Advertisement

Apakah Amalan Yang Dicintai Allah

Apakah Amalan Yang Dicintai Allah. Ada banyak amalan yang boleh dilakukan, dari kita buka mata dan tutup mata setiap kebaikan adalah amalan yang bakal menemani kita di alam sana. Namun disebalik banyaknya amalan WAJIB dan sunat yang boleh dilakukan, ada beberapa amalan yang dicintai Allah sebagaimana hadis di bawah. 

Daripada Abu Amru Asy Syaibani, beliau berkata, "Pemilik rumah ini telah menceritakan kepada kami, sambil beliau menunjuk ke arah rumah Abdullah bin Masud. Abdullah bin Masud berkata: "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW: "Amal apakah yang paling disukai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian amalan apa lagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua ibu bapa. "Abdullah bertanya lagi: "Kemudian amalan apa lagi?" Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah." Abdullah bin Masud berkata: "Baginda menyebutkan tiga perkara ini kepadaku, sekiranya aku minta tambah, nescaya baginda  akan menambahkannya untukku." - (HR Bukhari No: 496) Status: Hadis Sahih

Apakah Amalan Yang Dicintai Allah

Amalan Yang Paling Dicintai Allah


Lakukan amalan yang disuruh dan tinggalkan larangan perkara yang Allah tak suka. Jangan lah kita melawan perintah Allah SWT hanya kerana kita mahu lakukannya ikut cara sendiri. Apakah amalan yang dicintai sebagaimana nukilan hadis di atas?
 
1.    Inti pati hadis ini ialah kecintaan Allah SWT diperoleh melalui ketaatan kepada-Nya, kebaktian kepada ibu bapa dan kesungguhan melaksanakan tanggungjawab agama.

2.    Pelbagai amal soleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.
 
3.    Tiga amal yang paling disukai Allah:
 
a)    Solat pada waktunya dengan kita berusaha melaksanakan kewajipan ibadat solat di awal waktu.

b)   Berbakti kepada ibu bapa dengan berusaha melakukan kebaikan dan mengembirakannya, sama ada semasa dia hidup mahupun selepas kematian mereka.

c)    Berjihad dijalan Allah dengan berkorban harta, diri dan keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Tanggungjawab agama yang perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.

4.    Islam menuntut keseimbangan antara tanggungjawab individu kepada Allah seperti solat dan tanggungjawab sosial kepada ibu bapa dengan berbakti kepada mereka juga tanggungjawab kepada ummah melalui jihad dan pengorbanan.
Info Yang Anda Cari:
5.    Solat bukan sekadar kewajipan ritual, tetapi merupakan asas pembentukan disiplin dan akhlak Muslim.
 
6.    Kebaktian kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang hayat mereka, bukan hanya ketika anak-anak mempunyai kelapangan masa.
 
7.    Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah melalui penjagaan waktu solat, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah dalam pelbagai ruang amal kebaikan.

Sebagai seorang muslim marilah kita berusaha melaksanakan amalan-amalan yang dicintai Allah SWT sambil menambah baik mana yang kurang dengan melakukan solat sunat, bersedekah dan sebagainya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Post a Comment

0 Comments

About Us

Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status