Enter your keyword

Friday, March 26, 2021

Kisah kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati Kerana Abaikan Nafkah Kepada Isteri Dan Anak-Anak

By On March 26, 2021
Kisah kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati. Kerana Abaikan Nafkah Kepada Isteri Dan Anak-Anak. Ya Allah.. takutnya bila kita menghadapi kisah macam ini. Sesungguhnya kisah yang saya nak kongsikan nanti amat memberi keinsafan kepada kita semua. Kepada kaum lelaki, bacalah kisahnya di bawah, kisah yang amat menakutkan juga. Semoga Allah SWT menghindari kita dari termasuk dalam golongan hambaNya yang lalai dalam menunaikan janji dan amanah yang telah ditetapkan. Ingat semula janji sewaktu di akad, ingat semula tazkirah oleh tuan kadi sebelum anda dinikahkan. Kisah di bawah ini khas untuk kaum lelaki dan juga bacaan umum kepada kita semua sebagai pengajaran. 

Kisah kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati


Kisah kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati 



NAFKAH  

Jangan abaikan kewajipan NAFKAH . Pentingnya NAFKAH , sehingga Allah letakkan ibu pun selepas dia. Penting NAFKAH pada ibadah kamu..... 

Kisah benar Seorang dermawan meninggal dunia dalam keadaan ngeri dan memalukan. . . . 

Tok siak buat pengumuman kematian seorang penduduk kampung pasir kasar. Innalillahiwainnailaihirojiun. Muda lagi Harun dah dipanggil Allah. Tinggal anak2 yang masih kecil dan isteri yang masih muda. . . Segala persiapan berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Harun masa hayatnya tak kedekut. Suka tolong orang. Semua menunggu di tanah perkuburan untuk urusan pengebumian Harun. Rata rata yang datang menangisi pemergian Harun kecuali isteri dan anak-anak tenang sungguh mereka. . . 

Perkara aneh berlaku dimana jenazah Harun sukar untuk dikebumikan. Dalam liang nya penuh dengan ular-ular berbisa yang entah dari mana datangnya. Penghulu putuskan untuk panggil bomba menangkap semua ular-ular tu. Allah maha kuasa, makin di angkut ular tu keluar dari liang makin banyak ada seolah tak habis. Semakin banyak ada dalam liang tempat untuk kebumikan Harun. Semua kehairanan.. Kenapa jadi macam ni sedangkan Harun seorang yang tidak tinggalkan solat. Tidak kedekut dan rajin menderma. Harun ringan tulang dengan keluarga dan orang kampung. Dia anak muda yang di sukai. . . 

Hari dah lewat. Dari pagi sampai ke subuh esoknya belum selesai. Penduduk berbincang bagaimana nak selesaikan jenazah Harun yang dah lama ni. Penghulu arahkan gali kubur lain. Perkara sama juga berlaku malah lebih aneh. Ada ular berkepala babi. Allahuakbar.  

Imam dan penghulu heret isteri arwah Harun untuk bertanya apakah perbuatan Harun yang tidak di ketahui umum sepanjang hayatnya. . . Isteri arwah Harun buka cerita dalam tenang. Sejak dari mula-mula Harun meninggal tak kelihatan lagi air mata Zawiyah mengalir. 

Kata Zawiyah, Harun seorang yg baik dan suka berderma. Baik kepada ibu dan adik beradiknya. Baik kepada orang ramai tapi dia tidak berlaku baik kepada saya dan anak-anak. Sekali lagi saya tekan..dia tidak baik kepada saya dan anak-anak. Harun tak bertanggungjawab. Dia abaikan nafkahnya kepada saya dan anak anak. 

Katanya sebab saya dah banyak duit berbanding dia. . . Padahal saya juga cukup-cukup makan. Duit yang saya dapat cukup untuk bayar bil elektrik , sekolah anak, makan pakai anak termasuk dia. Saya tak pernah minta walau sekering apa pun poket saya, seperlu apa pun saya , saya tak pernah minta. Cukuplah dulu dia ucapkan pada saya "tak ada guna aku habiskan duit aku pada kamu.sedangkan kamu sudah punya wang!!" . . . . 

20 tahun saya hidup dengan arwah penuh rasa sabar dan tertekan. Dia baik layan saya tapi ketika dia dalam mood baik. Ada lah dalam 3 ke 4 jam seminggu dia baik. Selebihnya dia ikut rasa hati dan perasaan dia. Sakit tubuh badan dan hati saya tok. . . Saya halalkan duit saya yang saya belanjakan untuk dia. Tapi saya tak akan pernah halalkan nafkah dari dia untuk saya dan anak yang dia tak tunaikan dengan baik. Kecuali dia tak berduit. Tapi saya tahu dia ada banyak duit hasil perniagaan dia. Itu kewajipan dia. . . Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak-anak untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya. Tak kesampaian tok. Dia dah dipanggil Allah . . . Berikut itulah luahan Zawiyah. 

Tok penghulu dan imam terkejut. Kami nampak dia baik dengan kamu. Kami tak sangka dia begitu. Kamu maafkanlah dia. Kata pak imam. Tapi zawiyah berkeras tidak mahu memaafkan harun. Biarlah Allah tentukan. Kami dah puas seksa. . . 

Akhirnya semua memutuskan untuk kebumikan saja Harun. Harun selamat dikebumikan dengan beratus ekor ular aneh yang berbisa. . . 

Peringatan untuk lelaki.jangan ambil mudah nafkah dan layanan terhadap isteri. 

Allah telah berfirman dalam surah annisa.

Muliakan wanita kerana mereka adalah kaum yang lemah. Nafkah kepada anak dan isteri wajib.sekiranya isteri dan anak tidak halalkan perbuatan buruk kamu kepada nya maka sampai bila bila Allah melaknat kamu. . . 

Walaupun isterimu seorang jutawan , tanggungjawabmu adalah wajib. Kalau isterimu kata aku tak halal duit ku terhadap mu, maka haram atas kamu wahai lelaki. . . 

Kredit : Ustaz Qordhowi 

Sunday, January 24, 2021

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah

By On January 24, 2021
Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah. Sebagaimana di kongsikan oleh Dato' Dr Zulkefli al Bakri, ilmu ada banyak. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Rezeki pun luas. Teramat luas. Amalan pula ada yang baik dan sebaliknya. Itu kita yang pilih.. 

Dalam setiap bidang atau cabang yang diberikan di atas, tentu kita berkehendak semuanya di berkati dan bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Marilah sama-sama kita memohon (berdoa) agar dikurniakan semuanya dalam keberkatan. Barulah hidup penuh makna dan berguna. Tak sia-sia.


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Marilah sama-sama kita amalkan. 


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً 

Maksudnya: "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚." 

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602) ___ Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah, katanya: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا 

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila Baginda solat Subuh, dan memberi salam, Baginda membaca: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً” (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima) 

Riwayat Ibn Majah (925) Dalam hadis yang lain, Nabi SAW jelas menyuruh kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan ilmu yang bermanfaat. 

Daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda: سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 

Maksudnya: “Mohonlah kamu semua kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” 

Riwayat Ibn Majah (3843), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3/276), Ibn Abi Syaibah (27248) dan Abu Ya'la (1927) Al-Hasan al-Basri berkata: “Ilmu ada dua; Ilmu di lisan dan ilmu di hati. 

Ilmu di hati adalah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu di lisan adalah hujjah Allah atas anak Adam.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 13/235) 

Manakala maksud rezeki yang baik adalah rezeki yang halal sepertimana disebut oleh Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129) 

Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini. Tak kira bila dan di mana anda membacanya, yang penting setiap hari anda tak putus berdoa sebagaimana yang dianjurkan itu.

Kalau nak lebih afdal, bacalah sebaik bangun dari tidur iaitu selepas membaca doa bangun dari tidur.

Semoga bermanfaat.

Rujukan FB Dato' Dr Zulkeifly Al Bakri, Menteri di JPM. 

Sunday, January 3, 2021

Peringatan Buat Kita Semua, Masuklah Kalian Ke Dalam Syurga!

By On January 03, 2021
Peringatan Buat Kita Semua. Masuklah kalian ke dalam syurga. Beramailah kita menyantuni sunnah dan suruhan Allah seperti termaktub dalam al Quran. Sentiasa upgrade diri dalam amal ibadat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Jadikan amalan baik dan berbuat demikian sebagai teman kita seharian. Kerana dalam banyak-banyak kebaikan yang kita buat, tak tahu yang mana satukah yang akan menghantar kita ke syurga Allah. Subhanallah..

Dan, masuklah kalian ke dalam syurga

Masuklah Kalian Ke Dalam Syurga


Peringatan buat kita semua, lakukanlah rutin beŕikut dan masuklah kalian ke dalam syurga:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Nabi ajar anak kandungnya Sayyidatiina Fatimah amalan zikir khas buat sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita yg  utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Monday, January 28, 2019

Siapakah Sahabatku Selama Di Alam Kubur?

By On January 28, 2019
Siapakah sahabatku selama di alam kubur? Al Quranul Karim - dialah sahabatmu selama di alam kubur. Selama hidup di dunia jika engkau bersahabat dan berkasih dengan al Quran, dialah yang akan menjadi sahabatmu dan sahabatku pula di alam kubur. Dialah sahabatmu di alam kubur iaitu al Quran, pemberi cahaya yang menerangi kuburmu. Selain amalan baikmu semasa hidup, al Quran adalah peneman, yang menghalangi Malaikat daripada menyeksamu. Al Quran yang kamu baca dan kasihi, akan jadi pembelamu!

Siapakah sahabatmu di alam kubur?
Apakah anak-anak dan isterimu? Apakah amalanmu yang akan menemani? Amalan yang macam mana? Semua itu akan menjawab pertanyaanmu bergantung kepada apa yang kamu pilih ketika hayatmu. Jika kamu memilih jalan yang berliku tetapi benar.. maka bersyukurlah.

Siapakah Sahabatku Selama Di Alam Kubur?

Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur


Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yang lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.

Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM


APAKAH ORANG YANG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?


Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya.

Beberapa waktu kemudian...

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahawa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?”
Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?”

Kemudian dia mulai menyedari bahawa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/ solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/ kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.

Subhanallah!!
Semoga kita semua bakal ditemani dengan al Quran, sahabat yang akan menemani kit selama di alam kubur. Insyaa Allah. Semoga Allah makbulkan, kematian yang khusnul khotimah..

Sumber: Facebook

Saturday, November 10, 2018

Ketahuilah, Pintu-Pintu Langit Telah Dibuka Kerana Doa Ini

By On November 10, 2018
Ketahuilah, Pintu-Pintu Langit Telah Dibuka Kerana Doa Ini. Pernah dengar seorang ustaz menulis, ingatlah seseorang dalam doa. Kerana doa tertulis dilangit selamanya. Jadi, Bilakah Waktunya Pintu Langit Terbuka Luas Dan Doa Diangkat Ke Atas? Apakah ia terjadi sepanjang waktu, siang atau malam, 24 jam sehari? Bolehkah kita memohon agar pintu pintu langit dibuka agar Allah menurunkan rahmatnya kepada hamba yang meminta. 

Doa yang diangkat ke langit tiada hijabnya. Allah akan memakbulkan doa-doa tersebut. Para malaikat di langit juga ikut memohon agar doa kita dimakbulkan.

Mari kita selusuri coretan di bawah tentang bila kah waktunya pintu langit dibuka luas. Dan, pada waktu tersebut doa-doa dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ketahuilah, Pintu-Pintu Langit Telah Dibuka Kerana Doa Ini
Amalan Doa yang boleh membuka pintu langit 

Pintu-Pintu Langit Telah Dibuka Kerana Doa Ini



اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Dalam Rumi:

Allaahu akbar kabiiraa wal hamdu lillaahi katsiiraa wa subhaa-nallaa-hi buk-rataw wa ashii-laa. (HR. Muslim)

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam.

Keterangan: Do’a iftitah ini dibaca oleh salah seorang sahabat ketika solat bersama Rasulullah, kemudian beliau bersabda: “Aku kagum dengan doa ini. Pintu-pintu langit telah dibuka kerana doa ini.” Kata Ibn Umar: “Sejak Rasulullah bersabda demikian Saya tidak pernah meninggalkan doa ini.” (HR. Muslim)

Semoga perkongsian yang amat sedikit ini dapat menambahkan ilmu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam setiap pengaduan, permohonan tentunya kita mahu dilakukan dalam waktu yang amat dekat denganNya. Itulah waktunya iaitu pada waktu pintu-pintu langit terbuka dan Allah menurunkan rahmatNya kepada kita semua.

Wallahua'lam..

Sunday, October 28, 2018

Apakah Rahsia Dan Logiknya Kita Kena Solat 17 Rakaat Sehari?

By On October 28, 2018
Ketahui Rahsia Dan Logiknya Mengapa Kita Mesti Solat 17 Rakaat Setiap Hari. Kadang kita pun pelik dan mencari-cari jawapan kepada persoalan yang bermain di minda. Ada yang terjadi, apakah sebabnya? Kita kena buat itu ini tetapi mengapa begitu caranya? Banyak persoalan yang tidak terungkai. Banyak rahsia dan logik yang tidak didedahkan.

Jadi, dalam tazkirah kali ini, saya kongsikan jawapan logik ke atas segala rahsia sesuatu itu dilakukan dengan begitu dan begini. Jom sambil kita membaca dan renung-renungkan kebenarannya.

Rahsia solat 17 rakaat sehari

Rahsia Dan Logiknya Kenapa Kita Perlu Solat 17 Rakaat Sehari


Mari sama-sama kita baca dan hayati penerangan yang menarik di bawah ini. Dengan cara ini kita lebih yakin menerangkan kepada anak-anak dan agli keluarga twntang kewajipan solat 5 waktu sehari semalam.

TULANG Utama

Manusia sempurna ada 17 kerat TULANG utama yang mendirikan badannya. Adapun 17 kerat TULANG utama itu letaknya sebagaimana berikut:-

※ 4 kerat TULANG di KEPALA (Dahi, Pipi Kanan, Dagu, Pipi Kiri)

※ 2 kerat TULANG di LEHER (Tengkok, Selangka)

※ 3 kerat TULANG di DADA (Rusuk Kanan, Pinggul, Rusuk Kiri)

※ 4 kerat TULANG di TANGAN (Bahu Kanan, Lengan Kanan, Bahu Kiri, Lengan Kiri)

※ 4 kerat TULANG di KAKI (Peha Kanan, Betis Kanan, Peha Kiri, Betis Kiri)

Cuba:-

Bandingkan pula dengan bilangan SOLATMU setiap hari. Adapun SOLAT WAJIB ke atas setiap manusia Islam adalah sebagaimana berikut :-

● 4 rakaat SOLAT waktu ISYAK
● 2 rakaat SOLAT waktu SUBUH
● 3 rakaat SOLAT waktu MAGRIB
● 4 rakaat SOLAT waktu ZOHOR
● 4 rakaat SOLAT waktu ASAR

Rahsia solat 17 rakaat sehari

Inilah dalilnya kenapa 17 rakaat SOLAT itu WAJIB ke atas setiap manusia .

Nyata:-

1 kerat TULANG mewakili 1 rakaat SOLAT .* Sebagaimana 17 kerat TULANG utama dibawa kemana saja tanpa ditinggalkan, WAJIB 17 rakaat SOLAT didirikan tanpa ditinggalkan untuk jadikan 1 lembaga lengkap manusia sempurna sebagaimana duduk berdirinya kamu kini .*

Jika:-

Tertinggal 1 waktu SOLAT, ibarat kata hilanglah 1 bahagian TULANG utama dan runtuhlah rupa sempurna manusia itu.

Benarlah:-

Sabda Nabi yang maksudnya:-

"SOLAT itu tiang agama".

Siapa tertinggal SOLAT seperti ia runtuhkan tiang agamanya kerana berdirinya agama di muka bumi adalah kerana manusia.

Adapun:-

17 kerat TULANG ini juga untuk ingatkan tentang MASA jagamu dalam sehari harus 17 jam, yakni:-

● 3 jam JAGA di awal MALAM (Waktu MAGRIB dan ISYAK)
● 2 jam JAGA di awal SIANG (Waktu SUBUH)
● 12 jam JAGA di SIANG hari (Waktu ZOHOR dan ASAR)
● Selebihnya 7 jam lagi untuk berehat (Waktu TIDUR) bagi 7 anggota badanmu itu.

Begitulah:-

Allah mengajarmu uruskan masa tanpa disedari melalui ibadat SOLATMU!!!

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH. Kongsikan dan sebarkan untuk kebaikan hidup kita setiap hari, lebih baik dari semalam dan kelmarin.. demi Allah SWT.

Semoga perkongsian di atas dapat menambahkan amalan harian kita sebagai bekalan di akhirat nanti. Solatlah yang akan menentukan hala dan tempat tinggalmu samada di syurga atau neraka. Renungkanlah!!

Saturday, October 13, 2018

Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia

By On October 13, 2018
Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia. Dalam kisah pengajaran kali ini saya nak share tentang hikmah di sebalik kejadian gempa dan tsunami yang melanda Palu di Sulawesi. Apakah rahsia kejadian ini yang Allah nak tunjukkan? Adakah a
ALLAH sedang murka dengan kita? Na'auzubillah!! Semoga kita semua masih dalam dakapan kasih sayang dan rahmatNya.

Coretan di bawah sengaja saya simpan di blog ilman hati agar ia sentiasa mengingatkan saya tentang peringatan-peringatan yang Allah turunkan agar kita tak selalu lalai dan alpa dengan dosa di dunia. Paling tidak, ia menjadi pengajaran kepada diri sendiri agar terus istiqamah dalam perjalanan menggapai redha Illahi.

Pengajaran Yang Menginsafkan Daripada Kisah Gempa Di Palu Sulawesi, Indonesia
Kredit gambar kepada Utusan Malaysia

Apabila Palu, Sulawesi dipalu oleh Allah SWT 


-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yang amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Nah! Cara pelaksanaannya pun dah mengerikan. Ith belum lagi tambahan maksiat di dalam atur caranya. Na'auzubillah!!

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sebagai teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yang menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 petang, diikuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yang ketiga pada pukul 6 petang, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yang pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yang jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/ jam, yang sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yang berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org sahaja yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada orang yang berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

"Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"

Rasullullah saw menjawab,

"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."

Lalu Aisyah berkata,

"Bagaimana keadaan mereka itu?"

Jawab Rasulullah saw,

"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Kredit: Yuhanis Azam

Tuesday, October 9, 2018

5 Tips Utama Kebahagiaan Rumahtangga Mengikut Amalan Rasulullah

By On October 09, 2018
5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga. Tips ini disebut juga sebagai amalan sunnah oleh ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam ceramahnya yang saya tonton di TV. Ada banyak tips yang dikongsikan tetapi 5 tips yang utama adalah seperti yang dibincangkan di bawah nanti.

Kebahagiaan rumahtangga bukanlah tanggungjawab yang ditanggung sendiri-sendiri, bukan tugas suami atau isteri sebaliknya tugas kedua-dua suami dan isteri. Jika kurang ilmu, kita belajar dan tanya kepada mereka yang pakar agar rumahtangga dibina kekal hingga ke syurga.

5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga


5 Tips Utama Amalan Rasulullah Untuk Kebahagiaan Rumahtangga
Kredit gambar: Google

Apakah 5 tips utama amalan sunnah untuk kebahagiaan rumahtangga? Jom kita renungkan satu persatu.

1. Pemberian hadiah


Setiap pasangan mesti nak selalu dihargai samada dia tu lelaki atau perempuan. Bila pasangan sambut hari lahir, berikanlah hadiah. Bila tiba tarikh kenangan, hadiahi pasangan dengan kejutan. Tak perlu mahal pun. Yang penting ingatan ikhlas kita terhadap pasangan.

Contoh hadiah yang boleh diberi adalah baucer makan malam, sebuah jam tangan, bunga, kad, baju dan banyak lagi.

2. Puji memuji pasangan


Biasakan memuji pasangan sebagaimana Rasulullah sering memuji isterinya. Pujian boleh diberikan dalan bentuk kata-kata, pandangan penuh kasih, senyuman, memanggil namanya dengan sebutan yang disukai dan sebagainya.

Jangan sesekali menyebut nama pasangan dengan panggilan yang menghina dan memalukan.

3. Saling bantu membantu


Setiap pasangan dalam sebuah rumahtangga harus saling bantu membantu antara satu sama lain. Jangan biarkan pasangan anda melakukan kerja berseorangan samada dalam aktiviti di rumah ataupun dalam bidang kerjaya.

Jika pasangan sama-sama bekerja, bahagikan komitmen yang ada secara teratur dan mengikut persetujuan bersama. Seorang suami sepatutnya memikul lebih komitmen berbanding si isteri. Namun, itu semua bergantung kepada perbincangan yang dibuat.


4. Luangkan masa bersama


Yang ini amat kritikal iaitu masa berharga antara pasangan. Walau sesibuk mana pun kamu, luangkan masa dengan pasangan itu penting. Cuba buat peraturan dalam rumahtangga untuk keluar berdua-duaan dengan suami atau isteri seminggu sekali agar hubungan itu terus mekar dan mewangi.

5 Tips Utama Kebahagiaan Rumahtangga Mengikut Amalan Rasulullah

5. Sentuhan


Sentuhan amatlah penting dalam sesebuah rumahtangga. Pasangan yang jarang disentuh seperti bersalaman, usikan di pipi, cubit manja dan banyak lagi.., akan mudah berkecil hati apabila berlaku pertengkaran. Masing-masing merasakan hubungan semakin jauh dan dingin. Jika berlaku demikian, cepat-cepatlah lakukan sentuhan kepada pasangan. Semoga hubungan kembali terjalin.

Penutup

Akhirnya kita sudah tahu 5 tips utama amalan sunah dalam rumahtangga. Amalan ini adalah yang biasa Rasulullah lakukan dalam perkahwinannya. Banyak contoh cerita menarik dan pengajaran yang selalu Rasulullah dan para sahabat kongsikan untuk kita jadikan panduan hidup.

Semoga tips yang dikongsikan mampu merubah sebuah kehidupan yang muram dulunya kembali ceria dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bahagia hingga ke syurga Firdaus. Insyaa Allah.

Sumber;
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status