Enter your keyword

Sunday, June 28, 2026

Cara Solat Sunat Tasbih

By On June 28, 2026
Cara Solat Sunat Tasbih. Mengapa ia di panggil solat tasbih? Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. 

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dan kesempatan untuk menunaikan solat sunat tasbih walaupun hanya sekali dalam seumur hidup! Aamiin..

Cara Solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.


Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih


Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.

Caranya;

1. Niat Solat Sunat Tasbih:


a) Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

Cara Solat Sunat Tasbih


“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

Cara Solat Sunat Tasbih

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:


Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3. Bacaan Tasbihnya ialah:


Cara Solat Sunat Tasbih


Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Nota;

*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.


4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.


5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih.
  • Rukuk – 10 kali tasbih
  • Iktidal – 10 kali tasbih
  • Sujud pertama – 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
  • Sujud kedua – 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih


7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;

Cara Solat Sunat Tasbih

Semoga bermanfaat. Sumber


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

By On June 28, 2026
Allah Benci orang yang keras kepala. Allah benci kepada orang yang kuat bermusuh. Tiada tempat kepada hambaNya yang suka mencari salah orang dan asyik bergaduh dalam memenangkan satu-satu persengketaan. Setiap masalah ada jalan penyelesaian yang sesuai, dan bukannya diakhiri dengan dendam tak berkesudahan.

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh


Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih

Daripada hadis di atas, kita boleh menyatakan bahawa Allah tidak suka kepada permusuhan dan keras kepala, jika bertentang pendapat, hanya mereka sahaja yang betul.

Hikmah dan Pengajaran daripada hadis:


1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.

2. Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan الخصم pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.

3. Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).

Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204)


4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.

5. Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.

6. Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

Secara keseluruhannya,  janganlah kita bergaduh dan bermusuhan kerana suatu perkara yang tidak berfaedah dan merugikan. Jika berlaku perselisihan, selesaikan dengan cara bermusyawarah dan perbincangan.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI. 

🧡Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.🔥

Saturday, June 27, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

By On June 27, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Al Malik | Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Al-Malik (الْمَلِكُ) merupakan salah satu daripada 99 nama Allah (Asmaul Husna) yang bermaksud "Raja" atau "Pemerintah Yang Maha Menguasai" seluruh alam. Ia merujuk kepada sifat kesempurnaan dan kekuasaan mutlak Allah SWT dalam mentadbir, memiliki, serta mengatur segala urusan kerajaan-Nya di langit dan di bumi tanpa sebarang bantuan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

Berdoa dengan asmaul husna- Al Malik


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Maliku - dibaca 121 kali setiap hari


Ertinya : Yang menguasai dan merajai segala-galanya


Supaya pekerjaan yang telah kita lakukan sehati-hari mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

Maka cubalah untuk membaca Ya Maliku 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari. Dengan demikian kita telah menyerahkan segala daya dan upaya kepada Allah yang Maha Merajai segalanya.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Al Malik

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI - Ilmu Untuk Jiwa-. 

Tuesday, June 23, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

By On June 23, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Ar-Rahim | Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Ar Rahiim


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Rahiim - dibaca 100 kali setiap hari


Ertinya: Maha Penyayang


Dialah yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dialah yang memberi rahmat yang besar yang tak dapat dinilai dengan harta benda dan kenikmatan apapun di dunia. Rahmat inilah yang khusus diberikan Allah kepada hambanya yang beriman kelak diakhirat.

Seandainya kita dapat terus menerus membaca Ya Rahiim sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah kita dapat mempunyai daya tarik yang besar sekali sehingga orang sekeliling kita merasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 18, 2026

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

By On June 18, 2026
Hijrah itu tak mudah. Tetapi niat dan hijrah mestilah kerana Allah. Jika nak berhijrah, janganlah sorang-sorang. Bawalah bersama keluarga tersayang, rakan dan sahabat serta saudara seislam. Jalan hijrah tidak mudah, ada ranjau berduri kena lalui. Impian berhijrah mestilah dengan cara yang betul dan niat kerana Allah. Bukannya berhijrah kerana melarikan diri daripada masalah dan sebagainya.

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

Mengapa Kita Mesti Betulkan Niat Untuk Berhijrah?


1.     Setiap amal atau perbuatan seseorang itu tidak hanya bergantung kepada bentuk zahirnya, tetapi juga kepada tujuan dan niat yang ikhlas kerana Allah.

2.     Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan Ikhlas (kerana Allah).

3.     Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4      Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

5.     Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

6.     Semua aktiviti yang baik boleh menjadi ibadah dan berpahala jika diniatkan kerana Allah seperti mengajar, menulis, berniaga, bekerja selagi tidak bercanggah dengan syarak.  

7.     Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Marilah bersama-sama kita berhijrah.

9.     Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.

Niat dan Hijrah Mestilah Kerana Allah


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Maksudnya:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu  bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana tujuan dunia yang ia menginginkannya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Semoga bermanfaat!!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tuesday, June 16, 2026

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

By On June 16, 2026
Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan. Aku berlindung daripada Syaitan yang direjam. Itu pun doa yang bagus untuk di baca. Amat mudah dan bila masa-masa kecemasan, terus baca doa itu kerana itulah yang lazim kita amalkan. 

Namun ada lagi doa khusus untuk memohon dihindari dari Syaitan yang direjam. Doa penuh ada di bawah ini.

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan


Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

Doa Dalam Rumi

Rabbi 'auzubika min hamazaa tissyaatiin.
Wa'uzubika rabbi ayyahthurun.

Maksudnya :

Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Engkau dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada Engkau, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiri aku.

Semoga bermanfaat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

By On June 16, 2026
Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam. Sekarang tibalah sudah tahun baru hijrah, tahun 1448. Bersamaan tahun baru Islam ni juga disebut Awal Muharam. Awal Muharam (atau Maal Hijrah) ialah hari pertama dalam kalendar Islam (bulan Muharan) yang menandakan permulaan tahun baharu. Ia memperingati peristiwa penting penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah bermaksud bergerak ke arah perubahan yang lebih baik. 

Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

Sebaik-baik Puasa Sunat adalah dalam bulan Muharam. Maka kita digalakkan untuk berpuasa isnin dan khamis, juga berpuasa pada 13, 14 & 15 iaitu pertengahan bulan Muharam dan juga berpuasa sunat pada 9 & 10 Muharam iaitu puasa Asyura.
 

Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan


Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam. Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa yang paling utama selepas puasa bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Allah  iaitu bulan Muharam dan sesungguhnya solat yang paling utama setelah solat fardu ialah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih

Mengapa berpuasa sunat di bulan Muharam itu lebih utama? 


1.    Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2.    Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3.    Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: 

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan Muharam kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4.     Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5.     Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 Muharam (Tasuua’a) dan ke-10 Muharam (Asyura’).

6.     Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat sunat di malam hari (qiamullail) seperti solat Tahajud, Taubat, Witir dan lain-lain. Solat malam memerlukan keikhlasan, kesabaran juga pengorbanan keselesaan.


7.     Hadis ini mengajarkan kita bahawa amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardu merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Ia menggalakkan kesungguhan ibadah puasa walaupun di luar bulan Ramadan, serta menjadikan waktu malam sebagai peluang besar untuk meningkatkan pahala.

8.     Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.. semoga perkongsian di atas mendapat ganjaran baik di sisi Allah SWT. 
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 11, 2026

Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah

By On June 11, 2026
Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah. Kehidupan yang dilalui oleh setiap dari kita tidak sama takdirnya, ada yang hidup nya senang dan bahagia, dan ada pula dari kita yang berada dalam keadaan susah dan melata. Dalam keadaan tertentu, kita seperti tiada arah nak di tuju. Ketika kalian sedang diuji ketika ini, perbanyakkan bersabar dan tetaplah bersyukur kerana masih diberi nyawa. Selain dari berusaha, kita pun ada doa sebagai senjata. Bila berada dalam kesusahan, bacalah doa di bawah ini.

Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah


Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah

Maksudnya :

Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada satu pun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada satu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Semoga setiap amalan kita mendapat balasan dan ganjaran terbaik di sisiNya dari dunia hingga akhirat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status