Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam? Tahukah anda air zam-zam boleh didapati dari mana? Boleh ke air zam-zam di ambil sesuka hati? Air Zamzam berasal dari Telaga Zamzam yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Telaga ini berkedudukan kira-kira 21 meter ke timur Kaabah dan merupakan mata air yang tidak pernah kering sejak ditemui oleh Siti Hajar, ibu Nabi Ismail AS, lebih 5,000 tahun lalu.
Bolehlah kita ambil air zam-zam sesuka hati? Secara umumnya, air zam-zam adalah kurniaan Allah yang melimpah ruah dan boleh diminum serta diambil untuk keberkatan. Walau bagaimanapun, dari segi praktikal dan peraturan di Tanah Haram, ia tidak boleh diambil sesuka hati tanpa kawalan. Ada peraturan dan kawalan dari pemerintah setempat demi mengelakkan salah kegunaannya.



Apakah Keistimewaan Air Zam-Zam?
Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:
وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، إنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ يُشْبِعُكَ أَشْبَعَكَ اللَّهُ بِهِ، وَإِنْ شَرِبَتْهُ لِقَطْعِ ظَمَئِكَ قَطَعَهُ اللَّهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ وَسُقْيَا إسْمَاعِيلَ. [وفي رواية] وإن شربته مستعيذًا أعاذك الله فكان ابن عباس ذا شرب ماء زمزم قال: اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
Maksudnya :
"Air Zamzam itu bergantung kepada niat orang yang meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohon kesembuhan, Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau meminumnya untuk mengenyangkan, Allah akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. Ia adalah hasil hentakan malaikat Jibril dan minuman yang diberikan Allah kepada Nabi Ismail."
Dalam satu riwayat lain:
“Jika engkau meminumnya untuk memohon perlindungan, Allah akan melindungimu.” Dan Ibn Abbas meminum air Zamzam, beliau berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.”_ (HR Al-Hakim 1/473) Status Hasan.
Hikmah & Pengajaran Dari Hadis;
1. Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa air Zamzam memiliki keberkatan luar biasa yang tidak dimiliki oleh air lain. Ia adalah air terbaik di muka bumi dari segi kandungan, keberkatan, dan fadhilatnya.
2. Air Zamzam mempunyai kelebihan bergantung kepada niat dan keyakinan orang meminumnya seperti mengenyangkan, menghilangkan dahaga juga menyembuhkan penyakit dengan keizinan dan kekuasaan Allah
3. Setiap amalan, termasuk ketika minum air Zamzam, harus dimulakan dengan niat yang baik.
4. Beradab ketika minum Air Zamzam antaranya dengan mengadap kiblat, membaca basmalah, minum dengan tiga tegukan serta berdoa. Antaranya doa yang dibaca oleh Ibnu Abbas RA Ketika minum air zamzam:
اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan daripada setiap penyakit.

5. Hadis ini menjelaskan keistimewaan air Zamzam sebagai anugerah Allah yang penuh keberkatan. Ia bukan sekadar air biasa, tetapi mempunyai nilai spiritual yang tinggi, bergantung kepada niat dan keyakinan peminumnya.
Perkongsian di atas adalah sebagai satu informasi kepada mereka di luar sana yang tidak tahu lagi apakah istimewanya air zam-zam. Air zam-zam ni tergantung hajat si peminumnya. Kepada Allah jualah akhirnya kita berserah samada makbul atau tidak niat kita itu.
Wallahu'alam.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments