Syukur Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Kita Masih Diberikan Nikmat. Masihkah lagi kita tidak bersyukur dengan dapat bernafas semasa bangun lagi tadi? Kita Masih boleh bercakap dan melihat. Apa lagi yang kurang? Susah ke nak sebut syukur atau alhamdulillah? Kalau sebut, berapa kali dalam sehari kita menyebutnya? Malulah jika kita gagal berkata alhamdulillah, sedangkan nikmat-nikmat Allah kita gunakan tanpa henti.


Syukur Alhamdulillah, Kita Masih Diberikan Nikmat
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ
Makaudnya:
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.” - (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran Dan Hikmah Daripada Hadis
1. Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
2. Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan.
3. Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak, hasad, dengki dan panjang angan-angan.
5. Manusia jika melihat kepada orang yang lebih tinggi levelnya dari sisi dunia, maka jiwanya akan menuntut yang serupa dan mulai mengerdilkan kenikmatan yang Allah berikan kepadanya, kemudian bertekad untuk menambah hartanya agar dia dapat mengejar kekayaan orang tersebut atau minima menyamainya. Namun jika dia melihat kepada orang yang lebih rendah darajatnya dalam hal dunia dan harta, akan terpampang di hadapannya kenikmatan Allah yang besar kepadanya, maka dia akan bersyukur atas kenikmatan itu, bersikap rendah hati melalui sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki), serta akan melakukan amal-amal kebaikan.
6. Dalam hal kehidupan dunia, berusahalah sebaik mungkin untuknya namun jangan sering memandang orang yang berada di atas kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki kini. Tidak perlu irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Lihatlah orang yang berada di bawah kita. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Kerana hal ini akan menjauhkan kita dari bersyukur. Allah SWT telah berfirman:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌSesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - (Surah Ibrahim ayat : 7)
7. Dalam hal yang berkaitan dengan akhirat, kita sewajarnya melihat orang yang lebih baik dari sudut amal solehnya agar menjadi motivasi untuk kita mencontohinya.
8. Hadis ini mengajar satu prinsip penting dalam kehidupan: kebahagiaan bukan terletak pada banyaknya harta, tetapi pada kemampuan mensyukuri apa yang ada. Dengan melihat kepada yang kurang dalam urusan dunia, seseorang akan lebih menghargai nikmat Allah dan hidup dengan hati yang tenang serta sejahtera.
Bersyukur tidak lah susah cuma mungkin kita terlupa kerana telah terlalu gembira mendapat apa yang kita inginkan. Justeru, tanam dalam hati bahawa semua yang kita dapat hari ini adalah asbab belas ehsan dari Allah SWT. Kita hidup hanya untuk redha Allah dan mengharap belas ehsannya.
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.


0 Comments