Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat

Aynora
By -
0
Majlis yang tidak diberkati. Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat? Mengapa jadi begitu? Sebenarnya majlis yang disukai dan dirahmati Allah adalah majlis ilmu, yang mana di dalamnya ada peringatan, zikir, mengajarkan kepada kebaikan dan sebagainya. Berada di dalam majlis ilmu ni macam kita berada di taman-taman Syurga. Maka, majlis yang TIDAK berkat adalah majlis-majlis keraian yang lagha (melalaikan). Sesuatu majlis yang dimulakan dengan doa dan mengingati Allah dan diakhiri dengan kesyukuran kepada Allah, itu pun dianggap majlis yang baik. Wallahu'alam.

Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat
 

Majlis Yang Tidak Berkat


Apakah Maksud Majlis Yang Tidak Berkat? Apakah kesan jika menganjurkan majlis yang tidak berkat? Mari kita lihat keadaan atau situasi yang menjelaskan perkara tersebut. 

1.    Zikir mengingati Allah adalah jalan kepada kebahagiaan di akhirat dan keberkatan di dunia. Jika sesuatu majlis tiada keadaan dalam mengingati Allah, maka ia disebut sebagai majlis yang tidak berkat.

2.    Majlis atau aktiviti yang tidak ada zikir didalamnya, tidak disebut nama Allah, tidak ada doa, tidak ada tazkirah atau peringatan dan tiada unsur mengingati akhirat akan menjadi majlis yang tidak bermakna, kosong dan sia-sia.

3.    Majlis yang didalamnya terdapat zikir kepada Allah akan diberkati, membawa ketenangan dan pahala. Sebaliknya, majlis yang tidak mengingat Allah akan berakhir dengan kerugian.

4.    Zikir bukan hanya sekadar menyebut nama Allah, tetapi ia juga sebagai pengingat agar kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Dengan zikrullah, kita menjaga diri daripada membiarkan waktu berlalu sia-sia.

5.    Majlis yang didalamnya terdapat zikir mengingati Allah akan memberi pengaruh yang positif terhadap akhlak. Zikir menghidup dan menenagkan hati, meningkatkan kerendahan hati dan ketakwaan, menjadikan pertemuan lebih bermakna.

6.    Majlis yang tidak menyertakan kebaikan ri dalamnya, perumpamaan seperti bangkai keldai. Bermaksud ia adalah sesuatu yang busuk dan hina. 

Rasulullah SAW menggambarkan majlis yang tiada zikir itu sebagai tidak bernilai di sisi Allah, malah menjijikkan dan boleh mengundang dosa.
 
7.    Majlis yang baik adalah majlis yang disertai di dalamnya dengan zikir, doa, selawat atau peringatan agama walau sedikit. Tidak semestinya ia majlis ilmu formal, cukup ada tazkirah ringkas, doa pembuka atau penutup.
 
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

مِنْ قَوْمٍ يَقُومُونَ مِنْ مَجْلِسٍ لَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَعَالَى فِيهِ إِلَّا قَامُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً

Maksudnya : 

Tidak ada suatu kaum yang bangkit dari suatu majlis yang mereka tidak mengingati Allah di dalamnya, melainkan mereka bangkit dari majlis seperti bangkit dari bangkai keldai, dan majlis tersebut menjadi penyesalan bagi mereka.*_ (HR Abu Daud No 11/835) Status Hasan Sahih

8.    Hadis di atas merupakan peringatan supaya umat Islam tidak menjadikan pertemuan dan majlis mereka kosong daripada mengingati Allah SWT. Majlis yang lalai daripada zikir dan perkara bermanfaat akan menjadi sumber kerugian dan penyesalan pada Hari Kiamat.

Jadi secara kesimpulannya, mengingati Allah seperti berzikir, berdoa dan tazkirah di dalam sesuatu majlis samada formal atau sebaliknya amatlah digalakkan bagi mengelak daripada mendapat kerugian dan sia-sia apabila meninggalkan sesuatu majlis.
 
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Tags:

Post a Comment

0 Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!