Baca Laqod Jaakum 7 Kali Selepas Solat Fardhu

Baca Laqod Jaakum 7 Kali Selepas Solat FardhuBaca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Selepas Solat Fardhu, Pesanan Ustaz Ebit Lew. Rasanya saya pernah share tentang artikel ini dalam blog tetapi bila cari tak jumpa pulak. Mungkin telah terbuang atau saya share di FB, kurang pasti pulak. Jadi, saya share lagi agar tak hilang terus dan boleh selalu rujuk di sini sebagai panduan. Bagi anda yang suka, boleh lah sebarkan kepada kawan-kawan pula.

Apabila dibaca dan diamalkan sebanyak 7 kali selepas solat fardhu, maka si pengamalnya akan mendapat semangat baru, kekuatan dan dihindari dari rasa dianiayai. Begitu rasa lapang dalam segala urusan. Semuanya dengan izin Allah Ar Rahman jua..

Baca Laqod Jaakum 7 Kali Selepas Solat Fardhu


Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah . .

Apakah ayatnya? Ayatnya adalah seperti berikut, ayat daŕi Surah at Taubah, ayat 128 & 129:

Baca Laqod Jaakum 7 Kali Selepas Solat Fardhu

Untuk dipermudahkan hafazan: . 

Ayat 128 “Laqad jaakum rasoolum min anfusikum 'azeezun 'alayhi ma 'anittum hareesun 'alaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem” . 

Ayat 129 “Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw 'alayhi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arshil 'azeem” . 

Erti ayat 128:


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. . 

Erti ayat 129:


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Fadhilat Amalkan Laqod Jaakum Selepas Solat


1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat 

2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia 

3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan 

4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan 

5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar 

6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya 

7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close