Sunday, September 19, 2021
Saturday, September 11, 2021
Doa Mohon Keampunan Kepada Allah
Doa Mohon Keampunan Kepada Allah
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Terjaga iman dalam islam.
Sunday, August 22, 2021
Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal
Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal. Siapalah yang tak ada zaman jahil dulu-dulu kan? Semua orang ada masa silam yanf penuh hiitam dan kelam. Antara silap masa lalu yang paling sering kita buat adalah tetinggal solat fardhu atau pun sengaja tak solat. Alasan mudahnya sebab malas! Alangkah jahilnya kita di satu masa dulu, kan? Sedangkan solat lah perkara pertama yang akan disoal di alam kubur nanti dan seterusnya di padang mahsyar. Ya Allah, bila diingat semula.. takutnya.. Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita.
Tak sempat QADA' solat fardhu yang tertinggal zaman jahil kita dulu. Nak qada' senang je, tak perlu tunggu tua baru nak qada' atau ganti solat yang tertinggal.
Masih tidak terlewat untuk menebusnya selagi rezeki nyawa kita belum habis sampai ke tengkorok kita.
Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal
Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqada'kan solat-solat tersebut seusai solat fardhu setiap hari sehingga diyakini semuanya telah diganti. Boleh qada' sekali atau sedaya mampu. Semoga ALLAH mengampuni dan menerima solat kita.
JOM QADA' SOLAT FARDHU
Cara niat qada' solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Cara niat qada' solat subuh

2. Cara niat qada' solat Zuhur

3. Cara niat qada' solat Asar

4. Cara niat qada' solat Maghrib & Isyak

Alhamdulillah. Selesai sudah perkongsian cara niat qada' atau ganti solat fardu yang tertinggal dulu, zaman kita jahil dan alpa. Semoga Allah memandang usaha kita dan mengampuni dosa-dosa masa lalu kita.
Moga Allah izin dan bantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Insya Allah..
Tuesday, July 27, 2021
Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta

Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (An Nisa': 19)
Tuesday, July 20, 2021
Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha

Ibadah Korban Dan Hikmahnya Tentang Sabar Dan Redha
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali”
Monday, July 19, 2021
Cara Dan Panduan Takbir Hari Raya
Panduan Cara Takbir Hari Raya
Sila klik gambar untuk imej yang jelas.
Sunday, July 18, 2021
Doa Hari Arafah 9 Zulhijjah Untuk Diri Sendiri
Sabda Nabi SAW, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." - Hadis Riwayat at-Tarmizi RA
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
“Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syaiin Qodiir”
Doa-Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri
✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tambahan doa Hari Arafah
Saturday, July 17, 2021
Kenikmatan Di Alam Kubur Bagi Orang Yang Beriman






