Enter your keyword

Saturday, November 27, 2021

Mengapa Amalan Kita Tidak Diterima Di Setiap Lapisan Langit?

By On November 27, 2021
Mengapa Amalan Kita Tidak Diterima Di Setiap Lapisan Langit? Setiap amalan hendaklah dilakukan dengan seikhlas hati. Jika amalan dilakukan untuk sesuatu tujuan seperti menunjuk-nunjuk, berlawan dengan si polan sambil menyindir yang lain, maka bagaimana kita nak mengharapkan balasan baik juga dari Allah SWT.

Allah Maha Melihat dan Mengetahui yang berada di dalam hatimu. Cepat dan segera bertaubat jika ada sekelumit riak dalam amalan perbuatanmu walau ia sekadar terbisik di hati.

Mengapa Amalan Kita Tidak Diterima Di Setiap Lapisan Langit?

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Mengapa Amalan Kita Tidak Diterima Di Setiap Lapisan Langit?


Ada banyak sebab mengapa amalan kita tidak diterima pada lapisan langit. Ada sebab juga mengapa doa kita juga tidak di angkat ke langit.

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak

Menurut Imam Al-Ghazali, Riak sahaja boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat
2. Riak dalam ilmu
3. Riak dalam amalan
4. Riak dalam kata-kata
5. Riak bila berzuhud
6. Riak dengan harta
7. Riak kerana pangkat
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada ALLAH melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh ALLAH SWT. 

Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai KEIKHLASAN.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal

Waallahualam

Thursday, November 25, 2021

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

By On November 25, 2021
Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah. Setiap hari mendapat khabar berita kematian, bertenanglah sekejap. Renungilah sebentar akan keadaan diri kita sendiri. Di manakah letaknya kita ketika ini dan saat ini di hadapan Allah SWT. Adakah terlalu jauh? Hingga tak tergapai oleh amalan yang dilakukan? Renungkanlah!!

Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah


Bila kita tidur, sebenarnya kita telah "mati". Mati sementara yang langsung tak ingat apa-apa. Ketika tidur, jika ada orang ambil gambar kita pun, kita akan kelihatan seperti orang mati. Cuma, dengan ehsan Allah SWT, keesokan harinya jika kita terjaga, itulah nafas yang Allah pinjamkan untuk kita sehari lagi. 

Bila bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari mulut mestilah ucapan ALHAMDULILLAH.

Apa jaminan kita akan bangun semula bila kita tidur?

Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kematian semasa tidur.

Apa jaminan kita akan pulang semula ke rumah selepas berangkat ke pejabat?

Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa.

Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.

Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan lupa membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.

Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.

Imam al-Ghazali berpesan: "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."

Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?

Setiap kali kamu terbaca atau mendapat berita kematian, angkatlah lagi tinggi akan derajatmu di sisi TuhamMu dengan melipatgandakan segala amalan baik dan ketaqwaan kepadaNya.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 16, 2021

Doa Mohon Allah Uruskan Masalah Kita

By On November 16, 2021

Doa Mohon Allah Uruskan Masalah Kita 


Setiap orang ada masalahnya sendiri. Setiap orang pernah berada dalam kesedihan, kesempitan hidup, diserang penyakit dan sebagainya.

Sebagai manusia biasa, siapalah kita untuk menyelesaikan semuanya tanpa bantuan DIA, iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, mari amalkan ayat 44 dari surah Ghafir, sebagai satu doa moga Allah uruskan segala masalah kita, yang kecil atau pun besar.

Doa Mohon Allah Uruskan Masalah Kita

Doa Mohon Allah Uruskan Masalah Kita

Wa ufawwidu amrii ilallah
Innallahabasiirum bil 'ibad

Maksudnya:

Daku menyerahkan urusanku, kesakitanku, masalahku, ujianku, kesempitanku, kebimbanganku, kerisauanku, kesedihanku, kepada Allah. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat keadaan hambaNya. Aamiin ya robbal'alamiin

Amalkan doa ini di setiap kali lepas solat, semoga Allah angkat segala masalah kita dan dikurniakan segala rezeki dan kebaikan dari sudut yang tidak dijangka.

Sunday, October 17, 2021

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

By On October 17, 2021
Selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh pembaca. Jom renungi Sejarah Kelahiran Dan Biodata Rasulullah S.A.W | Rabi'ulawal menjelang lagi. Datangnya dengan membawa kenangan. Saban tahun, setiap tahun kita menyambutnya dengan rasa rindu di hati. Rabiulawal adalah bulan Hijriah dimana Rasulullah dilahirkan dan jatuhnya pada setiap 12 Rabiulawal. Di negara kita ia lebih mudah dipanggil Maulidur Rasul (kelahiran Rasulullah). 

Jadi, apakah persediaan dan persiapan mental & fizikal kita untuk menyambutnya. Kenapa sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w begitu istimewa bagi kita?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

Sejarah kelahiran Rasullullah


1. Baginda dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

2. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
 
3. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. 

4. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa. 

5. Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.


Biodata Nabi Muhammad s.a.w


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat : 63 tahun.


Nama isteri-isteri Nabi Muhammad SAW:

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak Nabi Muhammad SAW:

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)


Bentuk fizikal :

1. Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
2. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
3. Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
4. Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.


Peperangan yang disertai :

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk


Inilah serba sedikit daripada banyak kisah Rasulullah yang sering disebut-sebut manusia di seluruh dunia, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam. – 
My News Hub


p/s: Re-publish article. Artikel ini ditulis sempena sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 19 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiulawal 1443H. Semoga kita lebih mengenali baginda iaitu kekasih teragung Allah yang kita rindukan dan kasihi selama ini...

Saturday, October 2, 2021

Doa Agar Diperbaiki Diri

By On October 02, 2021

Doa Mohon Diperbaiki Diri. Kita semua tak sempurna. Sentiasa berbuat salah. Sentiasa ada silap. Kita bukan Rasul atau Nabi, jadi kita tidak maksum, tidak lari dari melakukan dosa dan khilaf. Jangan tutup pintu hati untuk berdoa kerana Allah tidak pernah menutup peluang untuk setiap dari kita memohon dan dan terus berdoa waima kita ni pendosa yang tegar!

Mohon lah doa kepada Allah, jangan berhenti atau putus asa. Kita tidak tahu dari banyaknya doa yang kita mohonkan, yang mana satu akan Allah makbulkan. 

Doa Agar Diperbaiki Diri


Di bawah ini, adalah doa yang saya kongsikan dari bekas menteri agama iaitu Dato Dr Zulkifli al Bakri, iaitu doa mohon diperbaiki diri.

Doa Agar Diperbaiki Diri

Maksudnya:

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. "

Semoga dengan amalan doa ini menjadi asbab untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan menempatkan diri yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Semoga bermanfaat.

Sunday, September 19, 2021

Doa Agar Tidak Terpedaya Oleh Kenikmatan Dan Kemewahan Duniawi

By On September 19, 2021
Doa Mohon Dilindungi Dari Harta Duniawi. Dalam hidup ni perasaan tak puas akan sentiasa cuba menguasai kita. Samada dalam hal harta, benda, sosio ekonomi dan sebagainya. Kalau tak puas dalam kebaikan tak mengapa, kita akan menggali ilmu lagi dalam. Samada ilmu dunia atau akhirat.

Doa Mohon Dilindungi Dari Kenikmatan Duniawi


Agar kita sentiasa dilindungi dari terpedaya akan nikma dan kemewahan dunia, marilah kita amalkan doa di bawah ini.

Doa Agar Tidak Terpedaya Oleh Kenikmatan Dan Kemewahan Duniawi


Doa dalam rumi:

Allahumma laa aissya illaa aissyul a'akhirahh

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kehidupan yang hakiki kecuali kehidupan akhirat. - HR Bukhari & Muslim

Jika kita ternampak jiran atau kawan-kawan pakai kereta menjalar, biarkanlah. Usahlah cemburu. Jika mereka mampu, itu bahagian mereka. Apa yang kita makan, pakai atau tempat tinggal yang kita ada sekarang, itulah yang terbaik buat kita. Itu lah yang sesuai dengan kita.

Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah sentiasa.

Saturday, September 11, 2021

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah

By On September 11, 2021
Doa Mohon Keampunan Kepada Allah. Mohonlah keampunan di atas segala dosa-dosa kita. Walau macam mana banyak dan luasnya dosa kita, jangan malu mengakuinya di hadapan Allah. Bercerita kepadaNya berkenaan segala aib, Allah akan menutupinya. Sebaliknya jika dosa-dosa dan aib kita dok cerita pada orang atau manusia, belum tentu ia tersimpan rapi.

Maka, mohonlah ampun kepada Allah.

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah


Bersama-sama ini, saya kongsikan satu doa daripada Datuk Dr Zulkiflii Mohamad al Bakri yang bagus untuk diamalkan.

Doa Mohon Keampunan Kepada Allah


Maksudnya:

"Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Terjaga iman dalam islam.

Sunday, August 22, 2021

Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal

By On August 22, 2021
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal. Gantilah solat-solat fardhu yang pernah tertinggal dulu-dulu, zaman kita jahil kurang ilmu. Kini, ada banyak panduan untuk qada' solat-solat kita yang tertinggal dulu. Hendak seribu daya, tanyalah iman di dada! Tiada yang terlewat untuk berubah dan bertaubat.

Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal. Siapalah yang tak ada zaman jahil dulu-dulu kan? Semua orang ada masa silam yanf penuh hiitam dan kelam. Antara silap masa lalu yang paling sering kita buat adalah tetinggal solat fardhu atau pun sengaja tak solat. Alasan mudahnya sebab malas! Alangkah jahilnya kita di satu masa dulu, kan? Sedangkan solat lah perkara pertama yang akan disoal di alam kubur nanti dan seterusnya di padang mahsyar. Ya Allah, bila diingat semula.. takutnya.. Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita.

Tak sempat QADA' solat fardhu yang tertinggal zaman jahil kita dulu. Nak qada' senang je, tak perlu tunggu tua baru nak qada' atau ganti solat yang tertinggal.

Masih tidak terlewat untuk menebusnya selagi rezeki nyawa kita belum habis sampai ke tengkorok kita.


Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal 


Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqada'kan solat-solat tersebut seusai solat fardhu setiap hari sehingga diyakini semuanya telah diganti. Boleh qada' sekali atau sedaya mampu. Semoga ALLAH mengampuni dan menerima solat kita.


JOM QADA' SOLAT FARDHU


Cara niat qada' solat fardhu adalah seperti berikut:


1. Cara niat qada' solat subuh


2. Cara niat qada' solat Zuhur



3. Cara niat qada' solat Asar



4. Cara niat qada' solat Maghrib & Isyak

Alhamdulillah. Selesai sudah perkongsian cara niat qada' atau ganti solat fardu yang tertinggal dulu, zaman kita jahil dan alpa. Semoga Allah memandang usaha kita dan mengampuni dosa-dosa masa lalu kita. 

Moga Allah izin dan bantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Insya Allah..

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status