Doa Asmaul Husna Buat Anak-Anak Yang Menduduki Peperiksaan

Doa Asmaul Husna Buat Anak-Anak Yang Menduduki Peperiksaan. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjaya dengan cemerlang, untuk manfaat dunia akhirat. 

MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG 🤲

Doa dari setiap ibu dan bapa untuk anak-anak tiada hijabnya. Jangan berputus asa selagi "medan perang" belum berakhir. Bersabar dalam berdoa.


Doa Asmaul Husna Buat Anak-Anak Yang Menduduki Peperiksaan


Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas, 

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari,  kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan. 

Allahumma ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan. 

Allahumma ya Salam ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini. 

Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa,  Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini. 

Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Doa daripada Nabi SAW, menjadi amalan saya sendiri daripada zaman belajar :

 اللَّهُمَّ أَلْهِمْني رُشْدِي ، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

“Ya Allah, berilah ilham kepadaku berupa petunjuk yang jelas dan lindungilah aku dari keburukan diriku.”

(H.R Tirmizi no. 3483. Dinilai hasan)

Ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Ameen ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) 

SELAMAT BERJUANG DUHAI ANAK ✊

Kredit : ustazah Asma' binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close