Niat Dan Hijrah Kerana Allah

Aynora
By -
0
Hijrah itu tak mudah. Tetapi niat dan hijrah mestilah kerana Allah. Jika nak berhijrah, janganlah sorang-sorang. Bawalah bersama keluarga tersayang, rakan dan sahabat serta saudara seislam. Jalan hijrah tidak mudah, ada ranjau berduri kena lalui. Impian berhijrah mestilah dengan cara yang betul dan niat kerana Allah. Bukannya berhijrah kerana melarikan diri daripada masalah dan sebagainya.

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

Mengapa Kita Mesti Betulkan Niat Untuk Berhijrah?


1.     Setiap amal atau perbuatan seseorang itu tidak hanya bergantung kepada bentuk zahirnya, tetapi juga kepada tujuan dan niat yang ikhlas kerana Allah.

2.     Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan Ikhlas (kerana Allah).

3.     Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4      Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

5.     Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

6.     Semua aktiviti yang baik boleh menjadi ibadah dan berpahala jika diniatkan kerana Allah seperti mengajar, menulis, berniaga, bekerja selagi tidak bercanggah dengan syarak.  

7.     Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Marilah bersama-sama kita berhijrah.

9.     Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.

Niat dan Hijrah Mestilah Kerana Allah


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Maksudnya:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu  bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana tujuan dunia yang ia menginginkannya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Semoga bermanfaat!!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.
Tags:

Post a Comment

0 Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!