Kenikmatan Di Alam Kubur Bagi Orang Yang Beriman

Ada beberapa kenikmatan orang beriman di dalam kubur, antaranya - tenang, selamat dan bahagia. Malaikat mengambil nyawanya penuh dengan kasih sayang. Akan ditunjukkan kedudukannya di akhirat nanti samada ke syurga atau sebaliknya. Subhanallah... 

Kenikmatan Di Alam Kubur Bagi Orang Yang Beriman

Kenikmatan Di Alam Kubur Bagi Orang Yang Beriman. Alam kubur adalah alam sesudah mati. Apabila seseorang mukmin meninggal dunia, terpisah dan terputus segala hubungannya dengan dunia yang fana kecuali membawa amalan solehnya ketika hidup, sedekah jariah, dan ehsan dari doa anak-anak yang soleh solehah. Maka keseorangan kita di alam kubur, berteman gelap dan gerun.

Namun, jika ketika hayatnya seseorang mukmin itu membuat amalan yang mencukupi, insya Allah.. kuburnya terang benderang, lapang luas dan hening wangi. Maka, nikmatilah keindahan masanya di alam kubur. Masya' Allah..

Kenikmatan Di Alam Kubur Bagi Orang Yang Beriman 


Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 32 yang bermaksud : (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".

Kenikmatan di alam kubur bagi orang-orang yang beriman...

1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

2- Di antara syarat beriman kepada Hari Akhirat adalah beriman di kehidupan alam Barzakh yang merupakan dinding pembatasan antara dua alam yang terletak di antara alam Dunia dan alam Akhirat.

3- Manusia akan menerima balasan terhadap amalan ketika hidup di dunia. Di mana orang yang beriman dan beramal soleh memperolehi kenikmatan berada dalam keadaan selamat, tenang serta bahagia sehingga dibangkitkan kelak.

4- Orang beriman melalui Sakaratul Maut dengan penuh ketenangan kerana Malaikat yang mengambil nyawanya dengan penuh kasih-sayang dan kelembutan bagi memudahkan ruhnya berpisah daripada badan. Allah SWT menjanjikan kepadanya kenikmatan, di mana kedatangannya dinanti-nantikan oleh Allah SWT dan disambut oleh para MalaikatNya dengan penuh kehormatan dan kemuliaan. Di samping, kubur akan diterangi cahaya dan dilapangkan di dalam kubur sepanjang 70 hasta oleh Allah SWT kerana bersaksi dengan kalimah Syahadah menunjuk benar Iman dan Islamnya.

5- Apabila seseorang mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Ahli Syurga akan diperlihatkan seperti ahli Syurga dan ahli Neraka akan diperlihatan seperti ahli Neraka. 

6- Roh orang beriman akan didatangi dua malaikat yang duduk di sisinya dan bertanyakan beberapa soalan, lalu orang beriman berjaya menjawabnya dengan jawapan Allah adalah Tuhannya, Islam adalah agamanya dan lelaki yang dibangkitkan adalah utusan Allah SWT iaitu Muhammad SAW. Semuanya dapat dijawab kerana orang beriman itu membaca Kitab Allah SWT dan mempercayainya. Lalu dibentangkannya Syurga, dipakaikannya pakaian Syurga, dibukakannya pintu Syurga dan mendapat wangian Syurga serta kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.

7- Oleh itu, lakukanlah seberapa banyak kebaikan dalam kehidupan bagi mencapai kebahagiaan di alam Kubur (Barzakh). Rancanglah untuk mendapat pahala yang berterusan yang boleh dimiliki antaranya mengajak orang melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT.

8- Ingatlah hari ke hari, umur semakin berkurang dan ajal semakin dekat. Dengan nikmat umur dan kehidupan, marilah bersegera melakukan amal ibadat kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan, patuhi perintahNya dan jauhilah segala laranganNya serta jadikan taqwa sebaik-baik bekalan. Semoga memperolehi kenikmatan dan keselamatan di alam Kubur serta dihindari dan dilindungi daripada azab Kubur. 

Waallahu’alam...

Sumber: Disediakan oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ

Semoga swdikit perkongsian di atas menambahkan keazaman kita untuk bertaqwa kepada Allah SWT. Sampaikanlah kepada rakan taulan dan sahabat tentang perkara ini, agar kita semua bergerak dan berubah menjadi lebih baik setiap masa.

Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close