Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat. Kematian adalah waktu di mana tamatnya tanggungjawab seorang manusia dengan dunia. Namun, kehidupan dia dengan alam barzakh baru bermula. Kehidupan sebenarnya adalah sewaktu roh di cabut dari tubuh. Segala bekalan yang di bawa dari dunia akan di pertanyakan di alam sana. Maka, perbanyakkan amalan baik agar ia boleh "menjaga" kita bila saat diperlukan nanti. Allahuakbar!

Maksudnya, setiap kematian yang Allah takdirkan terhadap hambaNya, berlaku pada waktu yang telah ditetapkan dari luh mahfuz lagi.
Bila difikirkan kembali, kita hidup untuk apa? Maka jawablah, hidup di dunia adalah ladang untuk akhirat. Buatlah apa saja, carilah kekayaan seluas lautan, namun simpan satu tujuan bahawa apa yang kita dapat hari ini di dunia boleh di bawa untuk bersenang-senang di akhirat. Jadi, tujuan hidup kita kena jelas dari awal lagi. Nak buat sesuatu, kena tanya soalan macam ini - "boleh untungkan akhirat aku tak??'

Kematian Datangnya Tepat, Tidak Terlewat Atau Tercepat
Firman Allah seperti ayat di bawah,
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." - ( *QS. Al-Munafiqun 63:* Ayat 11).
Apa maksud firman Allah tersebut?
Hakikat Kematian yang Perlu Difahami:
- Pasti dan Tepat Waktu: Kematian tidak pernah tersilap hitungan, terjadi sesuai dengan ketetapan Allah SWT.
- Tiada Penangguhan: Apabila ajal tiba, ia tidak boleh ditunda atau diawalkan.
- Datang Secara Mengejut: Kematian boleh berlaku di mana-mana—di rumah, pejabat, atau ketika tidur.
- Persiapan Amal: Kematian tidak menunggu kita menjadi baik, oleh itu manusia dituntut untuk sentiasa bersedia dengan amal soleh sepanjang masa.
- Tanda-tanda Ajal: Terdapat perubahan fizikal dan psikologi, seperti lebih banyak tidur, kurang selera makan, dan kelemahan otot, yang sering muncul dalam tempoh 40-90 hari sebelum ajal.
Semoga penjelasan di atas memberikan gambaran yang jelas kepada setiap pembaca, di mana kematian itu datangnya tepat - tak tercepat atau terlewat sedikit pun.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.



0 Comments