6/recent/ticker-posts

Ad Code

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

Allah Benci orang yang keras kepala. Allah benci kepada orang yang kuat bermusuh. Tiada tempat kepada hambaNya yang suka mencari salah orang dan asyik bergaduh dalam memenangkan satu-satu persengketaan. Setiap masalah ada jalan penyelesaian yang sesuai, dan bukannya diakhiri dengan dendam tak berkesudahan.

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh


Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih

Daripada hadis di atas, kita boleh menyatakan bahawa Allah tidak suka kepada permusuhan dan keras kepala, jika bertentang pendapat, hanya mereka sahaja yang betul.

Hikmah dan Pengajaran daripada hadis:


1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.

2. Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan الخصم pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.

3. Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).

Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204)


4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.

5. Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.

6. Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

Secara keseluruhannya,  janganlah kita bergaduh dan bermusuhan kerana suatu perkara yang tidak berfaedah dan merugikan. Jika berlaku perselisihan, selesaikan dengan cara bermusyawarah dan perbincangan.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI. 

🧡Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.🔥

Post a Comment

0 Comments

Ad Code