Enter your keyword

Sunday, April 26, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar Rahman

By On April 26, 2026
Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Ar Rahman. Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Ar-Rahman maksudnya Maha Pengasih. Allah Maha Pengasih kepada setiap hambaNya hinggakan setiap dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diterima taubatnya, walau dosa mereka seluas buih di lautan. 

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar Rahman

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Ar Rahmaan


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar Rahman


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ar Rahmaan... dibaca 500 kali


Ertinya: Maha Pengasih

Dialah yang Maha Pengasih kepada Seluruh makhluk dengan memberi rahmat kepada seluruh umat, baik yang beriman mahupun yang masih kafir. Semuanya tak terkecuali diberinya rezeki, kesihatan, kenikmatan-kenikmatan yang semuanya itu bersifat sementara untuk kelangsungan hidup di dunia.

Apabila kita baca Ya Rahman..., sehabis solat lima waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita menjadi terang, tenang dan hilang lah sifat-sifat lupa dan gugup dengan izin Allah.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar Rahman

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Friday, April 24, 2026

Syukur Alhamdulillah, Kita Masih Diberikan Nikmat

By On April 24, 2026
Syukur Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Kita Masih Diberikan Nikmat. Masihkah lagi kita tidak bersyukur dengan dapat bernafas semasa bangun lagi tadi? Kita Masih boleh bercakap dan melihat. Apa lagi yang kurang? Susah ke nak sebut syukur atau alhamdulillah? Kalau sebut, berapa kali dalam sehari kita menyebutnya? Malulah jika kita gagal berkata alhamdulillah, sedangkan nikmat-nikmat Allah kita gunakan tanpa henti.

Syukur Alhamdulillah, Kita Masih Diberikan Nikmat

Syukur Alhamdulillah, Kita Masih Diberikan Nikmat


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW  bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ 

Makaudnya:

"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.” -  (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran Dan Hikmah Daripada Hadis


1.  Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

2.  Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan.

3.  Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak,  hasad, dengki dan panjang angan-angan.

5.  Manusia jika melihat kepada orang yang lebih tinggi levelnya dari sisi dunia, maka jiwanya akan menuntut yang serupa dan mulai mengerdilkan kenikmatan yang Allah berikan kepadanya, kemudian bertekad untuk menambah hartanya agar dia dapat mengejar kekayaan orang tersebut atau minima menyamainya. Namun jika dia melihat kepada orang yang lebih rendah darajatnya dalam hal dunia dan harta, akan terpampang di hadapannya kenikmatan Allah yang besar kepadanya, maka dia akan bersyukur atas kenikmatan itu, bersikap rendah hati melalui sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki), serta akan melakukan amal-amal kebaikan.

6.  Dalam hal kehidupan dunia, berusahalah sebaik mungkin untuknya namun jangan sering  memandang orang yang berada di atas kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki kini. Tidak perlu irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Lihatlah orang yang berada di bawah kita. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Kerana hal ini akan menjauhkan kita dari bersyukur. Allah SWT telah berfirman:

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." -  (Surah Ibrahim ayat : 7)

7.  Dalam hal yang berkaitan dengan akhirat, kita sewajarnya melihat orang yang lebih baik dari sudut amal solehnya agar menjadi motivasi untuk kita mencontohinya. 

8.  Hadis ini mengajar satu prinsip penting dalam kehidupan: kebahagiaan bukan terletak pada banyaknya harta, tetapi pada kemampuan mensyukuri apa yang ada. Dengan melihat kepada yang kurang dalam urusan dunia, seseorang akan lebih menghargai nikmat Allah dan hidup dengan hati yang tenang serta sejahtera.

Bersyukur tidak lah susah cuma mungkin kita terlupa kerana telah terlalu gembira mendapat apa yang kita inginkan. Justeru, tanam dalam hati bahawa semua yang kita dapat hari ini adalah asbab belas ehsan dari Allah SWT. Kita hidup hanya untuk redha Allah dan mengharap belas ehsannya. 

Semoga bermanfaat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Thursday, April 23, 2026

Haji Dan Umrah Menghapuskan Kefakiran Dan Dosa

By On April 23, 2026
Haji Dan Umrah. Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa. Mengerjakan haji adalah rukun islam yang ke lima. Tetapi hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu. Namun kemampuan seseorang itu subjektif, hanya Allah yang Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNya hinggakan DIA menjemput mereka samada kaya atau miskin dengan caraNya. Pada waktu yang tepat. Namun disebalik semua itu, kita diharuskan berdoa dan berusaha untuk menjadi tetamu Allah walau pun sekali, disepanjang hidup kita.

Haji Dan Umrah Menghapuskan Kefakiran Dan Dosa

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa


Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة

Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) menghapuskan segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga.”  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Hikmah Dan Pengajaran Berkenaan Haji & Umrah


1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah. 

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna akan menjadi penghapus dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas serta memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan, walaupun haji memerlukan perbelanjaan, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik jika dilakukan dengan niat yang benar. 

5.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat mengerjakan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

Semoga dengan perkongsian di atas, kita semua dapat mengamhil pengajaran dan hikmah bahawa umrah dan haji yang mabrur dapat menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa.

MasyaAllah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Monday, April 20, 2026

Bulan Zulkaedah - Apa Amalan Yang Boleh Dilakukan?

By On April 20, 2026
Bulan Zulkaedah- Apa Amalan Yang Boleh Dilakukan? Selepas syawal dah habis, masuklah pula bulan Zulkaedah iaitu bulan ke 11 dalam kalendar Islam hijriah. Zulkaedah juga antara bulan haram. Kenapa Zulkaedah dipanggil bulan haram? 

Zulkaedah dipanggil bulan haram kerana ia adalah salah satu daripada empat bulan suci dalam Islam (bersama Muharram, Rejab, dan Zulhijjah) di mana peperangan, pertumpahan darah, dan maksiat diharamkan serta dilarang keras. Ia merupakan waktu yang dimuliakan Allah, di mana dosa dan pahala digandakan, serta menjadi tempoh berehat dan persiapan untuk ibadah haji. 

Bulan Zulkaedah - Apa Amalan Yang Boleh Dilakukan?

Bulan Zulkaedah - Apa Amalan Yang Boleh Dilakukan?


Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏   الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

"Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor yang terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Hikmah Dan Pengajaran Hadis Tentang Bulan Zulkaedah 


1.  Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Umat Islam dituntut untuk memuliakan bulan-bulan ini dengan meningkatkan amal ibadah.

2.  Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

3.  Dalam  empat bulan ini, umat Islam diperintahkan untuk menjauhi peperangan, kezaliman, dan dosa, kerana kemuliaan waktu ini menjadikan dosa lebih besar dan pahala lebih berganda. Empat bulan haram adalah peluang untuk memperbanyak amal soleh dan meninggalkan dosa. Umat Islam digalakkan berpuasa sunat, memperbanyak sedekah dan ibadah lain dalam bulan ini.

4.  Ambillah kesempatan ketika berada di bulan Zulkaedah dan Zulhijjah yang merupakan antara bulan yang mulia untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan:

a)  Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon  keampunan
b)  Puasa sunat seperti isnin, khamis, 13, 14 & 15 haribulan
c)  Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail
d)  Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain
e)  Berusahalah melaksanakan ibadat kurban pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah
f)  Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah

Alhamdulillah, melalui perkongsian di atas kita dapat menelurusi hikmah dan pengajaran daripada hadis yang berkaitan. Bulan Zulkaedah adalah antara satu daripada 4 bulan yang haram. Maka, jauhilah perkara yang di larang oleh Allah ditakuti kerananya dosa kita jadi berganda!! Dekatkanlah diri dengan perkara yang Allah suka agar pahala kita digandakan sebanyak-banyaknya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, April 18, 2026

Apakah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib?

By On April 18, 2026
Apakah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib? Kenapa kita kena jadi seperti itu? Adakah ia satu sifat yang baik? Banyak persoalan di minda yang perlukan jawapan. Nak tahu apakah yang disebut Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib itu? Baca perkongsian menarik di bawah ini.

Apakah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib?

Apakah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib?


Daripada Ibn Masud RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:


عن ابن مسعود، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: حُرِّمَ عَلَى النَّارِ كُلُّ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ قَرِيبٍ مِنَ النَّاسِ

Maksudnya:

Diharamkan ke atas api neraka, setiap orang yang bersikap rendah hati (tenang), lemah lembut, mudah berurusan, serta dekat dengan manusia (mudah didekati) - (HR Tirmizi No 2488).  Status: Hadis Hasan Sahih 

 

Pengajaran dari hadis


1.  Ciri-ciri orang yang dijauhkan daripada neraka:

a)  (hayyin): Orang yang bersikap tenang, tidak cepat marah, tidak kasar, tidak mudah melaknat.
b)  (layyin): Lembut tutur katanya, lembut pergaulannya, mudah ditegur, santun dan tidak kasar.
c)  (sahl): Mudah berurusan, tidak menyusahkan orang lain, tidak cerewet.
d)  (qarīb mina al-nās): Mudah didekati, mesra dengan masyarakat, tidak sombong atau menjauhkan diri.

2.  Ganjaran besar bagi akhlak mulia:

a)  Orang yang memiliki sifat-sifat ini mendapat keistimewaan yang sangat besar – dijauhkan dari azab neraka.
b)  Hal ini menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam Islam. Bukan hanya ibadah, bahkan hubungan sesama manusia juga menentukan tempat seseorang di akhirat.

3.  Kepentingan menjadi insan yang disenangi:

a)  Islam sangat menitikberatkan nilai sosial dan akhlak yang baik dalam pergaulan.
b)  Menjadi orang yang menyenangkan, mudah didekati, dan ringan tulang adalah cerminan keimanan yang benar.

4.  Berusahalah memiliki sifat lemah lembut, tidak kasar, tidak menyusahkan orang lain serta mudah didekati. Sifat-sifat ini bukan sahaja membawa manfaat di dunia (disenangi manusia), tetapi juga di akhirat (dijauhkan dari neraka). Dengan memupuk sifat-sifat ini, seorang Muslim bukan sahaja disenangi manusia, tetapi juga mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

Dalam kehidupan semua orang pada asasnya nak jadi baik, suka buat baik. Cuma kadangkala nafsu bertindak melebihi akal, lalu menjadikan hidup bertukar sebaliknya. Oleh itu, kembalilah kepada asal kita kenapa dilahirkan ke dunia, tidak lain untuk 'bekerja' - beribadah kepada Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Thursday, April 16, 2026

Baca Ya Malikul Quddus Selepas Solat Subuh Bagi Kesihatan Organ Wanita

By On April 16, 2026
Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita. Wanita antara golongan yang paling ramai dihinggapi penyakit betkaitan organ seperti kanser payudara, sakit buah pinggang dan juga rabun mata. Namun begitu, kita janganlah patah semangat menghadapi dugaan sakit yang singgah pada tubuh badan. Ada bermacam cara perubatan moden yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit.

Al malikul Quddus adalah antara 99 nama Allah yang amat indah dan agung. Dalam setiap nama tersebut ada pelbagai khasiat dan fadhilat jika dizikirkan setiap hari.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita

Selain itu, boleh juga menggunakan amalan perubatan islam dan zikir tertentu seperti asmaul husnaa untuk melindungi organ tubuh wanita.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Tubuh Wanita


Asmaul Husna memang banyak fadhilatnya. Amalkan berzikir dengan asmaul husna tertentu dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kita, samada untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Baiklah, saya nak share satu amalan zikir menggunakan asmaul husna yang dapat merawat tubuh, terutamanya kepada kaum wanita.

Mengikut pesanan seorang ustazah (dalam facebook), setiap hari selepas solat subuh bacalah "Ya Malikul Quddus" sebanyak (11kali). Ia akan melindungi wanita daripada penyakit yang berkaitan dengan organ wanita..


Mari kita lihat maksud asmaul husna yang disebutkan, iaitu

Al Malikul ~ Al Malik ini bermakna Maha Merajai. Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa, maka dia akan mendapat penghormatan dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.

Quddus ~ Seterusnya ialah Al Quddus, yang membawa maksud, Maha Suci. Sesunggunhya Allah itu Maha Suci yang tiada cacat cela dan kekurangan.

Jadi, dengan mengetahui maksudnya, anda dapat amalkan zikir tersebut selepas solat Subuh dengan penuh pengharapan agar Allah melindungi kita daripada penyakit merbahaya.

Wallahua'lam.

Monday, April 13, 2026

Sifat-Sifat Mereka Yang Diredhai Allah

By On April 13, 2026
Sifat-Sifat Mereka Yang Diredhai Allah. Kita hidup di ataa muka bumi ini hanya mahukan redha Allah. Tiada lain selain Allah. Bukan redha manusia atau sesiapa saja yang lebih pangkatnya dari kamu. Redha Allah lah yamg paling utama. Kerana kita hidup hanya berharap Allah redha.

Sifat-sifat seperti beradab, berkasih-sayang, bertakwa, dan yang lainnya ini membentuk kepatuhan, ketundukan, dan ketaatan dalam menerima segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.

Sifat-Sifat Mereka Yang Diredhai Allah

Sifat-Sifat Mereka Yang Diredhai Allah


Firman Allah SWT :

وَعِبَادُ الرَّحْمَـٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا - (Al-Furqan - 63)

Terjemahan :

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Apakah Ciri Sifat-Sifat Yang Diredhai


Sifat yang diredhai Allah ada banyak, selain menjaga adab, ia juga merangkumi ketakwaan, ikhlas, rendah diri, sabar, dan qanaah (berpuas hati dengan nikmat Allah). Sifat-sifat ini juga termasuk mengamalkan akhlak mulia, menunaikan amanah, serta melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya dengan penuh kepatuhan.

MasyaAllah. Begitu baik dan terperinci Allah mengajarkan kita tentang sifat-sifat yang DIA redha.

Jika Allah redha, semua apap pum dalam dunia dah tak penting. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, April 11, 2026

Berdoa Dengan Al Asmaul Husna - Ya Allah

By On April 11, 2026
Berdoa Dengan Al Asmaul Husna - Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Ya Allah, adalah asmaul husna yang pertama dari seluruh 99 nama ALLAH yang baik-baik. Mari kita mulakan dengan Ya Allah, iaitu cara berdoa dengan menggunakan zikir Ya Allah.

Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Ya Allah

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husna | Allah


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Ya Allah

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


"Ya Allah..." - dibaca 500 kali setiap malam


Nama ini adalah ismudz zat yang menpunyai erti dari seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh nama-nama Allah. Iaitu Tuhan yang tiada wajib disembah melainkan Dia. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan segala benda yang ada di dalamnya. Dialah yang wajib dipuji yang benar-benar berkuasa di atas segalanya.

Lafaz 'Allah' apabila dibaca dengan mengucapkan Ya Allah sebanyak 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi pada waktu malam telah larut setelah mengerjakan solat sunat dua rakaat (solat hajat atau solat tahajjud), maka akan berpengaruh besar untuk mendorong kejayaan dalam semua yang dihajatkan. Maknanya, beroleh kejayaan dalam segala bidang yang dilakukan.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Ya Allah


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status