fakir miskin, jiran tetangga serta orang yang memerlukan.

3. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dapat mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Belajarlah agar tidak mudah mengeluh dan tetap redha dan bertawakal kepada-Nya.

Ketahuilah, apa pun ujian dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 156:

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَاجِعُونَ

 “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali”

4. Mengikis sifat tamak dan menwujudkan sifat pemurah  dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, bukan hak milik mutlak kita malah di dalamnya ada hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Harta itu hendaklah disalurkan melalui sedekah, infaq, zakat juga melalui ibadah korban.

5. Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34:

 وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلْأَنْعَٰمِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

Marilah kita melaksanakan ibadat korban dengan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. 

Semoga bermanfaat.

Monday, July 19, 2021

Cara Dan Panduan Takbir Hari Raya

By On July 19, 2021
Cara Dan Panduan Takbir Hari Raya. Tak kira aidilfitri atau aidiladha. Takbirnya sama saja. Panduan takbir hari raya aidilfitri/ aidiladha buat anda semua. Boleh buat berseorangan atau berjemaah.
Cara Dan Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri. Salam aidilfitri/ aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia amnya dan kepada seluruh umat islam di Malaysia khasnya. Tahun ini 2021 adalah perayaan aidilfitri/ aidiladha yang berlainan dari norma kebiasaan kita beraya. Tiada perjumpaan dan berkumpul beramai-ramai, kena jaga jarak dan sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya tangan anda. Jangan lupa juga pakai penutup mulut dan hidung (mask) kerana negara masih belum bebas dari pandemik covid-19. Insya Allah, semuanya akan kembali seperti sediakala. Aamiin..

Panduan Cara Takbir Hari Raya 


Jom ikuti panduan takbir hari raya aidilfitri/ aidiladha buat anda semua. Boleh buat berseorangan atau berjemaah.

Sila klik gambar untuk imej yang jelas.

Gambar panduan takbir hari raya

Takbir hari raya boleh mulai dialunkan selepas Maghrib hari terakhir ramadhan, hingga sebelum solat sunat aidilfitri/ hari raya.

Semoga panduan cara takbir raya ini memberi manfaat kepada kita semua. Kalau tak dapat berjemaah bersama-sama keluarga atau di masjid, buat sendiri pun boleh. Mudah saja.

Semoga kita semua dalam pelukan kasih sayang dan rahmat Illahi.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status