Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Mutakabbir - Kali ini saya kongsikan cara-cara berdoa dengan asmaul husna al Mutakabbir. Al Mutakabbir adalah antara Al Asmaul Husnaa (nama-nama Allah) yang berjumlah 99 semuanya. Berdoalah dengan ikhlas dan merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husna, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa Al Mutakabbir

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Ya Mutakabbir = 662 Kali
Ertinya : Yang Maha Megah/ Yang Memiliki Kebesaran / Yang Mulia – Iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaan-Mu.
Apabila ‘Ya Mutakabbir’ dizikirkan sebanyak 662 kali, Insya’Allah orang yang takabur akan tunduk kepadanya dan dengan kebijaksanaan bertindak, akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husna di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Info Yang Anda Cari:
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.




0 Comments