Enter your keyword

Sunday, April 5, 2026

Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat

By On April 05, 2026
Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat. Kematian adalah waktu di mana tamatnya tanggungjawab seorang manusia dengan dunia. Namun, kehidupan dia dengan alam barzakh baru bermula. Kehidupan sebenarnya adalah sewaktu roh di cabut dari tubuh. Segala bekalan yang di bawa dari dunia akan di pertanyakan di alam sana. Maka, perbanyakkan amalan baik agar ia boleh "menjaga" kita bila saat diperlukan nanti. Allahuakbar!  

Bila difikirkan kembali, kita hidup untuk apa? Maka jawablah, hidup di dunia adalah ladang untuk akhirat. Buatlah apa saja, carilah kekayaan seluas lautan, namun simpan satu tujuan bahawa apa yang kita dapat hari ini di dunia boleh di bawa untuk bersenang-senang di akhirat. Jadi, tujuan hidup kita kena jelas dari awal lagi. Nak buat sesuatu, kena tanya soalan macam ini - "boleh untungkan akhirat aku tak??'

Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat

Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat


Firman Allah seperti ayat di bawah,

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." - ( *QS. Al-Munafiqun 63:* Ayat 11).

Apa maksud firman Allah tersebut?

Maksudnya, setiap kematian yang Allah takdirkan terhadap hambaNya, berlaku pada waktu yang telah ditetapkan dari luh mahfuz lagi. 

Hakikat Kematian yang Perlu Difahami:

  • Pasti dan Tepat Waktu: Kematian tidak pernah tersilap hitungan, terjadi sesuai dengan ketetapan Allah SWT.
  • Tiada Penangguhan: Apabila ajal tiba, ia tidak boleh ditunda atau diawalkan.
  • Datang Secara Mengejut: Kematian boleh berlaku di mana-mana—di rumah, pejabat, atau ketika tidur.
  • Persiapan Amal: Kematian tidak menunggu kita menjadi baik, oleh itu manusia dituntut untuk sentiasa bersedia dengan amal soleh sepanjang masa.
  • Tanda-tanda Ajal: Terdapat perubahan fizikal dan psikologi, seperti lebih banyak tidur, kurang selera makan, dan kelemahan otot, yang sering muncul dalam tempoh 40-90 hari sebelum ajal.

Semoga penjelasan di atas memberikan gambaran yang jelas kepada setiap pembaca, di mana kematian itu datangnya tepat - tak tercepat atau terlewat sedikit pun. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Friday, April 3, 2026

Kisah Pengajaran Berpisahnya Roh Dari Jasad

By On April 03, 2026
Kisah Pengajaran Berpisahnya Roh Dari Jasad. Mati adalah pasti, hidup Insyaa Allah. Selalu mengingati mati adalah amat digalakkan. Dan, orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang paling bijak. Dalam satu hadis yang lain disebutkan:
“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak.” (Sunan Ibn Majah:4259) 

Kisah Pengajaran Berpisahnya Roh Dari Jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Sebuah Pengajaran Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad


Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."



Subhanallah. Begitulah kisahnya keadaan mayat apabila roh telah berpisah dari jasad. Sentuhan yang sedikit pun boleh membuatkan mayat terjerit kesakitan. Inikan pula jika kita mengendalikan mayat/jenazah dengan kasar. Na'auzubillah...

Semoga kita semua memperolehi pengetahuan dan manfaat daripada kisah di atas.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan. 

Sebarkan bahagia untuk dunia dan akhirat.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, April 1, 2026

Erti Doa Seorang Sahabat

By On April 01, 2026
Erti Doa Seorang Sahabat. Kami bawakan kisah doa seorang sahabat terhadap seorang sahabatnya yang lain. Semoga kita semua dikurniakan seorang sahabat yang sering mendoakan antara satu sama lain.

Dari sahabat untuk sahabat...

Erti Doa Seorang Sahabat
“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Maka, mari kita ambil manfaat dari cerita berikut:

Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… 

Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup… Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan… Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing… 

Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…

Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah… 

Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan… Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah… Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun…. 

Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula… Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ.. Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ… 

Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah…. dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah… Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah… 

“Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan… kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…” 

Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dengan taqdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…

Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu… 

Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… 

Lalu orang tua itu menegur, 

“Mana sahabatmu yang seorang lagi???” 

Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu… “Sahabat yang mana satu?” “Sahabatmu yang di pulau itu..” 

Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut…. Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung…. 

“Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi. 

Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja..

“Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…

Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…” 

Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan…. Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… 

Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan…. “Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”

Semoga kita memperoleh sahabat yang seumpamanya...AMIN!!

aynora nur
    
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, March 28, 2026

Ringankan Lidahmu Untuk Memberi Salam

By On March 28, 2026
Ringankan Lidahmu Untuk Memberi Salam. Bagi seorang muslim memberi salam adalah amat bermakna kerana ia lambang adab dan silaturrahim yang tinggi. Mengucap salam sesama muslim adalah satu ucapan doa di awal perbualan atau persahabatan yang terjalin.

Ucapan 'Assalamualaikum' boleh dihulur kepada sesiapa saja orang mukmin dan jika diucapkan lebih panjang dan penuh, ia sekaligus mendoakan keberkatan dan rahmat ke atas orang tersebut. Begitu indahnya islam dalam keadaan salam perkenalan pun sudah mengucapkan kalimat yang baik dan ikhlas tersebut.

Ringankan Lidahmu Untuk Memberi Salam

Ringankan Lidahmu Untuk Memberi Salam


Firman Allah SWT :


فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتٗا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةٗ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَٰرَكَةٗ طَيِّبَةٗۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ


[Surah An-Nur : 61]

Terjemahan :

"Apabila kamu memasuki rumah- rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, dengan salam yang penuh berkat dan baik daripada sisi Allah, Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) bagimu, agar kamu mengerti.”

Nabi bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Nabi juga pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, “Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ringankan lidahmu memberi salam bukan sahaja kepada orang yang dikenali, sebaliknya kepada mereka yang baru ditemui. Kerana dengan itu, perbualan menjadi lebih damai, perkenalan akan menjalin silaturrahim yang berpanjangan.

Insha Allah.

 #Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Tuesday, March 24, 2026

Limpahan Kurnia Allah Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki

By On March 24, 2026
Rahmat Limpahan Kurnia Allah Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki. Tidak mengira seseorang hamba itu kaya, miskin, sihat, sakit dan sebagainya. Bila Allah berkehendak, tiada siapa yang dapat menghalang. Kita sentiasalah memohon rahmat Allah dan keberkatan dalam apa yang kita usahakan, agar apa saja usaha tidak menjadi sia-sia di kemudiannya.

Limpahan Kurnia Allah Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki

Bentuk Rahmat dan limpahan kurnia Allah termasuklah:

1. Rezeki dan Umur yang Berkat - Walaupun sedikit atau pendek, ia mencukupi dan diisi dengan kebaikan.

2. Petunjuk dan Iman - Pemberian hidayah untuk beriman dan memahami Al-Quran adalah rahmat terbesar.

3. Pengutusan Nabi Muhammad SAW - Menjadi rahmat terbesar bagi seluruh alam.

4. Kesempatan Bertaubat - Allah memberikan masa kepada hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya, menunjukkan belas kasihan-Nya yang luas.

5. Nikmat Lahir dan Batin - Kesihatan, keamanan, dan kebahagiaan hidup.

Allah Limpahi Kurnia Pada Sesiapa Yang Dikehendakinya


Firman Allah SWT :

لِيَجۡزِيَهُمُ ٱللَّهُ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ

[Surah An-Nur : 38]

Terjemahan :

"Supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka lakukan, dan menambahkan kepada mereka daripada limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan tidak terkira.”

Sebab itu kita digalakkan meminta kepada Allah SWT dalam keadaan apa jua, tak mengira susah atau senang dan bahagia atau derita. Limpahan kurnia Allah terlalu banyak sehingga kita tidak mampu mengiranya pun..

Limpahan kurnia Allah diberi kepada yang Dia kasihi, melalui apa cara yang sesuai dengan keadaan seseorang hamba.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang selalh menanti limpah kurniaan Allah tanpa jemu atau putus asa.

Insha Allah.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, March 18, 2026

Kisah Berdarah 70 Penghafaz Al Quran

By On March 18, 2026
Kisah pengajaran kali ini kami akan kongsikan dengan pembaca tersayang, tentang kisah berdarah 70 penghafaz al Quran. Dalam kehidupan ini semua kisah yang berlaku ada pengajarannya yang boleh kita jadikan iktibar.

Kisah berdarah yang melibatkan 70 penghafaz Al-Quran merujuk kepada peristiwa Tragedi Perigi Ma'unah yang berlaku pada tahun ke-4 Hijrah. Kumpulan sahabat Nabi yang alim (dikenali sebagai al-Qurra') telah ditipu dan dibunuh secara kejam oleh puak Bani Amir selepas diminta mengajar Islam di kawasan Najd, meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah Islam

Kisah Berdarah 70 Penghafaz Al Quran

Kisah Berdarah 70 Penghafaz Al Quran


70 orang sahabat penghafaz Al-Quran diserang hendap di kawasan Ma'unah.

Sebaik sahaja musuh beredar pergi meninggalkan lokasi pembantaian itu, Ka'b bin Zaid gagahkan juga tubuhnya yang berdarah untuk bangkit perlahan-lahan. Dengan sisa tenaga yang ada, beliau berjalan terhincut-hincut meredah padang pasir yang panas demi membawa berita duka ini pulang ke kota Madinah.

Berita pembunuhan beramai-ramai ini benar-benar menghancurkan hati baginda Nabi Muhammad SAW.

Dikatakan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW tidak pernah berasa begitu sedih dan menangis sebegitu teruk sepanjang sejarah perjuangan Islam.

Selama sebulan berturut-turut, pada setiap kali solat fardu, baginda Nabi Muhammad SAW telah membaca doa Qunut Nazilah secara khusus.
Baginda memohon agar Allah SWT menjatuhkan laknat dan hukuman yang sekeras-kerasnya ke atas kabilah-kabilah yang telah mengkhianati dan menyembelih anak-anak murid kesayangannya itu.

Sahabat yang terselamat, Ka'b bin Zaid, akhirnya sembuh daripada kecederaan parah tersebut.
Beliau tidak pernah trauma untuk berjuang, sebaliknya beliau terus mempertahankan Islam sehinggalah beliau akhirnya gugur syahid di medan Perang Khandaq beberapa tahun kemudian.

MasyaAllah. Begitulah mahalnya harga sebuah keimanan dan besarnya pengorbanan para sahabat dalam memastikan kalimah Allah SWT sampai kepada kita pada hari ini.

Tuan-puan, air mata yang tumpah membaca kisah Tragedi Bir Ma'unah ini seharusnya menyedarkan kita betapa beruntungnya kita lahir dalam keadaan Islam sudah tersebar luas dan aman.

Janganlah kita mempersiakan darah para syuhada dan air mata baginda Nabi Muhammad SAW dengan membiarkan diri kita jauh daripada mukjizat al-Quran.

Peluklah agama ini erat-erat, dan jadikanlah al-Quran sebagai teman rapat kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
 
Semoga kisah berdarah 70 penghafaz al Quran di atas menjadi tauladan, menimbulkan keinsafan betapa pentingnya hidup kita dekat selalu dengan al Quran.

Insya Allah.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Saturday, March 14, 2026

Janganlah Kamu Meninggalkan Al Quran

By On March 14, 2026
Jangan kamu meninggalakan al Quran. Al Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhamad untuk umatnya yang disayangi. Betapa kasih Dan sayangnya Rasulullah kepada umatnya, sehingga ia menjadi orang yang terakhir masuk ke dalam syurga, supaya dia dapat memastikan semua umatnya yang beriman dapat memasuki syurga. Oleh itu, sebagai tanda sayang kita kepada Nabi junjungan, Maka semestinya melakukan apa yang ia sukai.

Sama-samalah kita membaca al Quran setiap hari Dan mengimarahkan masjid, surah atau rumah sendiri dengan bacaan al Quran.

Jangan Kamu Meninggalkan Al Quran

Janganlah Kamu Meninggalkan Al Quran


Firman Allah SWT :

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
(Al-Furqan - 30)

Terjemahan :

“Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Pengajaran daripada ayat:

1. Pengajaran utama Surah Al-Furqan ayat 30, adalah amaran keras tentang bahaya meninggalkan al-Quran dan menjadikan syaitan sebagai teman karib. Ia menekankan penyesalan mendalam di akhirat akibat pengaruh rakan buruk yang menyesatkan daripada kebenaran, serta menuntut umat Islam untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup utama agar tidak tergolong dalam kalangan orang zalim.

2. Al-Quran sebagai Peringatan: Rasulullah SAW mengadu kepada Allah bahawa kaumnya telah menjadikan al-Quran sebagai sesuatu yang ditinggalkan atau diabaikan (mahjura).

3. Kesesatan Akibat Meninggalkan Al-Quran: Mengabaikan al-Quran dan tidak mengambil pengajaran daripadanya akan menyebabkan seseorang tersesat daripada jalan kebenaran.

4. Peranan Syaitan: Syaitan adalah musuh yang nyata dan sentiasa mengecewakan manusia yang mengikut langkah-langkahnya.

Sebagai kesimpulannya, jadikan al Quran sebagai sahabat kita di dunia, teman di alam kubur dan menjadi saksi bila di padang mahsyar di waktu ketika tiada kesaksian dari tubuh badan kita di kala itu. Subhanallah..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Wednesday, March 4, 2026

Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari

By On March 04, 2026
Admin terbitkan kembali posting ini untuk panduan hidup.

Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari Ke Rahmatullah. Siapa yang tak kenal dengan beliau. Saya dulu selalu menunggu siaran belajar al Quran di televisyen kendaliannya. Cara mengajarnya lembut tersusun. Tetapi amat pantas mengenali kesilapan pelajarnya. Allahu...

Perginya Seorang Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari Ke Rahmatullah

Nota : Print screen dari FB Mufti Wilayah Persekutuan

Perginya seorang murabbi ummah. Semoga seluruh ahli keluarganya redha menerima ujian ini. 


Sesunggugnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

Perjalanan anak Adam akan ada pengakhirannya. Cuma tak tahu entahkan kematian kita dalam keadaan yang khusnul khotimah atau sebaliknya. Mohonlah kepada Allah supaya kita semua dikumpulkan di jannahNya nanti.

Insyaa Allah.

Doa apabila menerima berita kematian;


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: 

“Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Aamiin

Semoga kita semua peroleh pengajaran taufik dan hidayah Allah apabila membaca kisah kematian yang menghidupkan jiwa!

Notes : Entry republish!!
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Random

About Us


Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status