#Penafian:❤:
Maka apabila hidup tidak menurut apa yang kita kehendaki, maka ingatlah sebaik-baik perancangan adalah perancangan yang datangnya dari Sang Pencipta yang berkuasa atas makhluk-makhluknya. Tidak guna keresahan apabila adanya Dia Merancang segala. Ikhlaskan hati akan kewujudan pertolongan dariNya.
Manusia tidak mampu menentukan natijah keputusan pilihan ikhtiarnya...
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah: 216)
Apabila perancangan kita tidak menjadi, yakinlah bahawa itu adalah bahagian daripada perancangan Allah.
Perancangan Allah selalu lebih baik daripada perancangan kita. Kemanisan iman benar-benar terasa apabila kita menyerahkan diri kepada perancangan Allah sebagai tanda kehambaan kita
kepada-Nya.
Tiada sifat marah bagi orang yang mengetahui semuanya dari Allah perancangan Allah ketentuan Allah Takdir Allah.
Kenapa perlu dipertikaikan tentang takdir Allah? Kenapa jadi begitu begini? Jauh sungguh perjalanan bila hati terdetik sebegitu.
Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta
Tidaklah terjadi sesuatu atas muka bumi kecuali atas kehendak Allah. Bila Allah mahu mahkluk itu berdosa itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan dosanya akan menyedarkan dirinya hina sentiasa berdosa. Bila Allah mahu Mahkluk itu berpahala itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan pahala itu akan membangkitkan semangat istiqomahnya didalam kebaikan.
Sedarlah wahai mahkluk engkau tidak akan sampai kepada Allah kecuali bila engkau telah redha atas semua kehendak Allah.
Jika kamu jadikan Allah sebagai sumber kekuatan pasti kamu akan menjadi kuat.
فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (An Nisa': 19)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Akan merasakan kemanisan iman seorang yang reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad SAW sebagai rasulnya." (Hadith Riwayat Muslim)
Kadang-kadang benda dah ada, cuma kita yang masih mencari, kita mencari yang lebih baik, tanpa peduli apa yang Tuhan sudah kurnia, sedangkan perancangan Tuhan itu jauh lebih sempurna.
Saidina Ali RA pernah berkata, aku meminta sesuatu daripada Allah, jika Allah memberinya padaku, aku gembira sekali sahaja, namun jika Allah tidak memberinya padaku, aku gembira sepuluh kali ganda, kerana yang pertama itu pilihanku, sedangkan kedua itu pilihan Allah buatku.
Tapi apakan daya, manusia penghujung zaman seperti kita, selalu meminta yang berlebihan, sedangkan usaha sekadar lepas tangan, bicara soal rezeki, tapi ibadah sikit sekali, susahlah kalau hidup berkira dengan Tuhan.
Buat amalan harapkan balasan, sedekah jariah hari ini, esok dah minta tuhan ganti, mengapa perlu rasa sangsi? Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta.
Sedangkan janji Allah itu pasti, jika tak dapat di dunia, di akhirat kelak berlipat ganda.
Sedarlah dengan hakikat, yang dihajat tak dapat, adalah suatu nikmat, yang teramat padat, yakinlah sentiasa pada Tuhan, apa buktinya punya iman, kalau tak punya keyakinan, kalau tak ada kesabaran.
Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan istirehatkanlah jiwamu dalam menerima apa saja natijah keputusan pilihan ikhtiarmu kerana itu adalah hak mutlak Dia dan bukan milik kita... Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta.
Wallahu'alam.
Tags:
Rahsia Al Quran