Ilman Hati | Ilmu Untuk Jiwa

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban. Kena berkorban sikit jika anda buat korban dalam musim haji kali ini. Iaitu jangan potong kuku dan rambut sehingga masuk raya haji. Selepas melakukan korban, barulah potong kuku dan rambut yang membawa maksud kita berkorban demi membebaskan diri dari api neraka usai melakukan korban. Menyucikan diri dari segala kekotoran bersama-sama selepas habis melakukan ibadah korban.

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban

Peserta Korban Dilarang Memotong Kuku dan Rambut

 
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
 
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: 

Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."*_  (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)  menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.
 
2.    Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim  Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)
 
3.    Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).
 
Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)
 
4.    Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.
 
5.    Mengikut Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya, antara hikmah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.
 
6.    Para ulama lain menyebut antara hikmah larangan memotong kuku dan menggunting rambut kerana ia menyerupai sebahagian keadaan orang yang berihram serta simbol penyerahan diri kepada Allah dengan menjaga seluruh anggota sehingga selesai ibadah korban.
 
Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 18hb Mei) bagi peserta korban  sehingga ibadat korban dilaksanakan.
 
Diharap perkongsian di atas memberikan manfaat dan panduan kepada seluruh mukmin, terutamanya mereka yang terlibat dalam melakukan ibadah korban pada tahun ini.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments