Ilman Hati | Ilmu Untuk Jiwa

Ibadah Terbaik 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Ibadah Terbaik di lakukan pada 10 Hari Pertama Dalam Bulan Zulhijjah. Ada banyak sebenarnya amalan-amalan atau ibadah yang boleh dilakukan. Antara nya berpuasa sunat di siang hari dan bertahajjud pula di malamnya. 10 Hari terawal dalam bulan Zulhijjah adalah antara hari terbaik sepanjang tahun. 

Perkara paling mudah untuk kita melakukan ibadah di dalam bulan Zulhijjah pada awal 10 hari pertama adalah bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Contohnya :

Bertasbih - Subhanallah
Bertahlil -  Laailaha illallah
Bertakbir - Allahuakbar 
Bertahmid - Alhamdulillah

Ibadah Terbaik 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Amalan Terbaik 10 Hari Pertama Zulhijjah


Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
 
Maksudnya:

Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh awal Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.- (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan
 

Maksud & pengajaran hadis:

 
1.    Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;
 
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
 
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.
 
Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)
 
Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).
 
2.    Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)
 
3.    Allah mengasihi kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).
 
4.    Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir – tahlil, takbir dan tahmid, tilawah al-Quran, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban, berdakwah serta pelbagai amal soleh yang lain.
 
5.    Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb Zulhijjah (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.
 
6.    Hadis ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan sepuluh awal Zulhijjah sehingga amalan pada hari-hari tersebut sangat dicintai oleh Allah SWT. Ia adalah musim ibadah yang perlu dimanfaatkan dengan memperbanyakkan amal soleh dan zikir.
 
Marilah ambil panduan melakukan amalan pada 10 malam pertama dalam bulan Zulhijjah sebagaimana dinyatakan di atas. Lakukan perlahan-lahan tetapi istiqamah. Lakukan mengikut kemampuan kita, terutamanya jika kita berniat melakukan Korban pada tahun tersebut. Wallahu'alam.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments