Enter your keyword

Monday, January 2, 2023

Doa Mohon Dikurniakan Hidayah

By On January 02, 2023
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan terpulang kepada siapa hendak di kurniakan hidayah tersebut. Sebab itu kita kena selalu mintak dan berdoa agar Allah mengurniakan hidayah dan taufiknya kepada kita. Letakkan doa kita itu dalam senarai doa-doa yang dipohonkan kepada Allah dalam setiap kesempatan yang ada. Jika tak meminta macam mana Allah nak bagi. Tahukah anda orang yang sombong adalah orang yang tak mahu berdoa kepada Allah.

Doa Mohon Dikurniakan Hidayah


Doa Diberikan Hidayah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim  No: 2721) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).

2.  Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3.  Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4.  Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5.  Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6.  Marilah sempena kehadiran tahun baru 2023 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a.  Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal. 

b.  Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c.  Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d.  Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada. 

Thursday, November 17, 2022

Pemimpin Perlu Pembantu Jujur

By On November 17, 2022
Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang disukai rakyat? Apakah dia perlulah seorang yang kaya raya? Adakah seorang pemimpin mesti pemurah, sentiasa menolong rakyatnya? Atau prmimpin yang disayangi mestilah seorang yang jujur, kuat bekerja dan membawa rakyatnya kepada kebaikan? Itu yang perlu kita sendiri cari sebagai rakyat. Selain ciri-ciri pemimpinnya, kita kena tengok juga siapa orang di sebalik tabir seorang pemimpin. Jadi, pembantu pemimpin perlulah seorang yang jujur, yang akan menyimpan segala aibnya.

Pemimpin Perlu Pembantu Jujur

Pemimpin Perlu Pembantu Yang Jujur


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ

Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatakannya, dan apabila ia ingat maka ia tidak membantunya." -  (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.

2.  Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.

3.  Pembantu dan pekerja yang baik memiliki sifat kuat (berkemampuan) dan amanah seperti firman Allah:

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ

*Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.* [al-Qasas:26]

Sebaik-baik pekerja  ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada skill serta kemampuan melaksanakan tugas dan amanah yang merujuk kepada orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng. 

4.  Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.

5.  Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.

6.  Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar layak, amanah dan bertaqwa untuk membantunya memimpin organisasi atau Negara dengan baik. 

7.  Jika kita sebagai ketua, pastikan pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan. 

8.  Sebagai rakyat yang berhak mengundi dalam PRU 15 ini, menjadi tanggungjawab anda untuk mengundi pemimpin yang berintegriti, memiliki kemampuan dan amanah yang akan memacu kemakmuran dan kestabilan  Negara. 

Jika kita pembantu, jadilah kita orang yang berusaha memastikan ketua kita berada di atas landasan yang betul dan diredhai Allah bukan membiarkan ketua berterusan dalam kemurkaan Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jagalah orang di sekitar kita agar sentiasa dalam persekitaran yang baik dan ada yang sentiasa mengingatkan.

Thursday, September 15, 2022

Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah

By On September 15, 2022
Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah. Selalu berdoa kepada Allah SWT agar kita dikurniakan hati yang kuat dan berprasangka baik pada Allah dalam setiap takdirNya.

Berbaik sangka kepada Allah SWT juga dinilai sebagai ibadah yang akan mendapatkan pahala. Begitu Islam merupakan agama yang mempermudah umatnya untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, bahwa, “Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Kata Allah,

ﷻ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى 

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih). 

Husnuzon Dan Berharaplah Pada Allah

Kalau kita setiap hari ratib susah, sakit, ekonomi jatuh, duit tak ada, hidup susah, jualan sendu, dan sebagainya, maka begitu lah yang kita akan tuai setiap harinya. Akibat terlalu percaya pada hasutan orang sekeliling yang hidupnya asyik bersikap dan bercakap benda yang negatif. Ada kala pemimpin kita pun momokkan kita dengan berita yang negatif, yang lebih mementingkan jawatan daripada menjaga kita rakyat jelata.. akhirnya kita percaya pada momokan yang dicanang. Sebaiknya kita berubahlah, mencipta situasi yang baik, menyiarkan perkara-perkara yang baik. Maka, begitulah sangkaan Allah. Akan ada peristiwa baik-baik yang menjengah kehidupan kita. 

Jika kita husnuzon pada Allah ﷻ dan mempunyai sikap berharap pada-Nya, maka kehidupan kita akan dicukupkan oleh Allah ﷻ 

Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. (Syarh Muslim, 17 : 2)

Semoga bermanfaat.

Friday, September 2, 2022

Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan

By On September 02, 2022
Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan. Kita hidup memerlukan dan mengharapkan keberkatan dari Allah SWT. Apalah gunanya kaya raya tapi hidup tak berkat? Adakah hati akan tenang? Apakah kita berasa gembira? Sebab itu, kita digalakkan untuk berdoa memohon keberkatan dan keselamatan hidup dalam apa jua yang kita usahakan.

Mengapa kita perlukan Allah berkati hidup kita? Mengapa kita kena mencari keberkatan?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl, ayat 97)


Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan


Dalam Rumi:

Allahumma inni asaluka salaamatan fiddin
Wa'afiatan fil jasadi
Waziayadatan fil ilmii
Wabarakatan firrizqii
Wataubatan qablalmaut
Warahmatan 'indal maut
Wamaghfiratan ba'dalmaut

Maksudnya:

Ya Allah, Kami memohon kepadaMu, keselamatan dalam agama dan kesejahteraan, kesegaran pada tubuh, penambahan ilmu dan keberkatan rezeki, serta bertaubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.

Aamiin yarobbal a'lamiin


Keberkatan bukan bermakna mempunyai nilai wang ringgit yang banyak, kenderaan mewah atau rumah besar. Keberkatan merujuk kepada sesuatu yang sedikit tetapi mencukupi malah kebaikannya berterusan umpama mata air jernih yang sentiasa mengalir memberi manfaat kepada seluruh manusia. Itulah sebabnya kita mesti mencari keberkatan dalam hidup sebelum semuanya sudah tidak bermakna lagi.


  #Penafian:❤:

Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, August 30, 2022

Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah

By On August 30, 2022
Jauhi marah, dengki hingga memutuskan ukhwah. Orang muslim yang memutuskan silaturrahim dimurkai Allah. Jadilah golongan muslim yang bersaudara, saling berpaut ketika susah dan senang. Bukannya saling menjatuhkan antara satu sama lain. Contohnya jika saudara kamu melakukan perniagaan yang serupa, janganlah pula kamu khianat dan menabur fitnah mengatakan jualan si polan buruk dan tidak berkualiti. Sebaliknya tampung lah kekurangan masing-masing dengan bantu membantu perbetulkannya. Itu lah jalan indah yang Allah suka.

Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah


Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah


عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

"Daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara."- (HR Muslim No: 4642) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1. Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim

2. Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.

3. Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.

4. Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim  kerana orang Mukmin itu bersaudara.

5. Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.

Bersama kita membina Negara Malaysia yang teguh dan harmoni. Elakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Semoga bermanfaat. Bersama-samalah kita saling menyokong segala kebaikan yang dilakukan oleh saudara kita yang lain, walau kita tidak dapat membantu. Jangan lah pula di dengki atau khianat usaha kebaikan itu. Doakan mereka, itupun satu perjuangan membuat baik. 

Insya Allah.

Thursday, August 25, 2022

4 Ucapan Yang Paling Disukai Allah

By On August 25, 2022
Ucapan Yang Paling Disukai Allah. Terutamanya pada hari jumaat yang mulia ini. Usah bertangguh walau sekadar mampu menyebutnya hanya sekali. Ucapkanlah!!

 Salam Jumaat 🥰 Semoga urusan kita dipermudahkan. Diberikan kesihatan yang baik. Diberi rezeki yang Halal, rezeki yang mengalir seperti Air Zam-zam dan di permudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin,amin ya rabbalamin 

Di pagi hari Jumaat yang mulia ini kami nak share.. semoga bermanfaat. Mari amalkan. 

Ucapan Yang Paling Disukai Allah

Empat (4) Ucapan Yang Paling Disukai Allah SWT


 سُبْحَانَ اللَّهِ 
Maha Suci Allah

 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ 
Segala Puji Bagi Allah 

 وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ 
Tiada Tuhan Selain Allah 

 وَاللَّهُ أَكْبَرُ 
Allah Maha Besar 

Semoga lidah kita sentiasa basah dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir setiap masa. Jangan tunggu hati bersih untuk berzikir, Berzikirlah untuk membersihkan hati 💕 Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua 🥰
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Kisah Imam Syafi'i Dengan Muridnya, Ar Rabi' bin Sulaiman

By On August 25, 2022
Kisah Imam Syafi'i Dengan Muridnya, Ar Rabi' bin Sulaiman. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. Kisah tentang sabarnya dan yakin seorang guru dan anak murid terhadap takdir Allah. Namun, ternyata semua pun boleh terjadi jika Allah izin dan kita sendiri ada kemahuan untuk berubah. Usaha, berdoa lalu tawakkallah! Ikuti kisah di bawah, kisah yang penuh pengajaran.

Sangat mengesankan pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii. Bagaimana cara Imam Syafii rahimahumullah sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lembab (slow learner) dalam memahami pelajaran.

Kisah Imam Syafi'i Dengan Muridnya, Ar Rabi' bin Sulaiman

Sang Murid itu adalah Ar Rabi' bin Sulaiman, murid paling "slow learner". 

Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii rahimahumullah tapi Rabi' tak juga faham. 

Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii rahimahumullah bertanya,

"Rabi'.. sudah faham belum?"
"Belum faham" jawab Rabi'.

Imam Syafi'i Yang Penyabar Dan Tawakkal


Dengan kesabarannya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali.. 

"Sudah faham belum? Belum.."

Berulang kali diterangkan hingga 39 kali namun Rabi' tak juga faham.

Merasa mengecewakan gurunya dan juga malu, lalu Rabi' beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. 

Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Rabi', melihat muridnya. Imam Syafi'i berkata, 

"Rabi' kemarilah, datanglah ke rumah saya".

Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau mengundangnya untuk belajar secara "personal".

Sang Imam mengajarkan Rabi' secara "one to one" dan ditanya kembali, "Sudah faham belum?
Hasilnya? Rabi' bin Sulaiman masih tidak juga faham.

Apakah Imam Asy-Syafi'i berputus asa? Menghakimi Rabi' bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak..!! 

Beliau berkata.. 

"Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka BERDOALAH kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah jualah yang memberikan ilmu. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu."

Mengikuti nasihat gurunya, Rabi' bin Sulaiman rajin sekali bermunajat berdoa kepada Allah SWT dalam kekhusyukan. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi' bin Sulaiman.

Tahukah kita..? 

Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafi'i dan juga termasuk perawi hadith yang sangat kredibel dan dipercayai dalam periwayatannya.

Sang "slow learner" ini melalui proses metamorfosis menjadi seorang ulama besar..!!

Inilah buah dari kesabaran Imam Asy-Syafi'i dalam mengajar dan mendidik.

Adakah kita, sebagai para guru dan ibu ayah dapat meneladani kesabaran Imam Syafi'i dalam mengajar?

Berapa kuatkah kita meyakini bahawa tidak ada satu pun anak dan murid yang bodoh?

Sudahkan kita, sebagai para guru dan ibu ayah mendoakan anak-anak dan murid didik kita agar difahamkan pelajaran?

Sudahkan kita, para guru dan ibu ayah memotivasi anak murid kita agar gigih BERDOA kepada Allah SWT..?

Allah SWT berfirman:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
- (Surah Ghafir: 60)

Hasbunallahu wani'mal wakil, ni'malmaula wani'man nasir..

Semoga segala kisah pengajaran yang dikongsikan akan memberikan kita manfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, August 24, 2022

Cara Memberi Ucapan Apabila Mendengar Berita Kematian

By On August 24, 2022
Ucapan Terbaik Apabila Mendengar Berita Kematian. Hidup lawannya mati. Sihat lawannya sakit. Begitulah kehidupan ini. Tiada yang kekal. Segalanya pinjaman sementara. Kelak kepada Allah kita dikembalikan. Apabila menerima berita sedih atau musibah, kita digalakkan untuk mengucapkan kata-kata yang elok dan baik-baik yang tidak mengguris hati orang lain terutamanya si polan yang sedang menghadapinya.

Cara Memberi Ucapan Apabila Mendengar Berita Kematian

Sebaik-baik ucapan apabila menerima berita musibah atau kematian adalah seperti berikut:

1. Innalillahi wa'inna ilaihiroji'un

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

(Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya hanya kepada-Nya lah kita dikembalikan).


2. Allahummaghfirlahaa warhamhaa wa'afaha Wa'fu 'anhaa


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا


"Ya Allah, ampunilah dosanya, berikan lah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.".

Salam takziah buat mereka yang sedang diuji. Sesungguhnya Allah bersama anda sekeluarga.

Aamiin aamiin aamiin yaa robbal 'alamiin
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status