Advertisement

Ya Allah, Hidupkanlah Aku Jika kehidupan Itu Lebih Baik Untukku

Adab Bila ditimpa musibah, berdoalah.. Ya Allah, Hidupkanlah Aku Jika kehidupan Itu Lebih Baik Untukku. Kerana di dalam setiap doa ada harapan yang akan kembali kepada kita, ada kurnia yang Allah akan sampaikan. Janganlah bersedih jika ditimpa musibah, kerana Allah ada bersama kita. 

Ya Allah, Hidupkanlah Aku Jika kehidupan Itu Lebih Baik Untukku
 

Adab Orang Yang Ditimpa Musibah

 
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang menimpanya. Namun sekiranya dia benar-benar tidak dapat mengelakkan perasaan tersebut, hendaklah dia berdoa; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." - (HR Bukhari No: 5239) Status: Hadis Sahih
 

Apakah Adabnya Ketika Dilanda Musibah?

 
1. Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan reda apabila ditimpa musibah.

2. Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat seseorang.

3. Dilarang mengharapkan kematian semata-mata kerana kesakitan atau kesusahan dunia.

4. Kita tidak mengetahui sama ada kehidupan atau kematian pada sesuatu ketika lebih baik untuk kita.

5. Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian kerana seseorang tidak mengetahui apakah kehidupan atau kematian yang lebih baik baginya.

6. Ketika penderitaan terlalu berat, gunakan doa yang diajar Rasulullah SAW. Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي


“Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.”
 
Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat dan sedikit panduan untuk kita semua ketika dilanda musibah.

Insha Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.

Post a Comment

0 Comments

About Us

Ilman Hati - (sejak 2018) - Perkongsian himpunan tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status