Enter your keyword

Friday, September 29, 2023

Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal?

By On September 29, 2023
Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal? Agaknya kita selamat tak dengan fitnah Dajjal? Jika ikutkan markah amalan kita hari ini, 90% tu macam ikut juga dajjal. Sebahagian k3giatan kita setiap hari lebih keduniaan, leka, alpa, lagha dan macam-macam lagi lah. Lagipula, siapa yang ada di persekitaran kita itulah yang kita banyak ikuti. Betul kan? 

Bagi saya mudah je nak tengok diri kita ini ke arah mana.. baca kupasan di bawah sampai habis.

Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal?

Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal? 


1. Masa bersama al Quran


Semak waktu kita luang bersama Al Quran. Dalam sehari tu berapa jam. Terutama surah² penting. Jika Al Quran pun tak baca, agak² selamat ke kita dengan fitnah dajjal? 

2. Solat Fardu 


solat awal waktu, berjemaah atau jenis solat tergesa² atau hujung² waktu.

Ulama kata solat ini seperti kepala kepada badan. 

3. Zikir harian


Contoh paling mudah, sebelum makan dan minum, baca Bismillah atau tidak. Sebelum masuk tandas, baca doa ke tidak. Sebelum tidur ikut tak sunnah Nabi ajar. Zikir harian ini sangatlah penting. Berapa jam kita luangkan khas duduk atas sejadah, mengadap kiblat dan habiskan zikir dan selawat yang kita belajar. 

4. Solat tahajjud


Dalam seminggu ini, bangun tak solat Tahajjud. Jika bangun setiap hari solat tahajjud, tu memang power lah. Tapi kita orang biasa² ni agak² dalam seminggu tu bangun tak Tahajjud? 

5. Lagha/ Mengumpat


Dalam sehari tu ada tak kita tak mengumpat orang, tak baca pasal aib orang, tak dengar orang mengumpat. Jika ada semua ini kena hentikan, kena taubat. 

6. Kawal mata


Bagaimana kita guna mata kita. Dalam sehari tu berjaya tak tunduk pandangan dari melihat aurat orang lain. Atau dalam sehari tu berjaya tak untuk tidak melihat perkara yang haram. 

7. Cara berpakaian


Tengok cara kita berpakaian. Sebelum keluar rumah atau post kat FB cek sekejap, sesuai atau tidak untuk tatapan umum terutama orang perempuan. 

8. Semak semula perkara di atas


Semak amalan di atas tu dah cukup untuk tengok kita ke arah mana. Dan korang komenlah apa yang patut kita perbaiki.
Sama² kita muhasabah diri saling mengingati antara kita. 

Ruang untuk berdakwah sangat luas. Memang sifat manusia ini kena saling memperingati. Jika tidak kita akan terus lalai. Sebab itulah kita kena syukur ada kawan² yang selalu dakwahkan kita kepada kebaikan. 

Fitnah dajjal dah ada pun, tinggal kita perasan atau tidak. Jika bukan kita yang bertemu dajjal, pasti anak cucu kita. Sebab itulah kena mula dari sekarang untuk selamatkan mereka. Nak selamat memang iman dan amal sahaja, bukan teknologi yang kita ada sekarang. 

Semoga bermanfaat.

Thursday, September 14, 2023

Doa-Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan

By On September 14, 2023
Doa-Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan. Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah.. doa ini walau panjang atau pendek ia tetap suatu senjata ampuh kita-kita semua iaitu orang mukmin. Lawanlah dengan musuh atau orang-orang zalim dengan doa. Kemudian serahkan semuanya kepada Allah. DIA Maha Mengetahui.

Doa-Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan

8 DOA - DOA PENDEK TAPI PAHALANYA BUKAN MAIN


1. Allahumma inni as'aluka al Jannah
      Dengan membaca Do'a ini surga seolah²
    Mendo'akan kamu agar bisa memasuki nya
      ( Tirmidzi  2572 )

2. Allahumma 'ajirni min an - nar
     Baca Do'a ini selepas Subuh dan Maghrib
     Sebanyak 7× , Maka kita akan terhindar dari
     Api Neraka.
       ( HR. Ahmad dan Abu Daud )

3. Subhanallahi wabihamdihi
     Baca Do'a ini sebanyak 100×  Setiap harinya
    Maka semua dosa mu akan di hapus walau
    Sebanyak buih lautan.
      ( HR. Bukhari )

4. Subhanallah
       Jika membaca Do'a ini sebanyak 100× 
    Maka 1000 perbuatan baik akan di catat
    Dalam 1000 dosa mu akan di hapus.
      ( Dari Saad Abi waqqas )

5. Membaca Al-Ikhlas 10× sehari
     Siapa yang membaca surah Al-Ikhlas 10×
     Dalam sehari maka Allah bangunkan dia
     Rumah di surga.
       ( HR. Ahmad )

6. Setiap Selepas Sholat
     - Subhanallah   33×
     - Alhamdulillah 33×
    - Allahu Akbar   33×
       Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika
      Lahu, mulku wa lahul-hamdu wa huwa 'ala
      Kulli syai'in qodir 
         Semua dosa mu akan di hapus bahkan
     Jika sebanyak buih lautan.
      ( HR. Muslim )

7. Radhiitu billahi rabba wa bil islaami diina
     Wabimuhammadin rasuulaa.
        Barang siapa mengucapkan ini maka
     Surga baginya.
       ( Dari abu Sa'id Al Khudri )

8. La Ilaha Illa anta subhanaka inni Kuntu
     Minadzo limin
       Ayat ini di percaya mampu menghilangkan
     Kesulitan, kesedihan, dan hati jadi tenang.
     Baca Selama 40 hari Maka Do'a mu akan
     Di ijabah Insya Allah...

   Aamiin - Aamiin ya rabbal aalamiin..🤲🤲
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, August 15, 2023

Fadhilat Surah al Waqiah Dalam Kehidupan Seharian

By On August 15, 2023
Al Waqiah surah kekayaan | Fadhilat Surah al Waqiah Dalam Kehidupan Seharian. Bacalah al Quran setiap hari walau sebaris ayat. Membaca al Quran boleh menenangkan dan menerangkan hati, menyinarkan kegelapan hidup membawa cahaya di wajah pengamalnya. Al Quran adalah peneman kita di alam barzakh, yang akan melindungi kita dari fitnah kubur. Wallahu'alam.

Dalam coretan kali ini, saya nak share sikit pasal fadhilat ayat al Quran dari surah al Waqiah.

Fadhilat Surah al Waqiah Surah Kekayaan Dalam Kehidupan Seharian
Sumber - aynorablogs.com

Kita biasa dengar orang amalkan bacaan surah al Waqiah untuk murah rezeki dari pelbagai sudut. Jadi, apa lagi fadhilat surah al Waqiah yang kita belum kenal dan tahu yang mungkin dengan mengamalkannya kita peroleh manfaat yang berganda.

Fadhilat Surah al Waqiah Dalam Kehidupan Seharian


Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat, antara lain:


1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

  1. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  2. Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  3. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  4. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  5. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  6. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Itulah antara fadhilat surah al Waqiah yang saya kongsikan dari blog Shafiqolbu. Untuk bacaan selanjutnya, bolehlah layari blog tersebut.

Al Waqiah Surah Kekayaan


1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

2. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

4. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Semoga bermanfaat.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Thursday, August 10, 2023

Dahsyatnya Dosa Lisan Yang Menghantar Kita Ke Neraka

By On August 10, 2023
Dahsyatnya Dosa Lisan Yang Menghantar Kita Ke Neraka. Dosa yang di kira kerana perbuatan lisan kita, dosa memfitnah, mencaci, menghina dan lainnya yang dilakukan oleh mulut kita. Dosa-dosa ini semua juga akan mengheret kita ke neraka! 

Dahsyatnya Dosa Lisan Yang Menghantar Kita Ke Neraka

Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan


Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seseorang akan ditempatkan ke dalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.  

2.  Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)

3.  Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain. 

4.  Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan, gambar juga video yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram, Tik Tok dan sebagainya.

5.  Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela"

-  Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan termasuk body shaming (ejekan menghina fizikal). 

-  Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya 

Inilah gambaran manusia jahiliah yang memiliki jiwa lemah dan hina akibat tidak memiliki iman yang benar serta kehormatan diri. Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah.

كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)

Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Surah Al-Humazah: 1-9)

Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan, sama ada yang kita tulis atau yang kita forward. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan, gambar, video berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam maya tanpa sempadan ini. Ingatan untuk Cybertrooper khususnya.

Semoga bermanfaat.

Saturday, August 5, 2023

Doa Kami Pagi Ini

By On August 05, 2023
Doa Kami Pagi Ini. Mari kita sama-sama berdoa dan berpagi-pagian agar rezeki kita melimpah ruah dan ada bahagian kita untuk hari ini. Ingatlah bahawa Allah bagi-bagikan rezekiNya di pagi hari iaitu selepas subuh kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka siapakah mereka yang bertuah itu? Iaitu orang yang tidak tidur semula selepas subuh, sebaliknya keluar mencari rezeki, bertebaran di atas muka bumi seperti burung.
Doa Kami Pagi Ini

Doa Kami Pagi Ini

Ya Allah Ya Tuhan Kami, aku memohon kebaikan di hari ini, sepanjang hari ini dan setelahnya. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan hari ini dan setelahnya. Jadikanlah permulaannya kebaikan, pertengahannya kejayaan dan penghujungnya adalah kebahagiaan. 

Aamiin ya robbal 'alamiin
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, April 25, 2023

Dahsyatnya Doa Ini Bila Dibaca 10 Minit Sebelum Berbuka

By On April 25, 2023
Dahsyatnya Doa Ini Bila Dibaca 10 Minit Sebelum Berbuka. Orang yang sedang berpuasa doanya tiada hijab, terus dimakbulkan Allah terutamanya adalah doa memohon keampunan. Dosa kita yang banyak sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini, selalulah beristighfar dan memohon ampunan.

Apakah doa yang dahsyat dan digalakkan dibaca 10 minit sebelum berbuka? Doanya seperti di bawah.


Bismillahirrohmanirrahiim
Ashadualla ilahaillallah
Astaghfirullah
As alukal jannata wa'uzubika minannaar
Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa fu'anni

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
Ampunilah dosa ku
Aku memohon kepadaMu syurga
Dan aku berlindungi dari nerakaMu
Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

Semoga bermanfaat.
 

Saturday, April 1, 2023

Doa Memohon Agar Tidak Sesat Dan Disesatkan

By On April 01, 2023
Doa Memohon Agar Tidak Sesat Dan Disesatkan. Doa ini saya ambil dan kongsikan dari IG Ustazah Asma Harun. Ustazah dah izin share. Kita memanjangkan perkara baik maka pahalanya akan berbalik kepada tuannya. Allah Maha Baik. Cakap dan buat benda baik pun Allah dah suka. Ada je ganjarannya. Maka, kongsikan doa ini kepada yang lain pula.

Doa Memohon Agar Tidak Sesat Dan Disesatkan

 Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, dari tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, berbuat aniaya atau dianiaya, bertindak bodoh atau dianggap bodoh oleh orang lain atas diriku.

Doa ini boleh diamalkan oleh semua termasuk diajarkan kepada seluruh ahli keluarga agar dipelihara daripada segala mara bahaya, tidak tergelincir melakukan tindakan yang salah atau terhindar daripada segala bentuk maksiat di luar sana. Kerana Allah Ya Wali yang Maha Melindungi akan memelihara kita semua.

Insya Allah. Aamiin..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Sunday, March 26, 2023

Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia

By On March 26, 2023
Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia. Bila menerima khabar hamba Allah meninggal dunia, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan, antaranya adalah dengan mendoakan simati. 

Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia

Antara doa-doa yang boleh dibacakan / dipohonkan untuk simati adalah:-

1. Doa yang disebut ustaz yang Nabi lakukan:

1️⃣ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ..... (nama) 
2️⃣ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ،
3️⃣ وَوَسعْ قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ،
4️⃣ وَاخْـلُفْـهُ خيرًا منهُ

2. Doa yang hampir sama dalam Hisnul Muslim :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِفُلاَنٍ (بِاسْمِهِ) 
وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ،
وَاخْلُفْهُ فِيْ عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ،
وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ،
وَافْسَحْ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Allahummaghfir li fulan (sebutkan namanya...) warfa’ derajatahu fil mahdiyyin,
wakhlufhu fii ‘aqibihi fiil ghaabiriin,
waghfir lanaa wa lahu ya Rabbal ‘alamin,
wafsah lahu fii qobrihi wa nawwir lahu fiih

“Ya Allah, ampunilah si fulan (sebutkan nama al-marhum), angkatlah derajatnya (martabatnya) dalam kalangan orang-orang yang diberikan hidayah (petunjuk), jagalah peninggalannya (keluarga) selepas pemergiannya, dan ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan semesta alam, lapangkanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya.” (HR Muslim)

3. Doa yang biasa dibaca utk jenazah (dari doa dlm solat jenazah) :

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hi wa’fu anhu

"Ya Allah! Ampunilah al-marhum (jenazah), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

4. Boleh juga baca :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hi  wa’fu anhu, wa adkhilhul-jannah, wa a'idz hu min 'azaabil qabri wa azaabin-naar

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya, dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari seksa kubur dan Neraka.”

Semoga petkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status