Enter your keyword

Tuesday, June 23, 2026

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

By On June 23, 2026
Berdoa dengan asmaul husna- Ar-Rahim | Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Ar Rahiim


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Rahiim - dibaca 100 kali setiap hari


Ertinya: Maha Penyayang


Dialah yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dialah yang memberi rahmat yang besar yang tak dapat dinilai dengan harta benda dan kenikmatan apapun di dunia. Rahmat inilah yang khusus diberikan Allah kepada hambanya yang beriman kelak diakhirat.

Seandainya kita dapat terus menerus membaca Ya Rahiim sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah kita dapat mempunyai daya tarik yang besar sekali sehingga orang sekeliling kita merasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna - Ar-Rahim

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 18, 2026

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

By On June 18, 2026
Hijrah itu tak mudah. Tetapi niat dan hijrah mestilah kerana Allah. Jika nak berhijrah, janganlah sorang-sorang. Bawalah bersama keluarga tersayang, rakan dan sahabat serta saudara seislam. Jalan hijrah tidak mudah, ada ranjau berduri kena lalui. Impian berhijrah mestilah dengan cara yang betul dan niat kerana Allah. Bukannya berhijrah kerana melarikan diri daripada masalah dan sebagainya.

Niat Dan Hijrah Kerana Allah

Mengapa Kita Mesti Betulkan Niat Untuk Berhijrah?


1.     Setiap amal atau perbuatan seseorang itu tidak hanya bergantung kepada bentuk zahirnya, tetapi juga kepada tujuan dan niat yang ikhlas kerana Allah.

2.     Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan Ikhlas (kerana Allah).

3.     Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4      Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

5.     Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

6.     Semua aktiviti yang baik boleh menjadi ibadah dan berpahala jika diniatkan kerana Allah seperti mengajar, menulis, berniaga, bekerja selagi tidak bercanggah dengan syarak.  

7.     Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Marilah bersama-sama kita berhijrah.

9.     Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.

Niat dan Hijrah Mestilah Kerana Allah


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Maksudnya:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu  bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana tujuan dunia yang ia menginginkannya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Semoga bermanfaat!!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tuesday, June 16, 2026

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

By On June 16, 2026
Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan. Aku berlindung daripada Syaitan yang direjam. Itu pun doa yang bagus untuk di baca. Amat mudah dan bila masa-masa kecemasan, terus baca doa itu kerana itulah yang lazim kita amalkan. 

Namun ada lagi doa khusus untuk memohon dihindari dari Syaitan yang direjam. Doa penuh ada di bawah ini.

Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan


Doa Memohon Dihindari Daripada Godaan Syaitan

Doa Dalam Rumi

Rabbi 'auzubika min hamazaa tissyaatiin.
Wa'uzubika rabbi ayyahthurun.

Maksudnya :

Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Engkau dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada Engkau, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiri aku.

Semoga bermanfaat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

By On June 16, 2026
Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam. Sekarang tibalah sudah tahun baru hijrah, tahun 1448. Bersamaan tahun baru Islam ni juga disebut Awal Muharam. Awal Muharam (atau Maal Hijrah) ialah hari pertama dalam kalendar Islam (bulan Muharan) yang menandakan permulaan tahun baharu. Ia memperingati peristiwa penting penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah bermaksud bergerak ke arah perubahan yang lebih baik. 

Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam

Sebaik-baik Puasa Sunat adalah dalam bulan Muharam. Maka kita digalakkan untuk berpuasa isnin dan khamis, juga berpuasa pada 13, 14 & 15 iaitu pertengahan bulan Muharam dan juga berpuasa sunat pada 9 & 10 Muharam iaitu puasa Asyura.
 

Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan


Sebaik-baik Puasa Sunat Adalah Berpuasa Di Bulan Muharam. Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa yang paling utama selepas puasa bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Allah  iaitu bulan Muharam dan sesungguhnya solat yang paling utama setelah solat fardu ialah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih

Mengapa berpuasa sunat di bulan Muharam itu lebih utama? 


1.    Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2.    Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3.    Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: 

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan Muharam kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4.     Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5.     Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 Muharam (Tasuua’a) dan ke-10 Muharam (Asyura’).

6.     Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat sunat di malam hari (qiamullail) seperti solat Tahajud, Taubat, Witir dan lain-lain. Solat malam memerlukan keikhlasan, kesabaran juga pengorbanan keselesaan.


7.     Hadis ini mengajarkan kita bahawa amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardu merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Ia menggalakkan kesungguhan ibadah puasa walaupun di luar bulan Ramadan, serta menjadikan waktu malam sebagai peluang besar untuk meningkatkan pahala.

8.     Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.. semoga perkongsian di atas mendapat ganjaran baik di sisi Allah SWT. 
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 11, 2026

Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah

By On June 11, 2026
Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah. Kehidupan yang dilalui oleh setiap dari kita tidak sama takdirnya, ada yang hidup nya senang dan bahagia, dan ada pula dari kita yang berada dalam keadaan susah dan melata. Dalam keadaan tertentu, kita seperti tiada arah nak di tuju. Ketika kalian sedang diuji ketika ini, perbanyakkan bersabar dan tetaplah bersyukur kerana masih diberi nyawa. Selain dari berusaha, kita pun ada doa sebagai senjata. Bila berada dalam kesusahan, bacalah doa di bawah ini.

Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah


Doa Supaya Yang Susah Menjadi Mudah

Maksudnya :

Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada satu pun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada satu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Semoga setiap amalan kita mendapat balasan dan ganjaran terbaik di sisiNya dari dunia hingga akhirat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Thursday, June 4, 2026

Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat

By On June 04, 2026
Majlis yang tidak diberkati. Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat? Mengapa jadi begitu? Sebenarnya majlis yang disukai dan dirahmati Allah adalah majlis ilmu, yang mana di dalamnya ada peringatan, zikir, mengajarkan kepada kebaikan dan sebagainya. Berada di dalam majlis ilmu ni macam kita berada di taman-taman Syurga. Maka, majlis yang TIDAK berkat adalah majlis-majlis keraian yang lagha (melalaikan). Sesuatu majlis yang dimulakan dengan doa dan mengingati Allah dan diakhiri dengan kesyukuran kepada Allah, itu pun dianggap majlis yang baik. Wallahu'alam.

Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat
 

Majlis Yang Tidak Berkat


Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat? Apakah kesan jika menganjurkan majlis yang tidak berkat? Mari kita lihat keadaan atau situasi yang menjelaskan perkara tersebut. 

1.    Zikir mengingati Allah adalah jalan kepada kebahagiaan di akhirat dan keberkatan di dunia. Jika sesuatu majlis tiada keadaan dalam mengingati Allah, maka ia disebut sebagai majlis yang tidak berkat.

2.    Majlis atau aktiviti yang tidak ada zikir didalamnya, tidak disebut nama Allah, tidak ada doa, tidak ada tazkirah atau peringatan dan tiada unsur mengingati akhirat akan menjadi majlis yang tidak bermakna, kosong dan sia-sia.

3.    Majlis yang didalamnya terdapat zikir kepada Allah akan diberkati, membawa ketenangan dan pahala. Sebaliknya, majlis yang tidak mengingat Allah akan berakhir dengan kerugian.

4.    Zikir bukan hanya sekadar menyebut nama Allah, tetapi ia juga sebagai pengingat agar kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Dengan zikrullah, kita menjaga diri daripada membiarkan waktu berlalu sia-sia.

5.    Majlis yang didalamnya terdapat zikir mengingati Allah akan memberi pengaruh yang positif terhadap akhlak. Zikir menghidup dan menenagkan hati, meningkatkan kerendahan hati dan ketakwaan, menjadikan pertemuan lebih bermakna.

6.    Majlis yang tidak menyertakan kebaikan ri dalamnya, perumpamaan seperti bangkai keldai. Bermaksud ia adalah sesuatu yang busuk dan hina. 

Rasulullah SAW menggambarkan majlis yang tiada zikir itu sebagai tidak bernilai di sisi Allah, malah menjijikkan dan boleh mengundang dosa.
 
7.    Majlis yang baik adalah majlis yang disertai di dalamnya dengan zikir, doa, selawat atau peringatan agama walau sedikit. Tidak semestinya ia majlis ilmu formal, cukup ada tazkirah ringkas, doa pembuka atau penutup.
 
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

مِنْ قَوْمٍ يَقُومُونَ مِنْ مَجْلِسٍ لَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَعَالَى فِيهِ إِلَّا قَامُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً

Maksudnya : 

Tidak ada suatu kaum yang bangkit dari suatu majlis yang mereka tidak mengingati Allah di dalamnya, melainkan mereka bangkit dari majlis seperti bangkit dari bangkai keldai, dan majlis tersebut menjadi penyesalan bagi mereka.*_ (HR Abu Daud No 11/835) Status Hasan Sahih

8.    Hadis di atas merupakan peringatan supaya umat Islam tidak menjadikan pertemuan dan majlis mereka kosong daripada mengingati Allah SWT. Majlis yang lalai daripada zikir dan perkara bermanfaat akan menjadi sumber kerugian dan penyesalan pada Hari Kiamat.

Jadi secara kesimpulannya, mengingati Allah seperti berzikir, berdoa dan tazkirah di dalam sesuatu majlis samada formal atau sebaliknya amatlah digalakkan bagi mengelak daripada mendapat kerugian dan sia-sia apabila meninggalkan sesuatu majlis.
 
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tuesday, June 2, 2026

Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Allah?

By On June 02, 2026
Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Allah.? Tentu ada amalan harian kita sebagai muslim yang paling dicintai Allah, adakah ianya seperti memberi orang makan, adakah sedekah jariah dan lain-lain lagi. Yang mana satu agaknya amalan yang paling dicintai Allah. Ada banyak amalan baik yang boleh kita amalkan, walau kita nampak ianya kecil dan ringan sahaja, ia tetap mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Allah?

Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Allah?


Rasulullah SAW ditanya tentang amalan yang paling dicintai Allah SWT. Baginda menjawab:

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah ketika engkau memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang mukmin, engkau meringankan salah satu kesusahannya, engkau membayarkan hutangnya atau engkau menghilangkan rasa laparnya."

Oleh yang demikian, dengan penjelasan di atas kita sudah mengerti apakah amalan yang dicintai Allah. 
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI

Monday, June 1, 2026

Jangan Jadi Orang Sombong Kerana Itu Sifat Iblis

By On June 01, 2026
Jangan Jadi Orang Sombong Kerana Itu Sifat Iblis. Orang yang sombong wajahnya masam, kusam, tiada aura dan selalu berasa tak tenang. Kenapa begitu? Kerana dia tidak berasa puas atas kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan sentiasa mahu menang dalam segala hal. Mengapa perlu sombong? Harta dunia pun bukan kita yang punya. Tak ada satu pun milik kita. Berbangga ada isteri cantik? Cananglah satu dunia kata engkau kaya millionaire, tetapi saat engkau mati.. ke mana kah hartamu itu? Adakah kamu masih jutawan di dalam kubur? Renungkanlah!!

Jangan Jadi Orang Sombong Kerana Itu Sifat Iblis

Jangan Jadi Orang Sombong Kerana Itu Sifat Iblis


1.  Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain. Sifat sombong sangat dibenci Allah dan antara dosa hati yang paling merbahaya.

2.  Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad SAW:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. -  (HR Muslim No:51)

3.  Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4.  Orang sombong akan  diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas.

5.  Orang yang sombong akan  diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

6.  Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” - (Surah al-Israa’ ayat: 37)

7.  Hadis ini merupakan amaran keras terhadap sifat sombong dan takabbur. Orang yang membesarkan diri di dunia akan menerima kehinaan besar pada Hari Kiamat. Islam mendidik umatnya supaya memiliki sifat tawaduk, menghormati manusia dan sentiasa sedar bahawa semua nikmat datang daripada Allah SWT.

8.  Kesombongan bukan sekadar pada pakaian atau harta, tetapi lebih berbahaya apabila ia berada dalam hati sehingga menyebabkan seseorang menolak kebenaran dan memandang hina orang lain.

Sebagai kesimpulannya, usahlah jadi orang sombong, kerana sombong itu adalah sifat Iblis. Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya, bahawa Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Maksudnya :

"Orang-orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia. Mereka diliputi kehinaan dari setiap penjuru. Mereka akan diiring menuju penjara di neraka jahanam yang dinamakan Bulas. Di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum daripada muntahan darah dan nanah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." - (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status