Enter your keyword

Sunday, March 26, 2023

Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia

By On March 26, 2023
Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia. Bila menerima khabar hamba Allah meninggal dunia, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan, antaranya adalah dengan mendoakan simati. 

Doa Dibaca Ketika Mangsa Sedang Nazak Atau Telah Meninggal Dunia

Antara doa-doa yang boleh dibacakan / dipohonkan untuk simati adalah:-

1. Doa yang disebut ustaz yang Nabi lakukan:

1️⃣ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ..... (nama) 
2️⃣ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ،
3️⃣ وَوَسعْ قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ،
4️⃣ وَاخْـلُفْـهُ خيرًا منهُ

2. Doa yang hampir sama dalam Hisnul Muslim :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِفُلاَنٍ (بِاسْمِهِ) 
وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ،
وَاخْلُفْهُ فِيْ عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ،
وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ،
وَافْسَحْ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Allahummaghfir li fulan (sebutkan namanya...) warfa’ derajatahu fil mahdiyyin,
wakhlufhu fii ‘aqibihi fiil ghaabiriin,
waghfir lanaa wa lahu ya Rabbal ‘alamin,
wafsah lahu fii qobrihi wa nawwir lahu fiih

“Ya Allah, ampunilah si fulan (sebutkan nama al-marhum), angkatlah derajatnya (martabatnya) dalam kalangan orang-orang yang diberikan hidayah (petunjuk), jagalah peninggalannya (keluarga) selepas pemergiannya, dan ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan semesta alam, lapangkanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya.” (HR Muslim)

3. Doa yang biasa dibaca utk jenazah (dari doa dlm solat jenazah) :

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hi wa’fu anhu

"Ya Allah! Ampunilah al-marhum (jenazah), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

4. Boleh juga baca :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hi  wa’fu anhu, wa adkhilhul-jannah, wa a'idz hu min 'azaabil qabri wa azaabin-naar

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya, dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari seksa kubur dan Neraka.”

Semoga petkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, March 25, 2023

Ramadan - Mendamba Redha Illahi & Menghapus Dosa

By On March 25, 2023
Ramadan Kareem, Ramadan - Mendamba Redha Illahi & Menghapus Dosa. Datangnya hanya setahun sekali tetapi ia bulan istimewa buat umat islam di seluruh dunia. Setiap saat apa sahaja kebaikan yang dilakukan, doa yang dipohonkan, akan di aminkan oleh para Malaikat. 

Lagi istimewa, jika kita menghabiskan sebahagian malam kita dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al Quran, solat-solat sunat dan lainnya dengan harapan Allah menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu. Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa, insya Allah.

Ramadan - Mendamba Redha Illahi & Menghapus Dosa

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya:
"Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain)  kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

2.  Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3.  Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu

4.  Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.'  (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Friday, March 24, 2023

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, Lebih Baik Dari 1,000 Bulan

By On March 24, 2023
Dalam postingan kali ini kami akan kongsikan pula kelebihan malam lailatul qadar. Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah: Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. * sumber

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Kelebihan Malam Qadar (Lailatul Qadar)


1. Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. 

2. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. 

3. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

4. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

5. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. 

6. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Thursday, March 23, 2023

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

By On March 23, 2023
Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan. Dan apakah tanda-tanda bahawa malam tersebut adalah malam lailatul qadar? 

Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar? Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. (Sumber wikipedia)

Malam lailatul qadar. Malam istimewa untuk orang yang istimewa juga, di sisi Allah SWT. Sesiapa yang menerima dan merasai serta melalui malam lailatul qadar, pasti hidupnya akan berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Rezeki setiap orang berbeza, maka selayaknya kita berdoa agar dipertemukan dengan malam lailatul qadar iaitu malam terbaik dari 1000 bulan!

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr; Ayat 1-5)

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Ada terdapat beberapa pendapat mengenai bilakah malam lailatul qadar berlaku? Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari-berikut:-
  1. Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan 
  2. Isnin - 21 Ramadhan 
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan 
  4. Khamis - 25 Ramadhan 
  5. Sabtu - 23 Ramadhan 
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda-tanda Lailatul Qadar


  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas 
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat 
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Pendapat para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Semoga kita semua dapat bertemu dengan lailatul Qadar - malam terbaik dari 1000 bulan.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, March 15, 2023

Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan

By On March 15, 2023
Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan. Doa yang sesuai diamalkan oleh kita semua dalam mengharapkan keselamatan dan keberkatan dari Allah SWT dalam semua perkara. 

Doa Mohon Keselamatan Dan Keberkatan


Doa dalam rumi;

Allahumma inna nasaluka salamatan fiddin
Wa'afiatan fii jasadi waziyadatan fil ilmi
Wabarakatan fiir rizqi wataubatan qablal maut
Warahmatan indal maut, wamaghfiratan ba'dal maut

Maksudnya:

Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan / kesegaran pada tubuh, penambahan ilmu, dan keberkatan rezeki serta bertaubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.

Aamin aamiin aamiin yarabbal alamiin
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, March 11, 2023

Mahram Seorang Perempuan Siapa Yang Dibolehkan Bersalam

By On March 11, 2023
Mahram Seorang Perempuan Ketika Bersalam. Ada yang dibolehkan bersalam dan ada yang tak boleh. Sebab apa? Sebab bukan mahram.

Apa itu mahram? Perkataan mahram merujuk orang lelaki atau perempuan yang mempunyai pertalian darah dan kekerabatan serta haram dinikahi. Orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yang rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).

Mahram ini sebenarnya berkaitan dengan pernikahan dan hubungan lain yang diantaranya menentukan boleh tidaknya aurat wanita terlihat dan sebagainya. Lalu apakah yang sebenarnya disebut dengan mahram dan siapa saja yang digolongkan ke dalam istilah mahram ini. Mahram juga berasal dari makna haram, yaitu wanita yang haram dinikahi dan yang dimaksud dengan keharaman menikahi wanita adalah menyangkut boleh atau tidaknya melihat aurat, dan hubungan baik langsung maupun tidak langsung.

Mahram Seorang Perempuan Siapa Yang Dibolehkan Bersalam

Pengertian mahram dan wanita yang haram dinikahi juga disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW berikut ini:

1. Mahram kerana nasab
2. Mahram kerana sepersusuan
3. Mahram kerana sedang dalam ihram haji atau umrah

Imam Al-Mawardi Rahimahullah menukilkan kata-kata Imam Al-Syafi’e yang menyebut :

أَصْلُ مَا يَحْرُمُ بِهِ النِّسَاءُ ضَرْبَانِ أَحَدُهُمَا بأنسابٍ، وَالْآخَرُ بأسبابٍ مِنْ حَادِثِ نكاحٍ أَوْ رضاعٍ

Maksudnya : Asal perkara yang menjadikan seorang wanita itu mahram adalah dua bahagian. Pertamanya adalah ansab (nasab keturunan) dan berikutnya adalah asbab (sebab-sebab), iaitu daripada pernikahan atau susuan. Rujuk Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196).

Klasifikasi Mahram


Para ulama membahagi mahram ke dalam dua golongan besar iaitu mahram yang bersifat abadi dan mahram yang bersifat sementara. Adapun tentang kedua golongan tersebut dapat disemak dalam penjelasan berikut ini:

1. Mahram Yang Bersifat Abadi


Para ulama kemudian membagi lagi mahram yang bersifat abadi ini menjadi tiga kelompok berdasarkan penyebabnya. Yaitu karena sebab hubungan nasab, karena hubungan pernikahan (perbesanan dan karena hubungan akibat persusuan.

a. Mahram Kerana Nasab, terdiri dari

  • Ibu kandung dan seterusnya keatas seperti nenek, ibunya nenek.
  • Anak wanita dan seterusnya ke bawah seperti anak perempuannya anak perempuan.
  • Saudara kandung wanita.
  • Ammat / Bibi (saudara wanita ayah).
  • Khaalaat / Bibi (saudara wanita ibu).
  • Banatul Akh / Anak wanita dari saudara laki-laki.
  • Banatul Ukht / anak wanita dari saudara wanita

b. Mahram Kerana Mushaharah (berbesan/ ipar) atau Sebab Pernikahan yang termasuk didalamnya adalah:

  • Ibu dari istri (mertua wanita).
  • Anak wanita dari istri (anak tiri).
  • Istri dari anak laki-laki (menantu peremuan).
  • Istri dari ayah (ibu tiri).

c. Mahram Kerana Penyusuan, yang terdiri dari

  • Ibu yang menyusui.Ibu dari wanita yang menyusui (nenek).
  • Ibu dari suami yang istrinya menyusuinya (nenek juga).
  • Anak wanita dari ibu yang menyusui (saudara wanita sesusuan).
  • Saudara wanita dari suami wanita yang menyusui.
  • Saudara wanita dari ibu yang menyusui

Manakala, Mahram yang bersifat sementara, boleh dibaca penjelasannya daripada *sumber yang dinyatakan di bawah posting ini.

Mahram Seorang Perempuan


Perempuan:


- Suami
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah suami
- Bapa Saudara sebelah suami
- Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
- Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
- Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
- Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
- Isteri kepada Anak Saudara Ipar (lelaki) *keluarga sendiri/suami*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu perempuan
- Datuk/Nenek saudara
- Isteri kepada Datuk Saudara
- Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Isteri kepada Anak Saudara lelaki
- Cucu saudara
- Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
- Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan

Semoga bermanfaat ya. Panduan ini bolehlah kita guna pakai sewaktu kunjung mengunjungi sanak saudara dalam bulan Syawal nanti iaitu pada hari hari raya.

#Penafian:❤:

Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
** Sumber:

Wednesday, March 8, 2023

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M

By On March 08, 2023
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M. Mulai 23 Mac 2023 kita semua akan mula berpuasa bersamaan 1 Ramadan 1444 H. Dijangka umat islam di seluruh dunia akan bermula melaksanakan ibadah puasa. Dalam bulan puasa, kita digalakkan berjimat cermat dan jangan membazir. Selalu sangat kita dengar makanan yang dijual di bazaar ramadan tidak menjaga kebersihan, sudah basi, menipu harga dan banyak lagi. Harap kita semua bermuhasabah semula akan niat kita berniaga. Semoga para peniaga bazaar dan pembeli saling memperoleh keberkatan dalam bulan yang mulia ini.

Jadual berbuka puasa dan waktu imsak ini adalah dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4.



Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M


Di bawah ini saya kongsikan jadual berbuka puasa dan waktu imsak di negeri Johor. Semoga bermanfaat.


ZON 1 - DAERAH PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL


Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M


ZON 2 – DAERAH JOHOR BAHRU, KULAI, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU-PULAU YANG BERKAITAN DENGANNYA


Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M


ZON 3 - BAGI DAERAH PONTIAN DAN KLUANG



Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M

ZON 4 - BAGI DAERAH MUAR, BATU PAHAT, TANGKAK, SEGAMAT, GEMAS JOHOR


Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Johor 1444H/ 2023M

##Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Doa berbuka puasa



Doa buka puasa dalam rumi:

“Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, March 7, 2023

Baca Zikir Ini 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan

By On March 07, 2023
Baca Zikir Ini 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan. Zikir yang mengandungi pujian dan menambahkan keyakinan kepada Allah yang satu.

Bila berzikir, kita membaca sesuatu ayat suci berulaangkali dalam jumlah tertentu, agar dengannya kita seolah-olah merayu dan memohon agar Allah mendengar rayuan kita itu.

Insya Allah, Dia Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. Seluruh alam ini adalah milikNya dan dalam gengamannya.

Baca Zikir Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah



Zikir 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan
Sumber : IG Ustazah Asma Harun

Zikir Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah 100 Kali dalam rumi


Laa ilahaa illallahu wahdahu laa syarikalah
Lahulmulku walahulhamdu 
Wahuwa 'ala kullisayy in qadir

Maksudnya:

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu baginya. Miliknya kerajaan dan baginya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Cara amalan;

Baca 100 kali selepas setiap kali solat

Semoga bermanfaat. Kita baca, amalkan dan yakin apa yang kita zikirkan. Allah Maha Melihat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari segala bencana dan kejahatan.   
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status