Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan. Dan apakah tanda-tanda bahawa malam tersebut adalah malam lailatul qadar? 

Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar? Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. (Sumber wikipedia)

Malam lailatul qadar. Malam istimewa untuk orang yang istimewa juga, di sisi Allah SWT. Sesiapa yang menerima dan merasai serta melalui malam lailatul qadar, pasti hidupnya akan berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Rezeki setiap orang berbeza, maka selayaknya kita berdoa agar dipertemukan dengan malam lailatul qadar iaitu malam terbaik dari 1000 bulan!

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr; Ayat 1-5)

Lailatul Qadar - Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda-Tandanya

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Ada terdapat beberapa pendapat mengenai bilakah malam lailatul qadar berlaku? Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari-berikut:-
  1. Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan 
  2. Isnin - 21 Ramadhan 
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan 
  4. Khamis - 25 Ramadhan 
  5. Sabtu - 23 Ramadhan 
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda-tanda Lailatul Qadar


  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas 
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat 
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Pendapat para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Semoga kita semua dapat bertemu dengan lailatul Qadar - malam terbaik dari 1000 bulan.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close