
Contohi Akhlak Rasulullah, Tutur Katanya Penuh Hikmah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا
Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “Uff!” (perasaan tak puas hati) dan Baginda tidak pernah berkata kepadaku mengenai sesuatu yang aku lakukan: Mengapa awak buat begini ? dan tidak juga terhadap sesuatu yang aku tidak lakukan: Mengapa kamu tidak melakukannya?' - (HR Muslim No: 2309) Status: Hadis Sahih.
Hikmah & Pengajaran Tentang Akhlak Rasulullah
2. Kalimah “Uff!” adalah ucapan atau suara yang menunjukkan perasaan tak puas hati, rasa tidak hormat dan menyakitkan hati atau mengherdik. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! Bengong!! dan sebagainya.
3. Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.
4. Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar, mencela atau mengherdik kepada sahabat juga pekerja. Baginda juga tidak memarahi, menghina orang yang berkhidmat dengannya.
5. Perkataan “uff” atau “ah!” adalah kalimah ringan yang menunjukkan rasa tidak puas hati, namun Nabi SAW tidak pernah mengucapkannya kepada Anas. Ia mengajar kita agar mengelakkan perlian atau cercaan walaupun ringan kerana ia boleh menyakitkan hati dan mematahkan semangat orang lain.
6. Mengikut Ibn Hajar, lafaz "uff" merupakan bentuk ucapan atau reaksi buruk yang paling ringan. Jika yang ringan pun tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW, maka apatah lagi kata-kata yang lebih kasar.
7. Kelembutan Nabi SAW adalah bentuk tarbiyah terbaik. Dengan kelembutan, Baginda menanam rasa cinta dan hormat dalam hati para sahabat sehingga mereka lebih terdorong untuk taat.
8. Hadis ini membuktikan bahawa kelembutan, kesabaran dan penghormatan terhadap maruah manusia merupakan asas Pendidikan. Kasih sayang bukan tanda kelemahan, bahkan ia adalah kekuatan yang mampu membentuk insan, mengubah hati dan melahirkan generasi yang mencintai kebaikan.
Ilmu Yang Anda Cari:
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.


0 Comments