Jauhi Dengki, Marah dan Memutuskan Ukhuwah

عَÙ†ْ Ø£َÙ†َسٍ Ø£َÙ†َّ النَّبِÙŠَّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù‚َالَ Ù„َا تَØَاسَدُوا ÙˆَÙ„َا تَبَاغَضُوا ÙˆَÙ„َا تَÙ‚َاطَعُوا ÙˆَÙƒُونُوا عِبَادَ اللَّÙ‡ِ Ø¥ِØ®ْÙˆَانًا
"Daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara."- (HR Muslim No: 4642) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim
2. Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.
3. Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.
4. Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim kerana orang Mukmin itu bersaudara.
5. Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.
Bersama kita membina Negara Malaysia yang teguh dan harmoni. Elakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Semoga bermanfaat. Bersama-samalah kita saling menyokong segala kebaikan yang dilakukan oleh saudara kita yang lain, walau kita tidak dapat membantu. Jangan lah pula di dengki atau khianat usaha kebaikan itu. Doakan mereka, itupun satu perjuangan membuat baik.
Insya Allah.
0 Comments