Doa Dan Zikir Yang Afdhal

Doa Yang Afdhal. Zikir yang terbaik. Salam jumaat, penghulu segala hari bagi umat Muhammad. Penghulu dan hari terbaik bagi muslim dan muslimat di seluruh dunia. Marilah sama-sama kita perbanyak selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, melebihkan zikir dari hari biasa dan lakukan segala kebaikan sebanyak-banyaknya yang kita mampu. Insya Allah, segala usaha akan diberi ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Doa Dan Zikir Yang Afdhal
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Doa Dan Zikir Yang Afdhal 


Doa dan zikir yang afdhal di baca dan diamalkan setiap hari, jangan ditinggalkan walau sempatnya hanya selepas solat fardhu, maka amalkanlah. Semoga kita sama-sama berusaha mengamalkannya walau dalam keadaan baring, duduk atau pun sedang sibuk mengerjakan urusan dunaiwi kita.

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.”
(HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2.  Zikir yang terbaik adalah kalimah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3.  Doa yang paling baik adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Segala pujian hanyalah untuk Allah

4. Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya.

5.  Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi. 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي "  ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ  لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya.
(Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menambahkan amalan harian ke peringkat terbaik.


Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close