
Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga
Membaca surah al Ikhlas ataupun mana-mana ayat dari al Quran, hendaklah disertai dengan memahami, menghayati dan diamalkan, ataupun dipanggil tadabbur isi al Quran tersebut.
Hikmah & Pengajaran Daripada Hadis:
1. Surah al-Ikhlas mempunyai kedudukan yang tinggi kerana kandungannya menghimpunkan asas tauhid yang menegaskan bahawa: Allah Maha Esa, Allah tempat bergantung segala makhluk, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang setanding dengan-Nya.
2. Membaca Surah al-Ikhlas dengan penuh keimanan dan keikhlasan menjadi sebab seseorang memperoleh keredaan Allah dan berhak mendapat syurga dengan rahmat-Nya.
3. Tauhid ialah asas kepada seluruh amal ibadah dan syarat utama keselamatan di akhirat. Asas utama seseorang memasuki syurga ialah tauhid. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin ikhlas ibadahnya, semakin baik amalannya, dan semakin kuat pergantungannya kepada Allah. Surah al-Ikhlas menjadi antara surah yang paling besar kelebihannya kerana seluruh kandungannya berkisar tentang tauhid.
4. Bacaan al-Quran hendaklah disertai dengan kefahaman, penghayatan dan pengamalan.
7. Seorang Muslim bukan sahaja digalakkan memperbanyakkan bacaan Surah al-Ikhlas, malah hendaklah memahami maknanya, memurnikan akidahnya dan menghayati nilai keikhlasan dalam setiap aspek kehidupan agar benar-benar layak memperoleh rahmat dan syurga Allah SWT.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ "Aku berjalan bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah wajib wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Syurga (baginya).” - (HR Tirmidzi No: 2897). Status Hadis Hasan
Masya Allah, semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkan ayat-ayat al Quran di dalam kehidupan sehari-hari.
2. Membaca Surah al-Ikhlas dengan penuh keimanan dan keikhlasan menjadi sebab seseorang memperoleh keredaan Allah dan berhak mendapat syurga dengan rahmat-Nya.
3. Tauhid ialah asas kepada seluruh amal ibadah dan syarat utama keselamatan di akhirat. Asas utama seseorang memasuki syurga ialah tauhid. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin ikhlas ibadahnya, semakin baik amalannya, dan semakin kuat pergantungannya kepada Allah. Surah al-Ikhlas menjadi antara surah yang paling besar kelebihannya kerana seluruh kandungannya berkisar tentang tauhid.
4. Bacaan al-Quran hendaklah disertai dengan kefahaman, penghayatan dan pengamalan.
6. Hadis ini menggalakkan umat Islam memperbanyakkan bacaan Surah al-Ikhlas sebagai amalan harian tanpa mengabaikan kewajipan-kewajipan agama yang lain.5. Keikhlasan dalam ibadah merupakan antara nilai utama yang diajarkan oleh Surah al-Ikhlas. Seseorang yang memahami Surah al-Ikhlas akan terdidik supaya hanya bergantung kepada Allah; tidak mengharapkan pujian manusia; menjauhi riak; dan memurnikan niat dalam setiap ibadah. Keikhlasan inilah yang menjadi sebab utama seseorang memperoleh keredaan Allah.
7. Seorang Muslim bukan sahaja digalakkan memperbanyakkan bacaan Surah al-Ikhlas, malah hendaklah memahami maknanya, memurnikan akidahnya dan menghayati nilai keikhlasan dalam setiap aspek kehidupan agar benar-benar layak memperoleh rahmat dan syurga Allah SWT.
Info Yang Anda Cari:
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata:
Masya Allah, semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkan ayat-ayat al Quran di dalam kehidupan sehari-hari.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.


0 Comments