Enter your keyword

Sunday, July 12, 2026

Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur, Apa Hikmahnya?

By On July 12, 2026
Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur, Apa Hikmahnya? Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah: 255) ialah ayat yang paling agung dalam al-Quran, berkedudukan sebagai penghulu segala ayat, dan berfungsi sebagai perisai pelindung daripada gangguan syaitan. Ia merangkumi tauhid dan kekuasaan mutlak Allah SWT. Selayaknya kita memberikan pujian dan pujaan hanya kepada Allah SWT, yang mana boleh dilakukan dengan membaca kalamnya berkali-kali sehari dan berulang-ulang. 

Sebelum tidur adalah antara waktu terbaik untuk membaca ayat Kursi kerana di dalam tidur kita tidak tahu apa yang terjadi kepada diri kita. Maka, dengan amalan membaca ayat Kursi sebelum tidur, Allah akan menghantarkan beribu Malaikatnya untuk melindungi kita. Insha Allah.

Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur, Apa Hikmahnya?

Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur, Apa Hikmahnya? 


Bacaan ayat Al-Kursi sebelum tidur, dapat melindungi kita dari gangguan syaitan yang direjam. Ada banyak hadis yang membincangkan tentang keutamaan dan hikmah jika membaca ayat Kursi setiap hari, terutamanya sebelum masuk tidur, antaranya;

1.    Hadis di bawah ini menceritakan peristiwa Abu Hurairah RA yang bertugas menjaga gudang zakat. Beliau berjaya menangkap seseorang yang mengambil makanan zakat tanpa izin. Apabila Abu Hurairah RA hendak melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi SAW, lelaki yang ditangkap itu memberitahu bahawa sesiapa yang membaca ayat al-Kursi sebelum tidur, dia akan dilindungi daripada gangguan syaitan sehingga waktu pagi. Abu Hurairah telah mengkhabarkan hal tersebut kepada Nabi. Nabi SAW kemudian mengesahkan kebenaran kata-kata syaitan yang menyamar itu meskipun ia adalah pendusta.

2.    Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' menyatakan bahawa membaca Ayat al-Kursi sebelum tidur adalah sangat disyorkan, kerana ia memberikan perlindungan daripada syaitan dan kejahatan lainnya hingga waktu pagi.
 
3.    Imam al-Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran menyebutkan bahawa Ayat al-Kursi mengandung pernyataan tentang keagungan dan kebesaran Allah, serta kekuasaan-Nya yang meliputi segala sesuatu, sehingga dengan membacanya sebelum tidur, seseorang akan terlindung dari segala gangguan syaitan dan bahaya lainnya.
 
4.    Syaitan sering menggunakan cara yang halus untuk menggoda umat Islam, termasuk berpura-pura ingin menolong atau memberikan nasihat yang baik. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak semua yang kelihatan baik adalah benar. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan merujuk kepada orang yang ahli dan berpegang kepada sunnah Nabi dalam setiap amalan.
 
5.    Hadis ini juga mengajarkan kita tentang perlindungan yang diberikan oleh Allah apabila kita membaca Ayat al-Kursi sebelum tidur. Amalan ini yang sangat dianjurkan kerana mempunyai manfaat besar untuk menghindari gangguan syaitan serta mendapatkan keberkatan dan perlindungan Allah.

Inilah hadisnya, daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ، فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَذَكَرَ الْحَدِيثَ - فَقَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ، لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ، ذَاكَ شَيْطَانٌ

Maksudnya :

Rasulullah SAW telah memerintahkan saya untuk menjaga zakat Ramadan. Lalu datang seseorang yang mulai mengambil makanan dengan tangannya, maka aku menangkapnya dan berkata, 'Aku akan membawamu kepada Rasulullah SAW.' Lelaki itu berkata: "Apabila engkau hendak tidur, bacalah Ayat al-Kursi. Nescaya Allah akan sentiasa mengutuskan penjaga untukmu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehingga pagi." Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda: "Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun dia seorang pendusta. Dia itu ialah syaitan."*_ (HR Bukhari No: 2311) Status: Hadis Sahih

Penutup


Kita memang digalakkan untuk mengamalkan membaca ayat Kursi dalam banyak keadaan seperti selepas solat fardhu, sewaktu nak tidur, sewaktu nak keluar rumah dan banyak lagi. Inilah kerana ayat Kursi disebut sebagai penghulu segala ayat dan ia juga ayat yang disebut sebagai perisai daripada syaitan. Semoga kita istiqamah mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Saturday, July 4, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Quddus

By On July 04, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Al Quddus | Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husna ini.

Al-Quddus maksudnya Yang maha suci yang bersih dari segala sifat kekurangan. Allah Maha sempurna. Segala kelebihan adalah milikNya.

Berdoa Dengan Asmaul Husna- Al Quddus

Berdoa dengan asmaul husna- Al Quddus


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik


2) Kemudian baru di baca asmaul husna yang berikut:

Ya Qudus  = 100 Kali

Ertinya : Yang maha suci yang bersih dari segala sifat kekurangan

Jika kita berupaya mengucapkan Ya Qudus sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lain-lain.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI - Ilmu Untuk Jiwa-. 

Sunday, June 28, 2026

Cara Solat Sunat Tasbih

By On June 28, 2026
Cara Solat Sunat Tasbih. Mengapa ia di panggil solat tasbih? Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. 

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dan kesempatan untuk menunaikan solat sunat tasbih walaupun hanya sekali dalam seumur hidup! Aamiin..

Cara Solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.


Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih


Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.

Caranya;

1. Niat Solat Sunat Tasbih:


a) Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

Cara Solat Sunat Tasbih


“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

Cara Solat Sunat Tasbih

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:


Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3. Bacaan Tasbihnya ialah:


Cara Solat Sunat Tasbih


Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Nota;

*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.


4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.


5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih.
  • Rukuk – 10 kali tasbih
  • Iktidal – 10 kali tasbih
  • Sujud pertama – 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
  • Sujud kedua – 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih


7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;

Cara Solat Sunat Tasbih

Semoga bermanfaat. Sumber


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

By On June 28, 2026
Allah Benci orang yang keras kepala. Allah benci kepada orang yang kuat bermusuh. Tiada tempat kepada hambaNya yang suka mencari salah orang dan asyik bergaduh dalam memenangkan satu-satu persengketaan. Setiap masalah ada jalan penyelesaian yang sesuai, dan bukannya diakhiri dengan dendam tak berkesudahan.

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh


Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih

Daripada hadis di atas, kita boleh menyatakan bahawa Allah tidak suka kepada permusuhan dan keras kepala, jika bertentang pendapat, hanya mereka sahaja yang betul.

Hikmah dan Pengajaran daripada hadis:


1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.

2. Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan الخصم pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.

3. Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).

Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204)


4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.

5. Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.

6. Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

Secara keseluruhannya,  janganlah kita bergaduh dan bermusuhan kerana suatu perkara yang tidak berfaedah dan merugikan. Jika berlaku perselisihan, selesaikan dengan cara bermusyawarah dan perbincangan.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI. 

🧡Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.🔥

Saturday, June 27, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

By On June 27, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Al Malik | Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Al-Malik (الْمَلِكُ) merupakan salah satu daripada 99 nama Allah (Asmaul Husna) yang bermaksud "Raja" atau "Pemerintah Yang Maha Menguasai" seluruh alam. Ia merujuk kepada sifat kesempurnaan dan kekuasaan mutlak Allah SWT dalam mentadbir, memiliki, serta mengatur segala urusan kerajaan-Nya di langit dan di bumi tanpa sebarang bantuan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

Berdoa dengan asmaul husna- Al Malik


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Maliku - dibaca 121 kali setiap hari


Ertinya : Yang menguasai dan merajai segala-galanya


Supaya pekerjaan yang telah kita lakukan sehati-hari mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

Maka cubalah untuk membaca Ya Maliku 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari. Dengan demikian kita telah menyerahkan segala daya dan upaya kepada Allah yang Maha Merajai segalanya.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI - Ilmu Untuk Jiwa-. 

Tuesday, June 23, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

By On June 23, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Ar-Rahim | Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Ar Rahiim


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Rahiim - dibaca 100 kali setiap hari


Ertinya: Maha Penyayang


Dialah yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dialah yang memberi rahmat yang besar yang tak dapat dinilai dengan harta benda dan kenikmatan apapun di dunia. Rahmat inilah yang khusus diberikan Allah kepada hambanya yang beriman kelak diakhirat.

Seandainya kita dapat terus menerus membaca Ya Rahiim sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah kita dapat mempunyai daya tarik yang besar sekali sehingga orang sekeliling kita merasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 18, 2026

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

By On June 18, 2026
Hijrah itu tak mudah. Tetapi niat dan hijrah mestilah kerana Allah. Jika nak berhijrah, janganlah sorang-sorang. Bawalah bersama keluarga tersayang, rakan dan sahabat serta saudara seislam. Jalan hijrah tidak mudah, ada ranjau berduri kena lalui. Impian berhijrah mestilah dengan cara yang betul dan niat kerana Allah. Bukannya berhijrah kerana melarikan diri daripada masalah dan sebagainya.

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

Mengapa Kita Mesti Betulkan Niat Untuk Berhijrah?


1.     Setiap amal atau perbuatan seseorang itu tidak hanya bergantung kepada bentuk zahirnya, tetapi juga kepada tujuan dan niat yang ikhlas kerana Allah.

2.     Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan Ikhlas (kerana Allah).

3.     Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4      Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

5.     Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

6.     Semua aktiviti yang baik boleh menjadi ibadah dan berpahala jika diniatkan kerana Allah seperti mengajar, menulis, berniaga, bekerja selagi tidak bercanggah dengan syarak.  

7.     Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Marilah bersama-sama kita berhijrah.

9.     Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.

Niat dan Hijrah Mestilah Kerana Allah


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Maksudnya:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu  bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana tujuan dunia yang ia menginginkannya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Semoga bermanfaat!!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tuesday, June 16, 2026

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

By On June 16, 2026
Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan. Aku berlindung daripada Syaitan yang direjam. Itu pun doa yang bagus untuk di baca. Amat mudah dan bila masa-masa kecemasan, terus baca doa itu kerana itulah yang lazim kita amalkan. 

Namun ada lagi doa khusus untuk memohon dihindari dari Syaitan yang direjam. Doa penuh ada di bawah ini.

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan


Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

Doa Dalam Rumi

Rabbi 'auzubika min hamazaa tissyaatiin.
Wa'uzubika rabbi ayyahthurun.

Maksudnya :

Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Engkau dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada Engkau, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiri aku.

Semoga bermanfaat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status