Keutamaan Arafah. Allah Memuliakan Jemaah Haji Yang Hadir Di Arafah. Betapa Allah memuliakan mereka yang datang dalam keadaan hina dan berdebu dengan disaksikan para Malaikatnya. Betapa Allah mengangkat darjat mereka yang hadir di Arafah dengan balasan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Marilah kita berdoa bersama-sama semoga satu masa yang tepat Dan ketika sihat, Allah SWT menjemput kita semua menjadi tetamunya yang dimuliakan di Arafah.

Arafah adalah sebuah padang yang besar. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah bererti "Gunung Rahmat". Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.
Keutamaan Arafah, daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم - قال: إنَّ اللهَ يُبَاهِي بِأَهْلِ عَرَفَات أهْلَ السَّمَاءِ، فَيَقُولُ لَهُمُ: انْظُرُوا إِلَى عِبَادي جَاءونِي شُعْثاً غُبْراً
“Sesungguhnya Allah berbangga dengan para Jemaah (ahli Arafah) yang berada di Arafah di hadapan penduduk langit (para malaikat). Lalu Allah berfirman kepada mereka: ‘Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku ini, mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut masai dan berdebu.’ (HR Ahmad No 8047), Status Hadis Sahih.
1. Mengikut Ibn Hajar, Allah membanggakan ahli Arafah bermaksud Allah memberi penghormatan dan memuliakan para jemaah haji yang hadir di Arafah dengan menyebut mereka dengan pujian kepada para malaikat-Nya.
2. Hari Arafah adalah kemuncak ibadat Haji, hari yang sangat mulia dimana pada hari tersebut Allah melimpahkan rahmat dan keampunan yang sangat luas kepada hamba-hamba-Nya.
3. Jemaah haji yang datang dalam keadaan "kusut masai dan berdebu" menunjukkan bahawa Allah tidak melihat rupa dan harta para Jemaah haji, tetapi keikhlasan dan pengorbanannya meninggalkan keselesaan dalam kesungguhan beribadah demi mencari keampunan Allah.
4. Wukuf adalah waktu paling mustajab doa, dan hadis ini mendorong para Jemaah haji agar menghadirkan diri di Padang Arafah dengan hati yang tunduk dan penuh harap.
5. Hadis ini menggambarkan keagungan Hari Arafah dan kemuliaan para jemaah haji yang hadir dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan. Allah memuji mereka di hadapan para malaikat sebagai tanda kasih sayang dan keredaan-Nya.
Mengimbas sejarah kisah Nabi Adam a.s. dan Hawa ketika mereka melakukan kemungkaran kemudian dipisahkan, memang amat memberikan keinsafan dan pengajaran. Berpuluh tahun memohon ampun kepada Allah, akhirnya taubat mereka diterima.
Allah Memuliakan Jemaah Haji Yang Hadir Di Arafah

Pengajaran mengenai hadis:

Salam Zulhijjah, sahabatku!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

0 Comments