Enter your keyword

Wednesday, May 20, 2026

Adil Itu Lebih Hampir Kepada Takwa

By On May 20, 2026
Adil Itu Lebih Hampir Kepada Takwa. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Macam mana nak berlaku adil? Kerana adil adalah subjektif sifatnya. Sukar diteka yang orang ini adil atau tidak? Samada kita telah berlaku yang sejujurnya terhadap orang di sekeliling kita? Berlaku adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak berat sebelah. Kunci utama keadilan adalah memberikan hak kepada yang berhak serta seimbang dalam tindakan, tidak kira kepada keluarga, rakan, atau masyarakat.

Adil Itu Lebih Hampir Kepada Takwa

Adil Itu Lebih Hampir Kepada Takwa


Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. - Surah 5: Al ~ Maida, ayat 8

Kita boleh mempraktikkan sikap adil melalui langkah-langkah berikut:-

1. Saksama dan Tidak Berat Sebelah - Layani semua orang dengan sama rata tanpa mengira pangkat, darjat, atau hubungan peribadi.

2. Kawal Emosi - Buang perasaan ego, marah, atau kebencian apabila membuat sebarang keputusan agar ia tidak menjejaskan pertimbangan anda.

3. Penuhi Hak dan Kewajipan - Pastikan setiap individu mendapat hak mereka dan jalankan tanggungjawab anda dengan jujur.

4. Fahami Keperluan - Keadilan bukan bermakna memberi jumlah yang sama rata, tetapi memberi mengikut keperluan yang berbeza demi kesaksamaan.

Untuk adil dalam sesuatu tindakan atau perbuatan, kita mestilah bersedia dengan emosi yang stabil, berfikiran luas dan melihat sesuatu dengan pandangan yang ikhlas. Tiada double standard, tiada keistimewaan khas dan tegas dengan perasaan sendiri.

Semoga kita menjadi seorang Muslim yang lebih bertakwa di masa mendatang.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, May 19, 2026

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban

By On May 19, 2026
Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban. Kena berkorban sikit jika anda buat korban dalam musim haji kali ini. Iaitu jangan potong kuku dan rambut sehingga masuk raya haji. Selepas melakukan korban, barulah potong kuku dan rambut yang membawa maksud kita berkorban demi membebaskan diri dari api neraka usai melakukan korban. Menyucikan diri dari segala kekotoran bersama-sama selepas habis melakukan ibadah korban.

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban

Peserta Korban Dilarang Memotong Kuku dan Rambut

 
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
 
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: 

Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."*_  (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)  menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.
 
2.    Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim  Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)
 
3.    Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).
 
Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)
 
4.    Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.
 
5.    Mengikut Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya, antara hikmah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.
 
6.    Para ulama lain menyebut antara hikmah larangan memotong kuku dan menggunting rambut kerana ia menyerupai sebahagian keadaan orang yang berihram serta simbol penyerahan diri kepada Allah dengan menjaga seluruh anggota sehingga selesai ibadah korban.
 
Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 18hb Mei) bagi peserta korban  sehingga ibadat korban dilaksanakan.
 
Diharap perkongsian di atas memberikan manfaat dan panduan kepada seluruh mukmin, terutamanya mereka yang terlibat dalam melakukan ibadah korban pada tahun ini.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Monday, May 18, 2026

Ibadah Terbaik 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

By On May 18, 2026
Ibadah Terbaik di lakukan pada 10 Hari Pertama Dalam Bulan Zulhijjah. Ada banyak sebenarnya amalan-amalan atau ibadah yang boleh dilakukan. Antara nya berpuasa sunat di siang hari dan bertahajjud pula di malamnya. 10 Hari terawal dalam bulan Zulhijjah adalah antara hari terbaik sepanjang tahun. 

Perkara paling mudah untuk kita melakukan ibadah di dalam bulan Zulhijjah pada awal 10 hari pertama adalah bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Contohnya :

Bertasbih - Subhanallah
Bertahlil -  Laailaha illallah
Bertakbir - Allahuakbar 
Bertahmid - Alhamdulillah

Ibadah Terbaik 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Amalan Terbaik 10 Hari Pertama Zulhijjah


Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
 
Maksudnya:

Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh awal Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.- (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan
 

Maksud & pengajaran hadis:

 
1.    Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;
 
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
 
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.
 
Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)
 
Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).
 
2.    Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)
 
3.    Allah mengasihi kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).
 
4.    Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir – tahlil, takbir dan tahmid, tilawah al-Quran, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban, berdakwah serta pelbagai amal soleh yang lain.
 
5.    Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb Zulhijjah (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.
 
6.    Hadis ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan sepuluh awal Zulhijjah sehingga amalan pada hari-hari tersebut sangat dicintai oleh Allah SWT. Ia adalah musim ibadah yang perlu dimanfaatkan dengan memperbanyakkan amal soleh dan zikir.
 
Marilah ambil panduan melakukan amalan pada 10 malam pertama dalam bulan Zulhijjah sebagaimana dinyatakan di atas. Lakukan perlahan-lahan tetapi istiqamah. Lakukan mengikut kemampuan kita, terutamanya jika kita berniat melakukan Korban pada tahun tersebut. Wallahu'alam.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, May 16, 2026

Zikir 2 Juta Pahala/ Kebajikan - Riwayat Thabrani

By On May 16, 2026
Zikir 2 Juta Kebajikan/ Pahala - Riwayat Tjabrani. Amalkan zikir 2 juta kebajikan ini setiap hari, insha Allah ada kebaikan dan keajaiban dalam hidup kita yang tidak disangka-sangka. Apakah kebajikan tersebut? Hanya Allah yang tahu. Mungkin Allah akan selesaikan hutang piutang kita, jika ada masalah mungkin Itu yang Allah selesaikan untuk kita dari pelbagai sudut yang tidak disangka dan sebagainya. 

Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan Allah, kita kena berserah kepadaNya tanpa ragu! 

Zikir 2 Juta Pahala/ Kebajikan - Riwayat Thabrani

Zikir 2 Juta Pahala / Kebajikan (Riwayat Thabrani)


Zikir ini mengandungi 2 bahagian iaitu:

1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah (Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatupun yang menyamaiNya)

2)Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan Ahad.. yang juga kalimah daripada surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang Maha Esa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Cara amalan:


1. Di baca 11 kali setiap hari, setiap lepas solat atau mana-mana waktu ada kesempatan

2. Jika yang ada banyak hutang, baca dengan yakin dan ikhlas. Semoga Allah bukakan 2 juta pintu kebajikan/ kebaikan kepada kita semua. 

Semoga bermanfaat kepada kita semua. Jangan risau apa Allah nak bagi tetapi tetaplah istiqamah memohon kepadaNya agar yang baik-baik berlaku dalam kehidupan kita.

Insha Allah.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Friday, May 15, 2026

Hajarul Aswad - Permata Putih Dari Permata Syurga

By On May 15, 2026
Hajarul Aswad. Hajarul Aswad - Permata Putih Dari Permata Syurga. Hajarul Aswad, satu nama yang dah lama kita dengar dari ustaz & ustazah sejak zaman sekolah rendah lagi. Setiap kali ada kisah dan pengajaran yang diceritakan, ada saja terselit perkataan - Hajarul Aswad. Dari itu, marilah sama-sama kita hayati perkongsian tentang hajarul aswad - permata putih dari syurga.

Hajarul Aswad - Permata Putih Dari Permata Syurga

Hajarul Aswad - Permata Putih Dari Permata Syurga


Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَاقُوتَةٌ بَيْضَاءُ مِنْ يَاقُوتِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّمَا سَوَّدَتْهُ خَطَايَا الْمُشْرِكِينَ، يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِثْل أُحُدٍ يَشْهَدُ لِمَنِ اسْتَلَمَهُ وَقَبَّلَهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا

Maksudnya: 

“Hajar Aswad adalah permata putih daripada permata syurga. Ia menjadi hitam disebabkan dosa-dosa orang musyrik. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan sebesar Bukit Uhud dan akan menjadi saksi bagi sesiapa yang menyentuh dan menciumnya di dunia.”*_ (HR Ibnu Huzaimah No 2734) Status Hadis Hasan Sahih

Pengajaran dari ayat:

1. Hajar Aswad berasal dari syurga, dan asal warnanya adalah putih bersih, seperti mana yang disebut dalam hadis ini. Menurut Imam al-Qurtubi, perubahan warna kepada hitam itu bukan disebabkan sifat fizikalnya, tetapi kerana kesan dosa-dosa manusia, khususnya golongan musyrikin yang menyentuhnya dengan penuh dosa dan kekufuran.

2. Menyentuh dan mencium Hajar Aswad adalah salah satu bentuk ibadah yang menunjukkan penghormatan kepada syiar Islam yang ditetapkan oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW.

3. Hadis ini mengajar bahawa dosa boleh memberi kesan, bukan hanya secara rohani, tetapi juga pada fizikal seperti Hajar Aswad yang asalnya putih tetapi menjadi hitam kerana dosa.

4. Umat Islam diajar agar mengikut sunnah seperti mencium Hajar Aswad bukan kerana batu itu sendiri, tetapi kerana meneladani Rasulullah SAW. Perlu juga diingat, mencium Hajar Aswad hukumnya sunat, jangan sampai kita menzalimi orang lain seperti menolak, memukul dan sebagainya semasa berusaha mencium batu tersebut.

Semoga bermanfaat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, May 9, 2026

Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam?

By On May 09, 2026
Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam? Tahukah anda air zam-zam boleh didapati dari mana? Boleh ke air zam-zam di ambil sesuka hati? Air Zamzam berasal dari Telaga Zamzam yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Telaga ini berkedudukan kira-kira 21 meter ke timur Kaabah dan merupakan mata air yang tidak pernah kering sejak ditemui oleh Siti Hajar, ibu Nabi Ismail AS, lebih 5,000 tahun lalu. 

Bolehlah kita ambil air zam-zam sesuka hati? Secara umumnya, air zam-zam adalah kurniaan Allah yang melimpah ruah dan boleh diminum serta diambil untuk keberkatan. Walau bagaimanapun, dari segi praktikal dan peraturan di Tanah Haram, ia tidak boleh diambil sesuka hati tanpa kawalan. Ada peraturan dan kawalan dari pemerintah setempat demi mengelakkan salah kegunaannya. 

Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam?

Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam?


Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، إنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ يُشْبِعُكَ أَشْبَعَكَ اللَّهُ بِهِ، ‌وَإِنْ ‌شَرِبَتْهُ ‌لِقَطْعِ ‌ظَمَئِكَ ‌قَطَعَهُ ‌اللَّهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ وَسُقْيَا إسْمَاعِيلَ. [وفي رواية] وإن شربته مستعيذًا أعاذك الله فكان ابن عباس ذا شرب ماء زمزم قال: اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Maksudnya : 

"Air Zamzam itu bergantung kepada niat orang yang meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohon kesembuhan, Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau meminumnya untuk mengenyangkan, Allah akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. Ia adalah hasil hentakan malaikat Jibril dan minuman yang diberikan Allah kepada Nabi Ismail."

Dalam satu riwayat lain:

“Jika engkau meminumnya untuk memohon perlindungan, Allah akan melindungimu.”  Dan Ibn Abbas meminum air Zamzam, beliau berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.”_ (HR Al-Hakim 1/473) Status Hasan.

Hikmah & Pengajaran Dari Hadis;


1. Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa air Zamzam memiliki keberkatan luar biasa yang tidak dimiliki oleh air lain. Ia adalah air terbaik di muka bumi dari segi kandungan, keberkatan, dan fadhilatnya.

2.  Air Zamzam mempunyai kelebihan bergantung kepada niat dan keyakinan orang meminumnya seperti mengenyangkan, menghilangkan dahaga juga menyembuhkan penyakit dengan keizinan dan kekuasaan Allah

3.  Setiap amalan, termasuk ketika minum air Zamzam, harus dimulakan dengan niat yang baik.

4.  Beradab ketika minum Air Zamzam antaranya dengan mengadap kiblat, membaca basmalah, minum dengan tiga tegukan serta berdoa. Antaranya doa yang dibaca oleh Ibnu Abbas RA Ketika minum air zamzam:

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan daripada setiap penyakit.

Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam?

5.  Hadis ini menjelaskan keistimewaan air Zamzam sebagai anugerah Allah yang penuh keberkatan. Ia bukan sekadar air biasa, tetapi mempunyai nilai spiritual yang tinggi, bergantung kepada niat dan keyakinan peminumnya. 

Perkongsian di atas adalah sebagai satu informasi kepada mereka di luar sana yang tidak tahu lagi apakah istimewanya air zam-zam. Air zam-zam ni tergantung hajat si peminumnya. Kepada Allah jualah akhirnya kita berserah samada makbul atau tidak niat kita itu.

Wallahu'alam. 
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Thursday, May 7, 2026

Lafaz Taalbiah atau Labbaikallah Hummalabaik

By On May 07, 2026
Lafaz Taalbiah atau Labbaikallah Hummalabaik. Lafaz yang kerap dialunkan ketika bulan haji atau mulai raya haji. Biasa dialunkan pada raya haji pertama dan seterusnya. Di TV, radio dan mana-mana tempat yang sesuai. Di surau berdekatan rumah pun selalu siarkan lafaz talbiah ni.


Lafaz Taalbiah atau Labbaikallah Hummalabaik


Lafaz ini menunjukkan bahawa akidah tauhid adalah tujuan Allah SWT mewajibkan ibadah haji. Mereka yang datang bukan kerana Allah SWT atau akidah yang satu akan tertolak hajinya kerana dilakukan atas sebab selain daripada Allah SWT.


Maksudnya: 

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا 

Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda:  "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat,  akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)." _ (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan

Pengajaran & Hikmah Hadis:


1.  Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: *“Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.”* Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.

2.  Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.

3.  Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.

4.  Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.

5.  Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.

6.  Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.

7.  Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.

8.  Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.

Daripada perkongsian di atas, diharapkan kita dapat mengamhil hikmah dan pengajaran tentang kuatnya dan hebatnya perjuangan mendapatkan haji yang sah dan mabrur di sisiNya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Monday, May 4, 2026

Jangan Kita Berlaku Zalim

By On May 04, 2026
Jangan kita berlaku zalim! Zalim atau aniaya orang adalah satu perbuatan yang dilaknat. Dan perbuatan zalim amat ditegah kerana ia meruntuhkan institusi kekeluargaan dan juga persahabatan. Biasanya kezaliman akan menyebabkan satu pihak yang terzalimi mengalami kesan yang teruk. Kerosakan kepada seluruh hidupnya.

Ingatlah sahabat sekalian, kezaliman yang dilakukan di dunia akan menjadi kegelapan yang menyiksa di hari kiamat. Orang zalim tidak akan mempunyai penolong atau pembela yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab Allah. Allah SWT mungkin menimpakan orang zalim yang lain untuk berkuasa ke atas mereka sebagai bentuk hukuman. Maksudnya kafarah ditimpakan ke atas mereka yang zalim dan mendapat balasan sewajarnya. 

Jangan Kita Berlaku Zalim

Jangan Kita Berlaku Zalim Kepada Sesiapapun


Jangan Kita Berlaku Zalim waima kepada sesiapapun. Allah benci kepada mereka yang berlaku zalim terutama kepada anak-anak yatim.

Firman Allah SWT :
وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا - (Al-Furqan - 37)

Terjemahan:

“dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Tidak takut kah kalian dengan balasan kemurkaan Allah kepada pelaku kezaliman? 

Allah SWT amat murka dan melaknat orang yang berlaku zalim, dengan ancaman azab pedih di dunia dan akhirat. Kezaliman dianggap kegelapan pada hari kiamat, dan Allah menangguhkan siksaan hanya untuk menanti hari pembalasan yang dahsyat. Pelaku zalim tidak akan mendapat penolong dan bakal menerima balasan setimpal, termasuk ditimpakan kezaliman lain ke atas mereka sewaktu masih di atas muka bumi lagi.

Pelaku kezaliman akan dikenakan azab yang amat pedih. Kerana sikap zalim membawa pecah belah, kehancuran institusi kekeluargaan dan lain-lain lagi kesannya yang tidak bagus.

Oleh itu, usahlah kita berlaku zalim kepada sesiapa saja, terutamanya orang-orang tua dan anak-anak yatim. Allah Maha Melihat akan tindakan anda.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status