Lafaz Taalbiah atau Labbaikallah Hummalabaik. Lafaz yang kerap dialunkan ketika bulan haji atau mulai raya haji. Biasa dialunkan pada raya haji pertama dan seterusnya. Di TV, radio dan mana-mana tempat yang sesuai. Di surau berdekatan rumah pun selalu siarkan lafaz talbiah ni.


Maksudnya:

Lafaz Taalbiah atau Labbaikallah Hummalabaik
Lafaz ini menunjukkan bahawa akidah tauhid adalah tujuan Allah SWT mewajibkan ibadah haji. Mereka yang datang bukan kerana Allah SWT atau akidah yang satu akan tertolak hajinya kerana dilakukan atas sebab selain daripada Allah SWT.

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”
Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan
عَÙ†ْ سَÙ‡ْÙ„ِ بْÙ†ِ سَعْدٍ السَّاعِدِÙŠِّ، عَÙ†ْ رَسُولِ اللَّÙ‡ِ صلى الله عليه وسلم Ù‚َالَ " Ù…َا Ù…ِÙ†ْ Ù…ُÙ„َبٍّ ÙŠُÙ„َبِّÙŠ Ø¥ِلاَّ Ù„َبَّÙ‰ Ù…َا عَÙ†ْ ÙŠَÙ…ِينِÙ‡ِ ÙˆَØ´ِÙ…َالِÙ‡ِ Ù…ِÙ†ْ Øَجَرٍ Ø£َÙˆْ Ø´َجَرٍ Ø£َÙˆْ Ù…َدَرٍ ØَتَّÙ‰ تَÙ†ْÙ‚َØ·ِعَ الأَرْضُ Ù…ِÙ†ْ Ù‡َا Ù‡ُÙ†َا ÙˆَÙ‡َا Ù‡ُÙ†َا
Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat, akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)." _ (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan
Pengajaran & Hikmah Hadis:
1. Ucapan talbiah "Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ" bermaksud: *“Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.”* Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.
2. Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.
3. Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.
4. Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.
5. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.
6. Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.
7. Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.
8. Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.
Daripada perkongsian di atas, diharapkan kita dapat mengamhil hikmah dan pengajaran tentang kuatnya dan hebatnya perjuangan mendapatkan haji yang sah dan mabrur di sisiNya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments