Ilman Hati - Rahsia Allah

Top Ads

Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna

Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna. Ibadat yang sia-sia itu umpama kita bawa air dalam plastik yang bocor. Bila sampai rumah plastik dah kosong kita pun tak dapat air. Amatlah rugi, kan? Begitulah keadaannya bila kita buat ibadat tetapi sia-sia.

Ibadat Yang Sia-Sia Dan Tidak Sempurna

Ibadat Yang Sia-Sia & Tidak Sempurna


Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

"Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak memperoleh pahala puasanya kecuali lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, namun tidak memperoleh pahala solat malamnya kecuali berjaga malam (menyengkang mata)." (HR Ahmad No: 9308) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan solat merupakan ibadat mendekatkan hamba kepada Allah.

2.  Puasa dan solat hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan  ikhlas.

3.  Bagi mereka yang berpuasa, ia bukan sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa malah perlu meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta. 

4.  Menurut Ibn Rajab, orang yang hanya mendapat lapar ialah mereka yang berpuasa namun;

•  Tidak menjaga lidah daripada dusta dan mengumpat,
•  Tidak menjaga pandangan dan pendengaran daripada maksiat,
•  Berpuasa secara zahir tetapi tidak berpuasa secara batin.

5.  Terdapat sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR Bukhari No: 1770)

6.  Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. (Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 6/1053) Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiam seseorang itu boleh menjadi sia-sia. 

7.  Ibadat yang tidak sempurna dan  tidak ikhlas akan menyebabkan  ibadat puasa hanya mendapat lapar dan dahaga, ibadat solat malam hanya sekadar bersengkang mata. Alangkah ruginya bila kita melakukan ibadat tanpa keikhlasan.

Moga Ibadat dilakukan dengan sempurna mengikut syarat dan rukun di samping keikhlasan melaksanakanya.

Marilah kita berusaha menjadi seorang hamba yang faham apa yang dilakukan dan ikhlas dalam perbuatan kerana Allah Taala.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close