Ilman Hati | Ilmu Untuk Jiwa

Haji Dan Umrah Menghapuskan Kefakiran Dan Dosa

Haji Dan Umrah. Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa. Mengerjakan haji adalah rukun islam yang ke lima. Tetapi hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu. Namun kemampuan seseorang itu subjektif, hanya Allah yang Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNya hinggakan DIA menjemput mereka samada kaya atau miskin dengan caraNya. Pada waktu yang tepat. Namun disebalik semua itu, kita diharuskan berdoa dan berusaha untuk menjadi tetamu Allah walau pun sekali, disepanjang hidup kita.

Haji Dan Umrah Menghapuskan Kefakiran Dan Dosa

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa


Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة

Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) menghapuskan segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga.”  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Hikmah Dan Pengajaran Berkenaan Haji & Umrah


1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah. 

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna akan menjadi penghapus dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas serta memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan, walaupun haji memerlukan perbelanjaan, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik jika dilakukan dengan niat yang benar. 

5.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat mengerjakan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

Semoga dengan perkongsian di atas, kita semua dapat mengamhil pengajaran dan hikmah bahawa umrah dan haji yang mabrur dapat menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa.

MasyaAllah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments