Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

Aynora
By -
0
Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam. Sekarang tibalah sudah tahun baru hijrah, tahun 1448. Bersamaan tahun baru Islam ni juga disebut Awal Muharam. Awal Muharam (atau Maal Hijrah) ialah hari pertama dalam kalendar Islam (bulan Muharan) yang menandakan permulaan tahun baharu. Ia memperingati peristiwa penting penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah bermaksud bergerak ke arah perubahan yang lebih baik. 

Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

Sebaik-baik Puasa Sunat adalah dalam bulan Muharam. Maka kita digalakkan untuk berpuasa isnin dan khamis, juga berpuasa pada 13, 14 & 15 iaitu pertengahan bulan Muharam dan juga berpuasa sunat pada 9 & 10 Muharam iaitu puasa Asyura.
 

Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan


Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan MuharamDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa yang paling utama selepas puasa bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Allah  iaitu bulan Muharam dan sesungguhnya solat yang paling utama setelah solat fardu ialah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih

Mengapa berpuasa sunat di bulan Muharam itu lebih utama? 


1.    Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2.    Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3.    Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan Muharam kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4.     Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5.     Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 Muharam (Tasuua’a) dan ke-10 Muharam (Asyura’).

6.     Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat sunat di malam hari (qiamullail) seperti solat Tahajud, Taubat, Witir dan lain-lain. Solat malam memerlukan keikhlasan, kesabaran juga pengorbanan keselesaan.


7.     Hadis ini mengajarkan kita bahawa amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardu merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Ia menggalakkan kesungguhan ibadah puasa walaupun di luar bulan Ramadan, serta menjadikan waktu malam sebagai peluang besar untuk meningkatkan pahala.

8.     Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.. semoga perkongsian di atas mendapat ganjaran baik di sisi Allah SWT. 
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tags:

Post a Comment

0 Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!